Makanan Alternatif Sebagai Ganti Beras



Mengusahakan penambahan bahan makanan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Bila ada penambahan, masalah kekurangan dapat diatasi. Biarpun tidak dinafikan banyak halangan terpaksa dihadapi, namun itu bukan alasan untuk tidak berusaha meningkatkan pengeluran makanan negara.

Makanan tidak hanya merujuk kepada beras semata-mata. Inilah budaya masyarakat kita yang tidak dapat lari daripada nasi sebagai makanan ruji. Tiada beras, maka tiada nasi dan jawabannya belum makan lagi. Sebab itu, biarpun telah makan mee, pulut, kek atau sesuatu yang mengenyangkan, mereka masih mahu makan nasi juga.   

Kita tentu masih ingat atau mengetahui mengenai masalah kekurangan makanan semasa dijajah oleh tentera Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. Disebabkan harga beras yang melambung (masalah nilai wang) dan kekurangan bekalan, ganti sumber makanan rakyat Tanah Melayu, terutama di kampung-kampung ialah ubi kayu, keledek, keladi, pisang dan ulam-ulaman.

Penduduk sekarang tidak lagi berminat makan jenis-jenis makanan itu. Malah banyak yang tidak kenal ubi kayu, keledek dan keladi. Ada yang beranggapan itu makanan golongan miskin atau peduduk kampung saja. Itulah silapnya apabila sumber makanan yang banyak di negara kita tidak dihargai.  

Jenis makanan itu kaya dengan zat pemakanan. Ia kaya dengan nutrin pemakanan untuk kesihatan dan perubatan. Malah, boleh dijadikan makanan ruji. Penduduk di negara tertentu menjadikan pisang sebagai makanan utama. Di negara kita sendiri, pada masa lalu, beberapa jenis pisang tertentu dijadikan makanan bayi yang kini telah diambil alih oleh makanan bijirin diproses di kilang.

Jenis-jenis tanaman itu diperkatakan bukan kerana boleh dijadikan altenatif kepada beras, tetapi apa yang lebih penting ialah ia mudah ditanam, hidup subur dan mudah mengeluarkan hasil di negara kita.

Untuk menanam ubi kayu, keladi, keledek dan pisang tidak memerlukan bendang atau ladang khas. Kawasan di tepi rumah juga boleh ditanam. Sekarang ini banyak kawasan yang terbiar ditumbuhi semak samun. 

Jenis tanaman itu tidak memerlukan bekalan air, keculi dalam kadar yang reletif sedikit berbanding padi. Ia boleh ditanam dan membesar sepanjang tahun, kecuali ubi kayu yang tidak tahan apabila berlaku banjir yang menyebabkan ubinya menjadi buruk.    

Paling mudah ditanam ialah pisang. Ada yang asalnya ditanam berpuluh tahun lalu, tetapi terus mengeluarkan anak baru dan memberikan hasil yang berterusan. 

Gambaran yang dinyatakan ini bertujuan supaya rakyat tidak perlu begitu rungsing mengenai krisis makanan. Apa yang penting ada usaha dilakukan untuk menambah bekalan makanan pilihan selain beras. 

Negara kita mempunyai keluasan tanah pertanian yang mampu untuk menampung keperluan makanan negara jika betul-betul diusahakan. 
 
Mungkin untuk menambah penghasilan beras secara mendadak sedikit bermasalah kerana memerlukan sistem pengairan dan pengaliran yang baik. Tetapi, untuk mengusahakan tanaman lain rasanya tidak begitu sukar untuk diusahakan. 

Apa yang penting, ialah cita rasa rakyat kita kenalah berubah. Jangan hanya mengharapkan nasi saja sebagai makanan ruji. 
    
Di samping itu, penerapan amalan berjimat atau mengurangakan pengambilan makanan secara berlebih-lebihan juga satu tindakan serampang dua mata iaitu mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan dan pada masa yang sama mengamalkan pemakanan sihat. 

Di negara lain, rakyatnya sengsara dan mati kerana kekurangan makanan, tetapi rakyat kita berpenyakit dan mati disebabkan lebih makan.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/lop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Minta Rakyat Naik Grab Sebagai Ganti Bas

Ph Minta Rakyat Naik Grab Sebagai Ganti Bas

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 416 hits
Video PH minta rakyat naik Grab sebagai ganti bas perantara dan MRT Posted onAuthorLama tak dengar cerita YB Tony Pua Tiba tiba dia muncul dengan cadangan bernas suruh rakyat naik Grab ganti Feeder Bus MRT Jimat katanya Kalau semua benda na...
Durian Akan Dipamerkan Sebagai Makanan Yang Menjijikkan Di Disgusting Food Museum

Durian Akan Dipamerkan Sebagai Makanan Yang Menjijikkan Di Disgusting Food Museum

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 542 hits
Di Malaysia durian dianggap sebagai raja buah Baunya saja cukup untuk membuatkan mereka yang gemarkannya tidak tidur malam teringatkannya Dengan pelbagai pilihan jenis durian pula ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan pilihan ma...
Haiwan Sebagai Sumber Makanan

Haiwan Sebagai Sumber Makanan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 879 hits
Haiwan merupakan salah satu sumber makanan Daripada haiwan manusia dapat memakan daging susu dan telur yang dihasilkan Bahkan haiwan juga menghasilkan produk lain yang boleh dimakan seperti madu dan penghasilan daripada aktiviti mereka sepe...
10 Bahan Makanan Yang Sempat Diyakini Sebagai Keajaiban Dari Para Dewa

10 Bahan Makanan Yang Sempat Diyakini Sebagai Keajaiban Dari Para Dewa

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 299 hits
10 Bahan makanan yang sempat diyakini sebagai keajaiban dari para dewa antara lain kakao jagung bawang putih apel lokio dan mentimun Dianggap sebagai herba ajaib makanan dengan kekuatan gaib yang mampu menaklukkan sihir dan menjadi persemba...
Pemerintah Jokowi Target Kembalikan Indonesia Sebagai Raja Rempah Dunia

Pemerintah Jokowi Target Kembalikan Indonesia Sebagai Raja Rempah Dunia

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 378 hits
Kejayaan rempah Indonesia dikenal sejak zaman dahulu hingga mendatangkan Portugis dan Belanda Upaya yang dilakukan Kementerian Pertanian untuk mewujudkan komitmen tersebut diawali dengan produksi benih sebar aneka tanaman perkebunan yang te...
Daun Tebu Sebagai Sungkupan Terbaik

Daun Tebu Sebagai Sungkupan Terbaik

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 709 hits
Dari pengalaman menggunakan sungkupan dari daun2 tumbuhan ternyata daun tebu yang diracik dipotong kecil adalah yang terbaikDaun tebu mudah dipotong kecil2 juga sesuai sebagai bahan komposPokok tebu mudah dan cepat membesarStruktur daun teb...
Fleur Kini Dikenali Sebagai Flerr Melancarkan Pewangi Kereta Versi Malaysia

Fleur Kini Dikenali Sebagai Flerr Melancarkan Pewangi Kereta Versi Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 536 hits
Kalau sebelumnya pasaran pewangi kereta dimonopoli dengan pelbagai jenama dari luar negara kini Flerr berani mengambil bahagian dalam memperkenalkan variasi pewangi kereta citarasa Malaysia yang dikenali sebagai Le Clipse Asalnya Flerr yang...
Cara Budidaya Kroto Sebagai Pakan Kenari Dan Burung Kicau Lainnya

Cara Budidaya Kroto Sebagai Pakan Kenari Dan Burung Kicau Lainnya

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 420 hits
Bagi sobat yang mungkin belum tahu apa itu kroto maka akan kami jelaskan sedikit mengenai kroto Kroto merupakan campuran larva dan telur yang dihasilkan oleh semut rangrang rangkang Bisnis budidaya kroto sebenarnya prospeknya sangat menjanj...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Tips Menang Di Gudangtoto

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Degradable Wooden Food Box Antara Gaya Alam Sekitar Dan Profesionalisme

Air Asam Perut Lembu

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Batu Tercampak Sebelum Jatuh Parit

Daqmie Korbankanlah Chord