Monster Young Boy Dalam Lejar Uksb Merujuk Kepada Zahid Kata Saksi


freemalaysiatoday.com
Bernama
-June 16, 2022 3:58 PM
Ahmad Zahid Hamidi, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti di China dan sistem Sistem Visa Luar Negara. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa catatan nama “monster”, “young boy” dan “yb” dalam lejar syarikat itu merujuk kepada bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.

David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, ketika lejar itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah Zahid.

Lejar tersebut mengandungi butiran pembayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Semasa disoal oleh Raja Rozela sama ada beliau menamakan Zahid di dalam lejar itu, saksi menjawab: “Tidak”.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, beliau menggunakan beberapa nama kod untuk Ahmad Zahid seperti “z”, “zh”, “yb”, “young boy”, “mon” dan “monster”.

“Sebab saya menggunakan nama kod ‘monster’ adalah kerana semasa saya memasukkan lejar saya sedang makan snek Mamee Monster,” katanya.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15, bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memberitahu mahkamah bahawa nama kod “KJ” dan “bomoh” adalah antara perkataan yang direkodkan dalam lejar UKSB yang dibentangkan dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri itu.

Tan juga berkata, beliau mengadakan nama kod itu kerana bimbang jika lejar itu terdedah kepada orang lain.

Raja Rozela: Ada sesiapa tahu tentang nama kod?

Tan: Tiada siapa, hanya saya.

Ketika membaca pernyataan saksinya, Tan berkata, beliau menyimpan rekod semua pembayaran yang dibuat kepada Zahid sejak 2014 hingga 2018 untuk rekod peribadinya kerana jumlah wang tunai yang terlibat adalah besar.

“Saya menyediakan lejar menggunakan Microsoft Excel pada komputer riba peribadi saya. Saya bukan seorang akauntan, jadi lejar itu hanyalah rekod wang masuk, wang keluar,” katanya.

Beliau berkata, entri utama terdapat dalam lejar itu ialah amaun yang tersedia setiap bulan, amaun dikeluarkan dan nama atau nama panggilan penerima dimaksudkan.

“Individu yang dinamakan dalam lejar itu termasuk menteri, ahli politik dan penjawat awam. Selalunya, saya akan masukkan catatan setiap hari tetapi pada hari-hari sibuk, saya akan catat pada sehelai kertas terlebih dahulu sebelum memasukkan butiran dalam lejar pada keesokan harinya atau pada hari berikutnya,” katanya.

Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SGD1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan ASD15,000 daripada syarikat yang sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Okt 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/monster-young-boy-dalam-lejar-uksb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Is Monster Young Boy In Uksb Ledger Witness

Zahid Is Monster Young Boy In Uksb Ledger Witness

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 326 hits
A former administrative manager of Ultra Kirana Sdn Bhd told the High Court in Shah Alam today that the words monster young boy and yb in the company s ledger refer to former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi David Tan Siong Sun 47 s...
Uksb Tak Mampu Bayar Sogokan Kata Saksi Dalam Perbicaraan Zahid

Uksb Tak Mampu Bayar Sogokan Kata Saksi Dalam Perbicaraan Zahid

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 242 hits
Ahmad Zahid Hamidi berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13 56 juta PETALING JAYA Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi hari ini diberitahu Ultra Kirana Sdn Bhd tidak mempunyai kemampuan memberi hadia...
Hahaha Monster Wak Zahid X Young Boy Wak Zahid

Hahaha Monster Wak Zahid X Young Boy Wak Zahid

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 351 hits
Bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa catatan monster young boy dan yb dalam lejar syarikat merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi David Tan Siong Sun 47 b...
Zahid Akan Bantu Selepas Terima Wang Kata Bekas Pengarah Uksb

Zahid Akan Bantu Selepas Terima Wang Kata Bekas Pengarah Uksb

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 292 hits
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berkata Zahid terima sumbangan wang itu antara 2014 dan 2018 Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi akan membantu syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd selepas mendapat bantuan kewangan daripa...
Siti Bainun Tak Pernah Dilihat Urus Penghuni Rumah Bonda Kata Saksi

Siti Bainun Tak Pernah Dilihat Urus Penghuni Rumah Bonda Kata Saksi

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 143 hits
Siti Bainun Ahd Razali tidak pernah menguruskan penghuni Rumah Bonda sebaliknya diserahkan kepada tiga penjaga yang turut menghuni rumah berkenaan Pendedahan itu dibuat saksi pendakwaan kelapan Suhana Zam 40 ketika disoal Timbalan Penda
Periksa Sprm Kerana Tak Siasat Nama Besar Berhubung Dana Uksb Kata C4

Periksa Sprm Kerana Tak Siasat Nama Besar Berhubung Dana Uksb Kata C4

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 148 hits
June 21 2022 SPRM digesa mengeluarkan kenyataan umum mengenai kegagalannya melancarkan siasatan terhadap ahli politik yang dikaitkan dengan UKSBPETALING JAYA Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme menggesa Jawatankuasa Kira kira Wang Negara me...
Sprm Siasat Penerima Wang Disebut Saksi Kes Zahid

Sprm Siasat Penerima Wang Disebut Saksi Kes Zahid

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 199 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 18 2022 10 26 PMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka kertas siasatan terhadap nama nama yang didakwa menerima wang seperti keterangan saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana m...
Wang Uksb Kenapa Hanya Zahid Pendosa Adalah Muhyiddin Maksum

Wang Uksb Kenapa Hanya Zahid Pendosa Adalah Muhyiddin Maksum

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 201 hits
Premiered 81 minutes ago Nur Jazlan Mohamed hari ini mempersoalkan mengapa hanya presidennya Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima rasuah daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd Sedangkan kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor it...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin