Hajiji Selamat Bung Akan Tepati Janji Kata Jeffrey


Jeffrey Kitingan berkata, berdasarkan perbualannya dengan Bung Moktar Radin, Umno Sabah tidak akan melakukan langkah sama terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan yakin negeri itu tidak akan menghadapi krisis politik seperti di Semenanjung kerana Umno Sabah akan berpegang kepada janjinya untuk memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak terjejas.

Kitingan, yang juga presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, kebiasaannya kerajaan negeri akan terjejas setiap kali berlaku perubahan di peringkat persekutuan.

Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan dalam GRS dan perbualan peribadinya dengan Pengerusi Umno Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin, beliau percaya Umno negeri itu tidak akan melakukan tindakan sama seperti di peringkat persekutuan.

“Saya bersama beliau semalam dan kami mahu mengekalkan kerajaan negeri. Sabah tidak akan terjejas dengan apa yang berlaku di peringkat persekutuan,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

“Biasanya, apabila berlaku perubahan di peringkat persekutuan, ia akan menjejaskan negeri-negeri.

“Itu salah satu sebab mengapa kami memilih (Naib presiden Umno) Ismail Sabri Yaakob supaya kebanyakan perkara akan kekal seperti sekarang.”

Kerajaan GRS diterajui Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai ketua menteri dan terdiri daripada Barisan Nasional (BN) serta Parti Bersatu Sabah (PBS), selain Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri dinamakan sebagai perdana menteri kesembilan, menggantikan Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan itu Isnin lalu.

Mengenai cakap-cakap yang kerusi timbalan perdana menteri akan diisi calon dari Sabah atau Sarawak, Kitingan percaya seorang pemimpin dari Sarawak akan dinamakan untuk jawatan itu.

“Sarawak memberikan paling banyak sumbangan ke arah kestabilan dan kedudukan PM, jadi saya harap ini akan dipertimbangkan.

“Saya tidak kisah siapa orangnya (sama ada dari Sabah atau Sarawak), tetapi Sarawak bersedia mendapatkannya.”

Sementara itu, Kitingan berharap krisis politik akan berakhir sekarang susulan pengumuman Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

“Mudah-mudahan dengan penyelesaian sementara terhadap krisis politik ini, kita dapat memfokuskan isu penting berkaitan pandemik, kebajikan rakyat dan ekonomi.

“Kami juga berharap tiada lagi krisis atau mereka yang mengejar jawatan PM akan menunggu sehingga Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum akan datang.

Kitingan turut menggesa Kabinet persekutuan baharu untuk mengutamakan isu penting kepada Sabah dan Sarawak seperti hubungan persekutuan-negeri dan mengembalikan hak negeri seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/hajiji-selamat-bung-akan-tepati-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Untuk Bangunkan Sabah Dengan Strategi Baharu Kata Bung

Masa Untuk Bangunkan Sabah Dengan Strategi Baharu Kata Bung

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 254 hits
Bung Moktar Radin berkata Umno perlu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan menyusun strategi baharu KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengulangi komitmen partinya untuk menjaga keutuhan kerajaan Gabungan Rakya...
Pm Baru Mesti Mengutamakan Ma63 Selain Pandemik Kata Jeffrey

Pm Baru Mesti Mengutamakan Ma63 Selain Pandemik Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 270 hits
Jeffrey Kitingan mengatakan semua pihak tempatan di Sabah dan Sarawak mesti menggunakan kesempatan ini untuk bekerjasama untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk kedua dua negeri Borneo Perdana Menteri yang akan datang dan Kabinetnya haru...
Tpm Baharu Harus Diberikan Kepada Pemimpin Sarawak Kata Jeffrey

Tpm Baharu Harus Diberikan Kepada Pemimpin Sarawak Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 514 hits
Jeffry sebagai Presiden STAR sabah mahu TPM dari Sarawak KOTA KINABALU Parti Solidariti Tanah Airku berharap jawatan Timbalan Perdana Menteri baharu kerajaan Pusat diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak Presidennya Datuk Dr Jeffre...
Perikatan Nasional Tumbang Muafakat Nasional Dijangka Kembali Bernyawa Kata Penganalisis

Perikatan Nasional Tumbang Muafakat Nasional Dijangka Kembali Bernyawa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 200 hits
Nora MahparPETALING JAYA PAS dijangka menghidupkan kembali kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional jika kerajaan Perikatan Nasional tumbang kata penganalisis politik Pakar geostrategis Azmi Hassan berkata pendirian politik PAS yang...
Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 324 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Perdana menteri yang dilantik daripada kerajaan sedia ada sekiranya penyandangnya Muhyiddin Yassin berundur hari ini adalah resepi kepada Kerajaan Gagal 2 0 kata seorang penganalisis politik Oh Ei Sun dari Insti...
Emosi Mengatasi Segalanya Cool Dapat Hentam Kerajaan Kata Pua

Emosi Mengatasi Segalanya Cool Dapat Hentam Kerajaan Kata Pua

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 195 hits
MALAYSIA NOW Ahli Parlimen DAP mempertahankan pendiriannya berhubung persefahaman rentas parti yang ditawarkan perdana menteri Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Gambar Facebook Walaupun partinya menolak tawaran Muhyiddin Yassin ahli Parlimen...
Johan As Ari Terkilan Dikrit K Gara Gara Beri Kata Semangat Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

Johan As Ari Terkilan Dikrit K Gara Gara Beri Kata Semangat Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 285 hits
Pelakon Johan As ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikrit k gara gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menerusi laman Instagram Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perd...
Maaf Rakyat Tidak Boleh Terpedaya Lagi Kata Zahid

Maaf Rakyat Tidak Boleh Terpedaya Lagi Kata Zahid

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Aug 2021 8 49 amKATA MP l Nada mereka mula berubah Mula bertutur dalam nada sedih lagi pilu gara gara sedang terdesak Harap maaf rakyat tidak boleh terpedaya lagi Rakyat tahu ini cuma satu lagi permainan perse...
Muhyiddin Yassin Beri Kata Kata Terakhir

Muhyiddin Yassin Beri Kata Kata Terakhir

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 248 hits
Muhyiddin Yassin memberi ucapan terakhir selepas mesyuarat terakhir kabinet Kerajaan PN PUTRAJAYA Bekas bekas menteri daripada Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional mula memberi kata kata akhir sebagai menteri dan mendoakan negara supaya teru...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025