Sumber Makanan Tentukan Kedudukan Ibadat



Pemilihan makanan halal perlu diberi perhatian. Perkara ini penting memandangkan banyak makanan dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam. Kemungkinan termakan makanan haram disebabkan bercampur kandungan haram seperti sumber daripada babi atau cara penyembelihan tidak mematuhi syariat, agak besar jika kita tidak berhati-hati.

Tidak haram makan makanan dihasilkan pengusaha bukan Islam jika dipastikan bahannya halal dan disediakan mengikut kehendak Islam. Namun, lebih baik jika umat Islam mengutamakan makanan disediakan orang Islam untuk mengelak keraguan. Memastikan yang halal wajib diusahakan.

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.”  (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Makanan haram memberi kesan besar kepada kehidupan muslim terutama dalam mempengaruhi jiwa dan minda. Jasad yang terbina daripada makanan haram akan mendorong melakukan perbuatan durhaka kepada Allah. Sifat-sifat buruk seperti tamak, hasad, malas melakukan ibadat dan cintakan kehidupan dunia lebih cenderung dilakukan oleh mereka yang hidupnya menggunakan makanan haram.

Seorang ulama, Sheikh Ali Syazali ada menyebut: "Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah. Sebaliknya, sesiapa yang makan benda tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan untuk melakukan maksiat."

Memakan makanan haram menyebabkan kemurkaan Allah. Jasad terdapat daging dan darah yang terhasil dari sumber haram tidak diterima ibadatnya dan sukar dimakbulkan doanya. Di akhirat hidupnya adalah di dalam neraka.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu haram, maka apa neraka baginya adalah lebih utama." (Hadis riwayat Tirmizi).

Justeru, amat penting selidiki dan memastikan sumber makanan dan minuman yang dimakan dan diminum adalah halal. Ahli keluarga yang hidup dari sumber makanan haram tidak akan menikmati kebahagian hidup biarpun dalam kemewahan dan kesenangan. Hati dan perasaan kosong dan sentiasa tidak bahagia. 

Kita perlu makan untuk keperluan jasad membina kekuatan fizikal dan minda. Satu anggapan tidak tepat jika makan untuk kepuasan hidup. Fahaman ini mendorong perbuatan minum arak dan terpengaruh dengan teori karut untuk memuaskan nafsu dengan memakan haiwan eksotik.  

Semakin banyak menikmati pelbagai jenis hidangan, keinginan merasai kelainan tidak pernah puas. Sikap tersebut termasuk perbuatan boros yang menjadi amalan syaitan. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Antara sifat boros itu adalah makan apa yang teringin oleh selera." (Hadis riwayat Ibnu Majah).    

Islam tidak melarang menikmati makanan dan minuman yang diingini selagi tidak melampuai batasan agama. Malah, sesiapa mengucapkan kesyukuran atas nikmat makanan dan minuman yang dinikmati, maka dialah orang yang beruntung.   

Melayan nafsu makan mendatangkan banyak keburukan. Masalah utama ialah memberi kesan kepada kesihatan. Makan banyak dan tidak terkawal menjadi punca obersiti dan mendatangkan banyak masalah kesihatan.

Amat rugi kita terpaksa menghabiskan banyak wang untuk memenuhi selera makan dan pada masa sama terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mengubat penyakit berkaitannya.  

Kita perlu bersyukur nikmat makanan dikurniakan Allah SWT.  Bayangkan nasib mereka berdepan masalah kekurangan bekalan makanan. Mereka tidak kisah apa rasa makanan asalkan dapat memberi peluang untuk terus hidup. Ketika itu, nikmat makan menjadi amat besar dan penting dilakukan untuk mendapatnya.      

Allah SWT menjadikan kelaparan sebagai satu ujian. Sesiapa yang bersabar dia beroleh kegembiraan. 

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan kepupusan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kelaparan yang dimaksudkan bukan saja tiada makanan, tetapi juga pantang akibat penyakit. Banyak orang terpaksa menahan diri daripada pelbagai jenis makanan dan minuman disebabkan mengidap penyakit bahaya yang majoritinya berpunca cara pemakanan. Justeru, langkah awal untuk mengelak penyakit ialah mengawal cara pemakanan.   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/gdu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haiwan Sebagai Sumber Makanan

Haiwan Sebagai Sumber Makanan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 826 hits
Haiwan merupakan salah satu sumber makanan Daripada haiwan manusia dapat memakan daging susu dan telur yang dihasilkan Bahkan haiwan juga menghasilkan produk lain yang boleh dimakan seperti madu dan penghasilan daripada aktiviti mereka sepe...
Antara 3 Makanan Viral Popia Vietnam Tauhu Bergedil Dan Fruit Pastry Cake

Antara 3 Makanan Viral Popia Vietnam Tauhu Bergedil Dan Fruit Pastry Cake

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 857 hits
Ketiga tiga juadah viral ni dah lama tengok dalam facebook Yang terbaharu tu tentulah fruit pastry cake Menggiurkan je kalau tengok buah peach yang terletak elok atas kek Mengidam la jugak nak rasa ketiga tiga juadah viral niSekian lama men...
Makanan Yang Perlu Di Elakkan Untuk Pengidap Angin Medu

Makanan Yang Perlu Di Elakkan Untuk Pengidap Angin Medu

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 647 hits
Anda dinasihatkan menjaga pemakanan Berikut ialah di antara jenis jenis makanan dan minuman yang dilarang makan minum untuk sementara waktu MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN UNTUK PENGIDAP ANGIN MEDU1 Makanan Minuman yang Sejuk Tembikai pisang ...
Bukan Saya Tapi Penyokong Beri Makanan Percuma Isa Samad

Bukan Saya Tapi Penyokong Beri Makanan Percuma Isa Samad

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 264 hits
PORT DICKSON Calon bebas pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan bahawa pihaknya memberikan makanan percuma kepada pengundi semasa proses pembuangan undi hari ini Sebaliknya Isa yang juga bekas menteri besar...
Makanan Ala Thai Di Restoran Teluk Muruh Lumut Perak

Makanan Ala Thai Di Restoran Teluk Muruh Lumut Perak

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 902 hits
Restoran Teluk Muruh Lumut PerakPatani hot food makanan ala thai di restoran Teluk MuruhRestoran Teluk Muruh yang terletak di Lumut Perak merupakan restoran masakan ala thai Malam malam kalau korang ada kat Lumut dan tengah mencari tempat m...
Makanan Makanan Yang Boleh Menjejaskan Diet Lelaki

Makanan Makanan Yang Boleh Menjejaskan Diet Lelaki

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 298 hits
Kebiasaannya kita mendenger isitlah diet ini lebih kepada wanita akan tetapi pada zaman sekarang diet juga kerap diamalkan oleh lelaki kerana mereka takut gemuk atau boroi Selain berdiet juga lelaki sekarang suka menjaga penampilan diri den...
Ibu Bayi Dapat Menikmati Makanan Dengan Persekitaran Tanpa Asap Rokok Menjelang Januari 2019

Ibu Bayi Dapat Menikmati Makanan Dengan Persekitaran Tanpa Asap Rokok Menjelang Januari 2019

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 333 hits
Mulai Januari 2019 KKM akan mengisytiharkan semua restoran sebagai kawasan larangan merokok Ini merupakan berita gembira untuk semua yang terkesan akibat asap rokok ketika menjamu selera di kedai makan terutama ibu hamil dan bayi Selain mem...
4667 Ppim Menerima Sumbangan Berbentuk Makanan Dari Pihak Ustazah Wan Habsah Ppim 12 10 18

4667 Ppim Menerima Sumbangan Berbentuk Makanan Dari Pihak Ustazah Wan Habsah Ppim 12 10 18

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 234 hits
PPIM menerima sumbangan berbentuk makanan dari pihak Ustazah Wan Habsah dalam usaha bagi membantu mangsa dan ahli keluarga yang ditimpa bencana di Sulawesi Indonesia PPIM menzahirkan rasa simpati atas musibah ini dan merakamkan ucapan takzi...
6 Tanda Dan 8 Sebab Terjadinya Keracunan Makanan

6 Tanda Dan 8 Sebab Terjadinya Keracunan Makanan

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 461 hits
ASSALAMUALAIKUM Baru baru ini kita dikejutkan dengan kes keracunan makanan laksa yang berlaku di Baling Kedah makanan pulak laksa dah la kita ni hantu laksa huu Kalau tak masak sendiri laksa memang beli jugak Wani biasanya kat pasar pagi le...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos