Hahaha Monster Wak Zahid X Young Boy Wak Zahid




Bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa catatan ‘monster’, ‘young boy’ dan ‘yb’ dalam lejar syarikat merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, ketika lejar itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid hari ini

Lejar tersebut mengandungi butiran pembayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018

Semasa disoal Raja Rozela sama ada beliau menamakan Ahmad Zahid di dalam lejar itu, saksi menjawab: “Tidak”

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, beliau menggunakan beberapa nama kod untuk Ahmad Zahid seperti ‘z’, ‘zh’, ‘yb’, ‘young boy’, ‘mon’ dan ‘monster’

“Sebab saya menggunakan nama kod ‘monster’ adalah kerana semasa saya memasukkan lejar saya sedang makan snek Mamee Monster,” katanya.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15, bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memberitahu mahkamah bahawa 'KJ' dan 'bomoh' adalah antara perkataan yang direkodkan dalam lejar UKSB yang dibentangkan dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri itu

Tan juga berkata beliau mengadakan nama kod itu kerana bimbang jika lejar itu terdedah kepada orang lain

Raja Rozela: Ada sesiapa tahu tentang nama kod

Tan: Tiada siapa, hanya saya

Ketika membaca pernyataan saksinya, Tan berkata beliau menyimpan rekod semua pembayaran yang dibuat kepada Ahmad Zahid sejak 2014 hingga 2018 untuk rekod peribadinya kerana jumlah wang tunai yang terlibat adalah besar

“Saya menyediakan lejar menggunakan Microsoft Excel pada komputer riba peribadi saya. Saya bukan seorang akauntan, jadi lejar itu hanyalah rekod wang masuk, wang keluar,” katanya

Beliau berkata entri utama yang terdapat dalam lejar itu ialah amaun yang tersedia untuk setiap bulan, amaun yang dikeluarkan, dan nama atau nama panggilan penerima yang dimaksudkan

“Individu yang dinamakan dalam lejar itu termasuk Menteri, ahli politik dan penjawat awam. Selalunya, saya akan masukkan catatan setiap hari tetapi pada hari-hari sibuk, saya akan catat pada sehelai kertas terlebih dahulu sebelum memasukkan butiran dalam lejar pada keesokan harinya atau pada hari berikutnya,” katanya

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 daripada syarikat yang sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/06/hahaha-monster-wak-zahid-x-young-boy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monster Young Boy Dalam Lejar Uksb Merujuk Kepada Zahid Kata Saksi

Monster Young Boy Dalam Lejar Uksb Merujuk Kepada Zahid Kata Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 161 hits
freemalaysiatoday com June 16 2022 3 58 PMAhmad Zahid Hamidi 69 menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13 56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu s...
Zahid Is Monster Young Boy In Uksb Ledger Witness

Zahid Is Monster Young Boy In Uksb Ledger Witness

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 269 hits
A former administrative manager of Ultra Kirana Sdn Bhd told the High Court in Shah Alam today that the words monster young boy and yb in the company s ledger refer to former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi David Tan Siong Sun 47 s...
Foreign Visa Trial Zahid Called Monster In Ultra Kirana S Cash Payment Log High Court Told

Foreign Visa Trial Zahid Called Monster In Ultra Kirana S Cash Payment Log High Court Told

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 188 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi arrives at the Shah Alam Hight Court June 16 2022 Picture by Yusof Mat IsaBy Kenneth TeeThursday 16 Jun 2022 11 35 AM MYTSHAH ALAM June 16 Ultra Kirana Sdn Bhd had referred to Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as M...
Biar Betul Wak Zahid

Biar Betul Wak Zahid

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 346 hits
P Nama Datuk Ahmad Zahid bin HamidiID Baru 530104 08 6055Alamat 389 Jalan Bayu Nyaman Country Heights 43000 Kajang SelangorNo Syarikat Nama Syarikat098342 Kulim Enterprise Sdn Bhd352275 Poliperkasa Realty Sdn Bhd358454 Innovation Wood Sdn B...
Zahid You Condemn Us Yet Don T Want Ge15 To Replace Us

Zahid You Condemn Us Yet Don T Want Ge15 To Replace Us

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 280 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has accused the opposition of objecting to snap elections despite being critical of the present government The opposition calls this coalition government cap ayam They attack government policy However calls...
Guan Eng Cabar Zahid Pecat Pemimpin Umno Tolak Pru 15 Awal

Guan Eng Cabar Zahid Pecat Pemimpin Umno Tolak Pru 15 Awal

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 139 hits
wartarakyat com myBy June 10 2022SELEPAS musim perayaan Aidilfitri berakhir pemimpin pemimpin UMNO kelihatan semakin mendesak kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan lebih awal Melihat kepada politik ...
Terkini Ahmad Zahid Mengaku Tidak Bersalah Satu Pertuduhan Pindaan Ras

Terkini Ahmad Zahid Mengaku Tidak Bersalah Satu Pertuduhan Pindaan Ras

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 147 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara
Zahid Asked For A Monthly Cash Payment All In Singapore Dollars

Zahid Asked For A Monthly Cash Payment All In Singapore Dollars

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 150 hits
Former Ultra Kirana Sdn Bhd director Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani told the Shah Alam High Court today that the financial assistance given to Ahmad Zahid Hamidi was aimed at strengthening the company s position as a home ministry contract...
Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid

Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 132 hits
freemalaysiatoday com June 10 2022 10 57 AMPresiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi telah menuduh pembangkang membeli masa dengan menolak pilihan raya awal diadakan GEORGE TOWN Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikriti...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord