Bolehkah Berkahwin Dengan Kakak Isteri Selepas Menceraikan Isteri



SOALAN:
Bolehkah seorang lelaki kahwin dengan kakak iparnya (kakak isteri) selepas menceraikan isterinya, tapi isterinya masih dalam iddah? Mohon pencerahan, terima kasih.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya -Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya -zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai.” [Surah al-Nisa’ (1)]

Islam mensyariatkan perkahwinan antara lelaki dan perempuan serta menggariskan panduan yang sempurna untuk menjamin keharmonian masyarakat, kesejahteraan sebuah keluarga dan untuk mengekalkan generasi manusia sebagai khalifah di dunia ini.

Namun, tatkala Islam mensyariatkan dan menggalakkan perkahwinan, Islam juga mengharamkan sebahagian perempuan untuk dikahwini bersesuaian dengan maqasid atau tujuan pensyariatan perkahwinan itu sendiri dalam membina keluarga yang teratur dan tersusun.

Perempuan yang Haram Dikahwini

Berdasarkan kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/28-41), kami simpulkan seperti berikut:

Perempuan yang diharamkan untuk dikahwini terbahagi kepada dua keadaan iaitu haram berkahwin untuk selama-lamanya (المحرمات حرمة مؤبدة) dan haram dinikahi untuk sementara waktu (المحرمات حرمة مؤقتة).

Pengharaman secara kekal ini bemaksud seorang lelaki tidak boleh mengahwini sebahagian perempuan untuk selama-lamanya walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Terdapat tiga sebab pengharaman secara kekal, iaitu:

Nasab atau hubungan kerabat iaitu ibu, nenek, anak perempuan, adik-beradik perempuan kandung, sebapa atau seibu, anak perempuan kepada adik-beradik lelaki atau perempuan dan ibu saudara sebelah bapa atau sebelah ibu.Hubungan persemendaan, musaharah (disebabkan perkahwinan) iaitu ibu tiri, nenek tiri sebelah ibu atau bapa, menantu perempuan, isteri cucu, ibu mertua dan anak tiri perempuan.Hubungan penyusuan iaitu ibu susuan, adik-beradik perempuan susuan, anak perempuan daripada adik-beradik susuan, ibu saudara susuan dan anak perempuan susuan.Haram juga berkahwin disebabkan oleh gabungan hubungan perkahwinan dan susuan seperti ibu susuan kepada isteri anak perempuan susuan isteri, isteri bapa susuan dan isteri anak susuan.
Rasulullah SAW bersabda:

يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
“Diharamkan dengan susuan apa yang diharamkan dengan nasab (keturunan).” [Riwayat al-Bukhari (2645)]

Oleh itu, golongan perempuan ini adalah golongan yang haram dikahwini walaupun hilang sebabnya sebagai contoh, seorang lelaki sudah bercerai dengan isterinya namun ibu mertua tetap menjadi haram untuk dikahwini untuk selama-lamanya.

Pengharaman yang sementara pula bermaksud perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Apabila sebab tersebut hilang, maka perempuan tersebut boleh dikahwini. Sekiranya perempuan itu dikahwini sebelum hilang sebab pengharamannya, maka perkahwinan tersebut batal.

Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu ialah:

Menghimpunkan dua saudara (adik-beradik) perempuan sama ada dalam akad yang sama atau akad yang berlainan. Sekiranya dalam akad yang sama, maka perkahwinan tersebut batal. Dan sekiranya akad yang berbeza, maka akad yang kedua adalah batal.Menghimpunkan seorang perempuan dengan ibu saudaranya sebelah bapa atau sebelah ibu; atau dengan anak saudaranya daripada adik beradik kandung, sebapa atau seibu.Berkahwin lebih daripada empat. Justeru seorang lelaki tidak boleh mengahwini perempuan yang kelima.Perempuan musyrik yang menyembah berhala melainkan setelah dia memeluk Islam.Perempuan yang sudah berkahwin.Perempuan yang masih dalam iddah sama ada talaq raj’ie, talaq ba’in atau kematian suami.Isteri yang ditalaqkan dengan talaq tiga, maka haram suami mengawininya sama ada ketika iddah atau selepas iddah melainkan selepas isteri tersebut telah berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan.
Berbalik kepada persoalan, perkahwinan antara suami dan kakak ipar (kakak isteri) adalah haram walaupun isteri telah diceraikan tetapi masih dalam iddah. Ini berdasarkan dalil yang menjelaskan sebahagian perempuan yang diharamkan untuk berkahwin. Firman Allah SWT:

وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ
“Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu).” [Surah al-Nisa’ (23)]

Ini kerana hikmah haram berkahwin dengan mengumpulkan dua adik-beradik perempuan dalam sebuah perkahwinan adalah untuk mengelakkan sebarang mafsadah dalam hubungan persaudaraan. Sekiranya dibenarkan perkahwinan ini maka akan berlakulah perbalahan antara mereka yang mana kedua-duanya mempunyai hasad dengki dan saling cemburu yang boleh menyebabkan mereka membuka keaiban antara satu sama lain sehingga terputus hubungan silaturrahim.

Ini berdasarkan sebuah hadith:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَنْ تُنْكَحَ الْمَرْأَةُ عَلَى قَرَابَتِهَا مَخَافَةَ الْقَطِيعَةِ
“Rasulullah SAW melarang perempuan dikahwinkan sekali (dimadukan) dengan saudara-maranya kerana dibimbangi akan memutuskan silaturrahim.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil (208) dan al-Syaukani dalam Nail al-Awtar (6/147)]

Oleh itu, golongan perempuan ini haram untuk dikahwini sehingga hilang sebab pengharamannya iaitu selepas berlaku talak. Namun, harus dilihat keadaan semasa perkahwinan dengan perempuan tersebut sama ada isteri yang diceraikan sudah tamat iddah atau belum dan diceraikan dengan talak raj’ie atau talak ba’in atau disebabkan meninggal dunia.

Menurut Syeikh al-Muti’ie:

وإن تزوج بامرأة ثم طلقها وأراد أن يتزوج بأختها أو عمتها أو خالتها أو تزوج أربع نسوة وطلقهن واراد أن ينكح أربعا غيرهن أو طلق واحدة منهن وأراد أن يتزوج غيرها فان كان الطلاق قبل الدخول يصح تزويجه بلا خلاف، لانه لا عدة له على المطلقة، وان كان بعد الدخول فان كان الطلاق رجعيا لم يصح تزويجه قبل انقضاء العدة، لان المطلقة في حكم الزوجات، وإن كان الطلاق بائنا صح تزويجه عندنا قبل انقضاء العدة... دليلنا أن المطلقة بائن منه... كالبائن قبل الدخول

“Sekiranya seorang lelaki mengahwini seorang perempuan kemudian menceraikannya dan ingin berkahwin dengan saudara perempuan isterinya atau ibu saudara sebelah bapa atau ibu saudara sebelah ibu, ataupun seorang lelaki berkahwin dengan empat orang perempuan kemudian menceraikan semua isterinya dan ingin berkahwin dengan empat orang perempuan yang lain atau menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya kemudian ingin berkahwin dengan seorang perempuan lain; jika diceraikan sebelum bersetubuh dengannya maka sah perkahwinan lelaki tersebut mengikut sepakat (fuqaha’). Ini kerana tiada iddah bagi isteri yang diceraikan itu.

Jika selepas bersetubuh dengan isterinya dan diceraikan dengan talaq raj’ie, tidak sah perkahwinan lelaki tersebut sebelum tamat ‘iddah. Ini kerana isteri yang ditalaqkan dengan talaq raj’ie masih dianggap isterinya sebelum tamat ‘iddah.

Jika talaq tersebut adalah talaq ba’in maka, sah pada pendapat kami (mazhab Syafie) perkahwinan tersebut walaupun belum tamat iddahnya… dalil kami ialah isteri yang ditalaq ba’in sudah terpisah daripada suaminya seperti talaq ba’in sebelum berlaku al-dukhul (persetubuhan).” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 16/227]

Justeru tidak sah perkahwinan seorang lelaki dengan adik-beradik perempuan isterinya atau ibu saudara isterinya kecuali selepas isteri tersebut meninggal dunia atau diceraikan dengan talak ba’in atau telah tamat iddahya sekiranya diceraikan dengan talak raj’ie. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 4/37]

Penutup

Tuntasnya, seorang lelaki diharamkan berkahwin dengan perempuan yang diharamkan sama ada penghaman tersebut secara kekal (muabbad) atau pengharaman tersebut sementara (muaqqat) atas sebab-sebab tertentu. Jika pengharaman tersebut adalah haram yang kekal, maka tidak boleh dikahwini perempuan tersebut walau dalam apa jua keadaan. Namun jika pengharaman itu bersifat sementara, maka boleh dikahwini perempuan tersebut apabila hilang sebab pengharamannya.

Berdasarkan persoalan yang diajukan, sekiranya isteri masih dalam tempoh iddah, tidak sah perkahwinan suami tersebut dengan kakak iparnya (kakak isteri). Ini kerana perempuan yang berada dalam tempoh iddah masih dalam hukum isteri kepada bekas suaminya sehingga tamat iddah tersebut. Maka perkahwinan ini diharamkan secara sementara (muaqqat) kerana haram mengumpulkan dua adik-beradik perempuan dalam sebuah perkahwinan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai mafsadah (keburukan) kepada hubungan persaudaraan seperti yang telah dibahaskan di atas.

Namun, dibolehkan dan sah perkahwinan suami dengan kakak isterinya sekiranya isterinya telah meninggal dunia atau telah diceraikan dengan talak ba’in atau telah tamat iddahnya jika diceraikan dengan talak raj’ie . Ini kerana sebab pengharamannya telah hilang.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman untuk mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan diterima oleh-Nya. Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/bolehkah-berkahwin-dengan-kakak-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin

Adakah Suami Layak Menerima Harta Pusaka Rumah Isteri Yang Dibeli Sebelum Berkahwin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 838 hits
SOALAN Sekiranya isteri ada membeli rumah sebelum berkahwin adakah selepas kematian isteri suami berhak ke atas rumah tersebut melalui faraid walaupun suami tidak penah bayar duit installment rumah bulan bulan bahkan tak tahu pun kewujudan ...
Positif Covid 19 Selepas Curang Pada Isteri

Positif Covid 19 Selepas Curang Pada Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 281 hits
Kisah seorang lelaki X yang disahkan positif Covid 19 selepas bertemu dengan kekasih gelapnya di Itali Lelaki x kini sedang menjalani pengasingan selepas pulang ke negara tersebut Bagaimanapun lelaki x ini masih dalam keadaan bingung untuk ...
Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 289 hits
SOALAN Apa hukum seseorang yang baru lepas menghisap rokok atau memakan makanan yang berbau kurang enak untuk hadir solat berjemaah di masjid JAWAPAN Hadir ke masjid bagi menunaikan ibadah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut di sisi s...
Najib Razak Titip Doa Buat Drama Band Selepas Dilanggar Pemandu Mabuk

Najib Razak Titip Doa Buat Drama Band Selepas Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 222 hits
Kisah kemalangan jalan raya melibatkan kumpulan muzik Drama Band awal pagi semalam menarik perhatian Datuk Seri Najib Razak Bekas perdana menteri itu dalam catatan terbaru di Facebook berharap mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang k...
Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan

Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 217 hits
SOALAN Di surau perumahan saya ada seorang yang suka untuk beri minyak wangi selepas iqamah dilaungkan Dia akan pergi ke setiap saf untuk beri minyak wangi Benda ni kadang kadang buat saya dan beberapa jemaah lain terganggu sebab masa itu k...
Jais Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid 19

Jais Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 597 hits
Kes berkaitan isu wabak atau virus Covid 19 semakin melarat apabila yang terkini sebuah masjid Masjid Al Munawwarah di Seksyen 27 terpaksa ditutup untuk kerja kerja pembersihan dan sanitasi Ini menyebabkan aktiviti solat fardhu di masjid be...
Gbp Usd 16 Mac Laporan Cot Mengekalkan Kemungkinan Besar Untuk Penurunan Harga Pound Tetapi Mungkin Selepas Pembetulan

Gbp Usd 16 Mac Laporan Cot Mengekalkan Kemungkinan Besar Untuk Penurunan Harga Pound Tetapi Mungkin Selepas Pembetulan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 273 hits
Pasangan mata wang GBP USD Carta 1 Jam Salam sejahtera pedagang Malangnya semua pasaran global kini didorong semata mata oleh berita mengenai penyebaran wabak coronavirus serta berita yang berkaitan dengan langkah langkah yang diambil oleh ...
Selepas Hanya 2 Minggu Berehat Lee Kwangsoo Kembali Ke Running Man

Selepas Hanya 2 Minggu Berehat Lee Kwangsoo Kembali Ke Running Man

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 366 hits
Selepas mendengar berita ramai peminat Running Man yang meluahkan rasa sedih dengan nasibnya yang tidak diduga itu Meskipun dikatakan kecelakaan kecil tetapi pelakon lelaki itu terpaksa melalui pembedahan kerana pergelangan kakinya yang pat...
Bergilir Demam Dengan Anak Selepas Bercuti Shakilla Khoriri Negatif Ujian Covid 19

Bergilir Demam Dengan Anak Selepas Bercuti Shakilla Khoriri Negatif Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 320 hits
Kena kuarantin dua hari Itu yang dikongsikan oleh pelakon Shakilla Khoriri yang baru baru ini menjalani ujian saringan wabak Coranavirus atau COVID 19 selepas mengalami demam panas dan batuk batuk Terdahulu Shakilla bersama suami penyampai ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa