Hadkan Umur Ahli Parlimen Tidak Lebih 75 Tahun


Kerajaan disaran menggariskan had umur Perdana Menteri dan ahli Parlimen agar kestabilan politik Malaysia lebih terjamin.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan mengambil contoh Perlembagaan Iran yang mewajibkan calon ahli Parlimen tidak melebihi umur 75 tahun.
Menurutnya, Perlembagaan Uganda pula mewajibkan setiap calon Presiden mestilah tidak melebihi umur 75 tahun.
“Adalah ideal Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mewajibkan setiap calon ahli Parlimen di negara ini tidak melebihi umur 75 tahun atau sekurang-kurangnya mewajibkan Perdana Menteri yang bakal dilantik mengetuai kerajaan tidak melebihi 75 tahun,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Kamarul Zaman berkata, sekiranya Iran dan Uganda mengakui umur 75 tahun adalah umur maksimum seseorang menjadi ahli Parlimen atau memerintah negara, mengapa Malaysia tidak melihat ia dari aspek positif.
“Umum mengetahui mereka yang berusia melebihi 75 tahun sering mengalami masalah kesihatan, masalah fizikal mahupun mental di mana pakar kesihatan dan psikologi membuktikan kebolehan kognitif seperti pentaakulan konsep, ingatan dan kelajuan memproses maklumat makin menurun dengan drastik,” katanya.
Menurutnya, ketidakseimbangan dalam pemikiran dan melakukan keputusan tidak tepat berhubung isu negara boleh menjejaskan kestabilan politik dan negara.
Sebagai contoh, katanya, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sewajarnya sudah bersara daripada dunia politik kerana masing-masing sudah berusia 95 dan 83 tahun.
“Berdasarkan sidang media bersama Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pada 14 Disember lalu, jelas menunjukkan sudah tiba masanya kedua-dua pemimpin veteran itu bersara daripada dunia politik.
“Ini kerana tawaran mereka kepada rakyat untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam undian Belanjawan 2021 lalu tidak menjadi. Bacaan politik dan keyakinan mereka jelas tersasar jauh daripada realiti.
“Bacaan Dr Mahathir bahawa kerajaan akan kalah dalam undian Bajet 2021 yang akan menumbangkan kerajaan tidak menjadi kenyataan. Bacaan Tengku Razaleigh selaku Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO mampu mempengaruhi ahli-ahli Parlimen UMNO juga tidak berhasil,” katanya.
Kamarul Zaman berkata, tindakan kedua-dua pemimpin itu boleh mengancam kestabilan politik negara dan mereka lebih sesuai dilantik sebagai penasihat kepada mana-mana parti politik sahaja.
“Mereka tidak perlu lagi mempunyai sebarang jawatan legislatif seperti ahli Parlimen atau masih bercita-cita memegang jawatan eksekutif seperti Menteri atau Perdana Menteri. Ini bagi memastikan mereka memainkan peranan lebih baik dan sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.
“Sekiranya masih mempunyai jawatan legislatif atau bercita-cita memegang jawatan eksekutif, mereka dilihat masih ada kepentingan peribadi yang tidak membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Beliau juga percaya pakatan politik baharu yang diketuai tokoh-tokoh berusia lanjut seperti Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat. Sinar
2 Tahun Je? Mana Cukup, 8 Tahun La Genap Umur 100 Tahun Terus!!

The post Hadkan umur ahli Parlimen tidak lebih 75 tahun appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/23/hadkan-umur-ahli-parlimen-tidak-lebih-75-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makam Berusia Lebih 400 Tahun Ditemukan

Makam Berusia Lebih 400 Tahun Ditemukan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 166 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH NAZRI Kamal Al Bentan melihat sebuah makam berusia lebih 400 tahun yang ditemukan di sebuah kampung di Chengkau Rembau baru baru ini UTUSAN NOR AINNA HAMZAHREMBAU Makam yang dianggarkan berusia lebih 400 tahun ditemuka...
Apple Iphone 13 Dijangka Diperkenalkan Lebih Awal Berbanding Pada Tahun Ini

Apple Iphone 13 Dijangka Diperkenalkan Lebih Awal Berbanding Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 206 hits
Apple pada tahun ini telah memperkenalkan siri iPhone 12 pada bulan Oktober dan dipasarkan di Malaysia bermula November Kelewatan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara dan paling utama adalah disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 y...
Cerita Sebalik Berita Paradoks Pendirian Ku Li Selaku Ahli Parlimen Umno

Cerita Sebalik Berita Paradoks Pendirian Ku Li Selaku Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 228 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpandangan UMNO tidak perlu mengambil sebarang tindakan terhadap Penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah susulan gerakannya bersama pembangkang yang dilihat ...
Ahli Parlimen Pasir Gudang Tawar Diri Disuntik Vaksin Covid 19

Ahli Parlimen Pasir Gudang Tawar Diri Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 266 hits
Terdapat pelbagai pandangan mengenai vaksin anti Covid 19 yang bakal dibeli Malaysia Golongan yang mempertikaikan keberkesanan vaksin yang dianggap belum cukup teruji itu mungkin enggan menerima suntikan wajib pada tahun hadapan Sehubungan ...
Ahli Parlimen Klang Dipanggil Menghadap Bukit Aman Esok

Ahli Parlimen Klang Dipanggil Menghadap Bukit Aman Esok

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 263 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan pada 10 45 pagi esok FMT difahamkan Santiago dipanggil untuk dirakam kenyataan berkait sebuah forum mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012...
Kerajaan Timbang Beri Suntikan Vaksin Kepada Semua Ahli Parlimen Kata Khairy

Kerajaan Timbang Beri Suntikan Vaksin Kepada Semua Ahli Parlimen Kata Khairy

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 336 hits
Khairy Jamaluddin berkata jawatankuasa vaksin yang beliau pengerusikan bersama menteri kesihatan akan membuat cadangan mengenai golongan yang akan diberikan keutamaan dalam suntikan vaksin KUALA LUMPUR Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Kh...
Jangan Nak Jadi Hero Konon Perjuang Kes Adib Shahidan Tempelak Ahli Parlimen Dap

Jangan Nak Jadi Hero Konon Perjuang Kes Adib Shahidan Tempelak Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Shahidan Kassim menempelak Ahli Parlimen DAP yang didakwa cuba menjadi hero dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dua tahun lalu Shahidan berkata kerajaan Perikatan Nasional yang sebenarnya memperjuangkan k...
Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

Ahli Parlimen Dengan Sokongan Majoriti Boleh Kemuka Sd Kepada Agong Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 422 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata tiada halangan terhadap ahli politik yang mahu menyokong mana mana Ahli Parlimen yang memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri Beliau berkata mana mana Ahli Parlim...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi