Terdapat khabar angin mengatakan selepas selesai penilaian RFP, pihak KDN mungkin akan membuka Tender Terpilih yang mana beberapa syarikat yang layak atau melepasi syarat teknikal dan kewangan sahaja akan dipanggil untuk menyertai tender tersebut.Khabar angin di pasaran terutamanya di kalangan pemain industri juga kecoh bercakap mengenai kemungkinan wujudnya amalam kronisme dalam penganugerahan tender ini.Ini berikutan beberapa individu yang dikaitkan rapat dengan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri difahamkan turut berminat merebut tender ini.Bagaimanapun, seorang sumber mendedahkan Menteri Dalam Negeri sendiri akan memantau tender IIS ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.Sumber mendedahkan, baru-baru ini pada 20 Oktober 2019 para kontraktor yang menyertai tender IIS telah dijemput ke Pertandingan Golf Hari Pendaftaran Negara di The Mines Resort and Golf Club di Seri Kembangan, Selangor.Para kontraktor itu dikatakan menerima jemputan daripada KDN, malah mereka dapat peluang bermain golf bersama dengan pegawai kanan KDN, antaranya Ketua Setiausaha KDN, Alwi Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.
Yang menjadi persoalan, mengapa pertandingan golf Jabatan Pendaftaran Negara perlu menjemput pembida-pembina bagi tender IIS di bawah Jabatan Imigresen pada ketika proses penilaian RFP belum lagi selesai?Beranikah pihak KDN mengeluarkan senarai jemputan dalam pertandingan golf tersebut kepada umum bagi menafikan jemputan yang dibuat kepada kontraktor-kontraktor IIS itu?Dari segi moralnya, adakah kerajaan Pakatan Harapan membenarkan atau menghalalkan amalan menjemput pelobi-pelobi ini bergaul secara langsung dengan pegawai kanan di Kementerian di mana mereka adalah pihak yang akan membuat keputusan berkaitan tender IIS?Jika amalan ini berterusan, apakah bezanya antara kerajaan PH sekarang dengan kerajaan BN dahulu yang mana pegawai-pegawai kementerian dilihat bebas duduk semeja dan bergaul bersama kontraktor? (ShahbudinHusin 21/10/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |