Haiwan Sebagai Sumber Makanan



Haiwan merupakan salah satu sumber makanan. Daripada haiwan manusia dapat memakan daging, susu dan telur yang dihasilkan. Bahkan, haiwan juga menghasilkan produk lain yang boleh dimakan seperti madu dan penghasilan daripada aktiviti mereka seperti sarang burung walit.  

Pelbagai jenis haiwan yang dagingnya boleh dijadikan sumber makanan. Terdapat jenis haiwan yang diternak seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri menjadi sumber daging utama untuk memenuhi keperluan makanan manusia dalam bentuk daging dan susu. Rasulullah SAW sendiri pernah menjadi penternak biri-biri.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni syurga adalah daging” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para ulama tentang keutamaan daging dan memakannya. Misalnya, az-Zuhry berkata memakan daging, menambah 70 macam kekuatan. 

Manakala Muhammad bin Wasi pula berpendapat memakan daging menambah ketajaman mata. Saidina Ali bin Abi Talib pula pernah berkata: “Makan daginglah (wahai sekalian) kamu. Kerana yang demikian itu menjernihkan (mencerahkan) warna kulit, mengecilkan perut dan memperbaiki tingkah laku”.

Kitab-kitab fikah membahagikan haiwan kepada dua, iaitu haiwan laut (air) dan haiwan darat. Haiwan air pula terbahagi kepada dua iaitu air masin (laut) dan air tawar (sungai, tasik dan sebagainya).

Allah SWT menghalalkan haiwan laut sebagai sumber makanan berdasarkan dua firman-Nya. Ayat 14 surah an-Nahal bermaksud: “Dialah Allah yang mempermudahkan laut, supaya dapat kamu makan makanan daripadanya daging yang lembut dan segar.”

Manakala satu lagi firman-Nya bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang diperoleh dari laut sebagai bekalan bagi kamu dan orang-orang dalam pelayaran.” (Surah al-Maidah, ayat 94).

Biarpun dalam kedua-dua ayat itu menyebut mengenai haiwan di laut (air masin) namun maksudnya juga merujuk kepada semua jenis hidupan di air. Memandangkan tidak terdapat ayat al-Quran dan hadis menyatakan jenis-jenis haiwan di laut yang diharamkan dimakan, maka ulama mengatakan semua jenis hidupan laut halal dimakan, kecuali jenis haiwan disabitkan sifat-sifatnya yang dijelaskan menyebabkan dagingnya diharamkan. Contohnya, daging penyu diharamkan dimakan disebabkan ia hidup di dua alam.

Mazhab Syafie menghalalkan beberapa jenis telur seperti telur penyu walau pun penyu haram dimakan kerana baginya semua jenis binatang selagi bernyawa adalah bersih pada asalnya dan telurnya pula bersih dan tidak pula beracun. Namun, berlainan pula dengan biawak di mana ia sendiri pengotor serta jijik dan telurnya pula beracun.

Haiwan di laut tidak perlu melalui proses penyembelihan untuk dimakan. Tidak kisah cara mana ia mati, maka haiwan di laut boleh dimakan. Ia berlainan dengan haiwan di darat yang mana ada jenis perlu disembelih dan ada juga yang tidak perlu disembelih untuk membolehkan dagingnya dimakan.

Jenis haiwan darat yang tidak perlu disembelih ialah dari jenis yang tidak mengalirkan darah seperti belalang dan jenis ulat (seperti ulat sagu). Manakala jenis haiwan lain mesti disembelih mengikut syarat yang ditetapkan. 

Tujuan sembelihan ialah untuk melepaskan nyawa binatang sembelihan dengan mudah dan tidak menyeksakan. Sembelihan hendaklah dilakukan di bahagian pangkal dagu dan pangkal leher kerana di bahagian itu memudahkan binatang mati. Pisau pula perlulah tajam dan sesuai untuk menyembelih.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim).

Kajian saintifik diketuai Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih.

Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado, juga mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/joz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahalnya Ongkos Jadi Kepala Daerah Dinilai Sebagai Sumber Korupsi

Mahalnya Ongkos Jadi Kepala Daerah Dinilai Sebagai Sumber Korupsi

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 219 hits
Bayu menganggap ini yang membuat penyelenggara pemilu sangat berpotensi untuk memainkan suara Mengingat adanya permintaan imbalan uang tersebut kepada calon kepala daerah
10 Bahan Makanan Yang Sempat Diyakini Sebagai Keajaiban Dari Para Dewa

10 Bahan Makanan Yang Sempat Diyakini Sebagai Keajaiban Dari Para Dewa

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 268 hits
10 Bahan makanan yang sempat diyakini sebagai keajaiban dari para dewa antara lain kakao jagung bawang putih apel lokio dan mentimun Dianggap sebagai herba ajaib makanan dengan kekuatan gaib yang mampu menaklukkan sihir dan menjadi persemba...
Durian Akan Dipamerkan Sebagai Makanan Yang Menjijikkan Di Disgusting Food Museum

Durian Akan Dipamerkan Sebagai Makanan Yang Menjijikkan Di Disgusting Food Museum

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 470 hits
Di Malaysia durian dianggap sebagai raja buah Baunya saja cukup untuk membuatkan mereka yang gemarkannya tidak tidur malam teringatkannya Dengan pelbagai pilihan jenis durian pula ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan pilihan ma...
Sumber Makanan Tentukan Kedudukan Ibadat

Sumber Makanan Tentukan Kedudukan Ibadat

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 198 hits
Pemilihan makanan halal perlu diberi perhatian Perkara ini penting memandangkan banyak makanan dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam Kemungkinan termakan makanan haram disebabkan bercampur kandungan haram seperti sumber daripada babi atau c...
Makanan Alternatif Sebagai Ganti Beras

Makanan Alternatif Sebagai Ganti Beras

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 398 hits
Mengusahakan penambahan bahan makanan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan Bila ada penambahan masalah kekurangan dapat diatasi Biarpun tidak dinafikan banyak halangan terpaksa dihadapi namun itu bukan alas...
Bisnes Menjual Makanan Haiwan Kesayangan Beserta Strategi Penetapan Harga

Bisnes Menjual Makanan Haiwan Kesayangan Beserta Strategi Penetapan Harga

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 539 hits
Berpindah di kawasan kejiran yang baru memang satu cabaran yang agak besar buat saya Berada di tempat baru saya rasakan segalanya seakan begitu asing Pada mulanya rasa macam orang hilang arah sekejap Kat mana nak cari tempat makan Dekat man...
Kelebihan Sarapan Pagi Dengan Buah Buahn Dan Makanan Lain

Kelebihan Sarapan Pagi Dengan Buah Buahn Dan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 359 hits
JIkalau kita sarapan dengan buah buhan Di antara pukul 7 11 pagi badan kita sedang aktif melakukan penyahtoksikan Oleh itu jika makan buah buahan pada waktu ini ia tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk penghadaman dengan itu tenaga yang...
7 Jenis Makanan Bagus Untuk Hipotiroid Amalkan Seharian

7 Jenis Makanan Bagus Untuk Hipotiroid Amalkan Seharian

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 1205 hits
Assalamualaikum Jika sebelum ini saya kongsikan tentang tak adil pula kalau tak kongsikan tentang makanan bagus untuk hipotiroid amalkan seharian kan Hipotiroid ialah keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi untuk membekalkan hormoon ...
Ayam Masak Kunyit Sedekah Punca 52 Pelajar Tahfiz Keracunan Makanan

Ayam Masak Kunyit Sedekah Punca 52 Pelajar Tahfiz Keracunan Makanan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 322 hits
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali Foto Iqmal Haqim Rosman NSTPSEREMBAN 19 Okt Lima puluh dua pelajar Tahfiz Darul Ulum di Senawang dekat sini mengalami keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada ayam masak kunyit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa