Hak Hak Wanita Selepas Bercerai Ini Yang Isteri Wajib Ambil Tahu


Assalamualaikum, selamat pagi semua.. Salam jumaat..
Harini masuk hari ke-10 kita semua berada dalam perintah berkurung kan..
Allah, risaunya bila dalam diam wabak ni makin meningkat di sana sini. Kerana benda ni sesuatu yang tidak nampak, ada kala dikalangan kita ni tidak endahkan iya.. 

Sama-sama kita berdoa, moga Allah menarik semua dugaan ini. Aamiin..

Dalam tempoh tak boleh nak 'pergi mana-mana' sesuka hati ni, rasanya ada baiknya kalau kita menambah ilmu juga kan.. So cik mimi nak share sikit tentang Hak hak wanita selepas bercerai. Ini yang isteri wajib ambil tahu.

Siapa pun dikalangan kita para isteri nak kan semua ni terjadikan.. Kita semua nak kan kebahagiaan dalam hidup dengan orang yang kita cintai dan saling sayang menyayangi. Namun, kita juga kena tahu, seandainya sudah tertulis perkara sebegini, kita kena bersedia. 

Jom kita baca info yang ada ni. Moga-moga kita semua dapat maklumat yang tepat tentangnya. 



Hak-Hak Wanita Selepas Bercerai
Maksud Penceraian
Apa itu penceraian? Penceraian bermaksud menamatkan satu-satu hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan kadi. Dari sudut bahasa Penceraian bermaksud berpisah atau melepaskan. Manakala dari sudut istilah pula membawa maksud pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma' ulama

 Hukum Perceraian
Perceraian boleh terjadi dalam pelbagai cara sama ada melalui lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isteri atau melalui perbuatan dan niat yang menunjukkan kehendak suami untuk berpisah dengan isterinya seperti dengan tulisan atau dengan isyarat tertentu tertentu. Apakah hukum penceraian?

Wajib• Apabila perselisihan suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua belah pihak telah bersetuju untuk bercerai

Sunat• Apabila suami menjatuhkan talaq ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik

Makruh• Apabila suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang berkelakuan baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan

Haram• Apabila suami menjatuhkan talak dalam keadaan isterinya sedang dalam haid atau nifas

Harus• Waktu tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri
Hak-hak Wanita Yang Diceraikan
Apabila telah berlakunya lafaz talak atau cerai dari suami kepada isteri, Islam masih membenarkan kedua-dua belah pihak untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang telah ditetapkan.
Ini bertujuan untuk memastikan hak-hak isteri dan anak-anak terus dilindungi walau selepas berpisah serta untuk memastikan si suami terus menjalankan tanggungjawab mereka melalui pemberian nafkah. Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah At-Talak ayat 6 seperti di bawah :

 'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka.  Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik  dan jika anda menghadapi kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya".
Jadi apa hak-hak atau bentuk tuntutan yang boleh dibuat oleh si isteri ke atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah?


Harta Sepencarian
Harta sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa masih dalam ikatan perkahwinan sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kenderaan) atau harta tak alih (seperti rumah).

Pada asalnya, tuntutan harta sepencarian adalah berdasarkan undang-undang adat Melayu. Tapi kerana prinsip tersebut tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. Al-Quran juga ada menyebut :

 “Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.
(Surah An-Nisaa’ : 32)
Berdasarkan ayat di atas, ia menjelaskan bahawa hak wanita di dalam harta benda yang dituntut adalah bergantung dari apa yang diusahakan.

Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak berkenaan dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Bentuk sumbangan dibahagi kepada 2 jenis iaitu :


1. Sumbangan Secara Langsung
Sumbangan secara langsung merujuk kepada sumbangan bersama suami dan isteri dalam usaha memperolehi harta dan aset.


2. Sumbangan Tidak Langsung
Merujuk kepada sumbangan dalam bentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak. Sumbangan ini lebih merujuk kepada surirumah tangga sepenuh masa yang mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami bekerja. Seperti yang diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup, seseorang suri rumahtangga juga berhak menuntut harta sepencarian dari suaminya yang bekerja.

Muta'ah

Mutaah merupakan sejumlah harta yang wajib diberikan oleh si suami kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi apabila penceraian yang berlaku bukan berpunca dari isteri dan bukan disebabkan kematian suami.

Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang Mutaah seperti di bawah :

"Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa"
(Surah Al-Baqarah ayat 241)
 "Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.
 (Surah Al-Baqarah ayat 236)
 "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya".
(Surah Al-Ahzab: 49)
Mutaah boleh diberi dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan suami.  Ini kerana Islam tidak menetapkan kadar pemberian mutaah sebaliknya lebih kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.  Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah Syariah sendiri yang akan menetapkan kadar bayaran mutaah tersebut.


Tujuan Islam memberi mutaah


Islam sangat menghormati wanita. Dengan adanya pemberian mutaah, ini membuktikan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari si isteri. Sekaligus ini menepis rasa malu dan buruk sangka masyarakat setempat terhadap bekas isteri.

Selain dari tu, pemberian mutaah dianggap sebagai satu bentuk penghargaan dari bekas suami kepada bekas isteri atas sumbangan dan tanggungjawab yang telah dijalankan sepanjang mereka hidup berumahtangga.

Dan bagi bekas isteri, pemberian mutaah ni membolehkan mereka menggunakan harta yang dihadiahkan dari bekas suami sebagai modal atau permulaan untuk hidup berdikari setelah putus tali pergantungan.
Nafkah Iddah
Nafkah iddah merupakan nafkah yang wajib dibayar kepada isteri yang telah disetubuhi. Nafkah iddah yang berupa nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan oleh suami sepanjang tempoh Iddah Raji'e mengikut hukum syarak.


Hikmahnya ialah supaya kedua-dua belah pihak boleh menggunakan tempoh iddah Raji'e tersebut untuk berfikir panjang.

Walau bagaimanapun, terdapat syarat yang membenarkan seseorang isteri yang telah diceraikan berhak untuk mendapat nafkah. Antara syaratnya ialah :

1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Raji'e
Menurut sepakat dari 4 mazhab, isteri yang telah diceraikan dengan talak Raji'e iaitu talak yang boleh dirujuk berhak mendapat nafkah iddah seperti dalil Nabi Muhammad saw di bawah :

 “Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”.
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
2. Isteri Hamil Diceraikan Dengan Talak Bain
Isteri yang sedang hamil yang diceraikan dengan talak bain iaitu talak yang tidak boleh dirujuk semula juga berhak mendapat nafkah sehingga anak tersebut lahir. Ini sejajar dengan firman Allah swt yang berbunyi :

 "Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya".
(Surah At-Talaq ayat 6)
Sekali lagi ini menunjukkan betapa Islam sangat menjaga wanita bila berlakunya penceraian. Walaupun wanita hamil itu telah diceraikan dengan talak Bain, bekas suami wajib menyediakan nafkah iddah dengan sempurna demi menjaga kebajikan dan kesihatan si ibu dan anak di dalam kandungannya.


3. Isteri Yang Tidak Nusyuz
Menurut hukim syarak, isteri yang diceraikan dalam keadaan dia taat dan patuh serta tidak berbuat nusyuz juga berhak ke atas nafkah iddah dari suami. Ini seperti yang tercatat dalam kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48 :

  “Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran”.

Walaubagaimanapun terdapat situasi di mana bekas isteri tidak berhak ke atas nafkah iddah dari bekas suami :


1. Isteri Diceraikan Dengan Talak Bain
Menurut pendapat Jumhur Fuqaha, isteri yang  tidak hamil yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw tentang talak tiga :

  “Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah”.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
2. Isteri Kematian Suami
Isteri yang bercerai mati atau yang kematian suami juga tidak berhak untuk mendapat nafkah iddah walapun mereka sedang hamil. Ini telah dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad saw seperti di bawah :

 “Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Kenapa isteri kematian suami tidak berhak mendapat nafkah? Pertamanya kerana kematian suami menjadikan tanggungjawab seorang suami kepada keluarganya gugur secara automatik. Kedua si isteri boleh atau berhak untuk membuat tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami demi kelangsungan hidup mereka anak-beranak.
Nafkah Isteri Tertunggak


Nafkah isteri tertunggak atau tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya semasa dalam ikatan perkahwinan. Ini termasuk tidak membayar mas kahwin, tidak memberi nafkah hidup, tunggakan nafkah anak dan sebagainya. Tunggakan-tunggakan ini pada akhirnya akan menjadi hutang pada si suami dan wajib dibayar. Bekas isteri boleh menuntut tunggakan tersebut di Mahkamah Syariah.


Bagi memudahkan proses tuntutan tunggakan tersebut, kedua-dua pihak adalah disaran menggunakan perkhidmatan peguam. Tapi bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Islam agama yang adil dan saksama kepada kaum wanita. Banyak kelebihan dan hak yang diberi bagi memastikan kedudukan wanita yang diceraikan terjaga dan tidak dipandang serong masyarakat.

Cumanya wanita itu sendiri kena ambil tahu tentang hak-hak yang berhak ke atas mereka dan berfikiran kehadapan dengan membuat tuntutan seperti yang ditetapkan syarak demi kelangsungan hidup yang baru. Dan cara yang sebaiknya adalah dengan selesaikan isu tuntutan tersebut secara berhikmah antara suami dan isteri agar tiada persengketaan di kemudian hari



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2020/03/hak-hak-wanita-selepas-bercerai-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alha Alfa Mengesahkan Sudah Bercerai Dengan Isteri Selepas 6 Bulan Berkahwin

Alha Alfa Mengesahkan Sudah Bercerai Dengan Isteri Selepas 6 Bulan Berkahwin

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 456 hits
Jurusolek dan usahawan terkenal Alha Alfa sudah mengesahkan di laman Instagramnya baru baru ini bahawa beliau sudah bercerai dengan isterinya Noor Azlin Ismail selepas enam bulan mereka berkahwin Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tidak...
Apakah Hak Seorang Wanita Apabila Bercerai

Apakah Hak Seorang Wanita Apabila Bercerai

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 580 hits
Apakah Hak Seorang Wanita Apabila Bercerai Tiada antara kita yang berkahwin untuk bercerai apatah lagi bercinta dengan niat untuk berkahwin dan tua bersama sama tapi tiada siapa yang dapat menduga ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar c...
Bolehkah Berkahwin Dengan Kakak Isteri Selepas Menceraikan Isteri

Bolehkah Berkahwin Dengan Kakak Isteri Selepas Menceraikan Isteri

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 256 hits
SOALAN Bolehkah seorang lelaki kahwin dengan kakak iparnya selepas menceraikan isterinya tapi isterinya masih dalam iddah Mohon pencerahan terima kasih JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai sekalian manusia Bertaqwalah kepada T...
Perkara Yang Jadi Modal Bersembang Suami Isteri Selepas Pengumuman Prihatin

Perkara Yang Jadi Modal Bersembang Suami Isteri Selepas Pengumuman Prihatin

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 429 hits
Penularan COVID 19 sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia Bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga ekonomi rakyat kerana boleh dikatakan hampir kesemua sektor terjejas dek kerana wabak ini Di dalam sebuah sidang media Perdana Me...
Sweetnya Suami Isteri Ni Diet Dan Kurus Sama Sama 22 Resipi Ringkas Tapi Sihat Wajib Cuba

Sweetnya Suami Isteri Ni Diet Dan Kurus Sama Sama 22 Resipi Ringkas Tapi Sihat Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 579 hits
Bagi mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan bukanlah satu hal yang mudah Jika isteri membuat keputusan untuk berdiet selepas melahirkan anak suami haruslah turut sama menyokong penuh hasrat isteri Ada baiknya suami ikut sekali berdi...
Positif Covid 19 Selepas Curang Pada Isteri

Positif Covid 19 Selepas Curang Pada Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 281 hits
Kisah seorang lelaki X yang disahkan positif Covid 19 selepas bertemu dengan kekasih gelapnya di Itali Lelaki x kini sedang menjalani pengasingan selepas pulang ke negara tersebut Bagaimanapun lelaki x ini masih dalam keadaan bingung untuk ...
Tutup Hospital Selepas Terima Wanita Bersalin Bergejala Covid 19

Tutup Hospital Selepas Terima Wanita Bersalin Bergejala Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 262 hits
HOSPITAL Pantai Laguna Merbok menutup operasinya esok sehingga Isnin depan berikutan seorang pesakitnya dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus baharu Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak h...
Hanyalah Kahwin Kontrak Suami Ceraikan Isteri Selepas 3 Hari Menjalani Bahtera Perkahwinan

Hanyalah Kahwin Kontrak Suami Ceraikan Isteri Selepas 3 Hari Menjalani Bahtera Perkahwinan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 358 hits
Tiada seorang pun yang sepi daripada terima ujian Allah Cuma bentuk dan cara seseorang itu menerima ujian berbeza Ada yang terima ujian berat malah ada yang terima ujian kecil sahaja Seperti perkongsian daripada Kisah Rumahtangga ini mencer...
Tanda Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim Kaum Wanita Wajib Ambil Tahu

Tanda Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim Kaum Wanita Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 1013 hits
Tanda Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim Kaum Wanita Wajib Ambil Tahu Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap tertentu untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa Masih baik stabil atau sudah kritikal Semua wanita...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025