Makam Berusia Lebih 400 Tahun Ditemukan


Oleh NOR AINNA HAMZAH


NAZRI Kamal Al-Bentan (tengah) melihat sebuah makam berusia lebih 400 tahun yang ditemukan di sebuah kampung di Chengkau, Rembau baru-baru ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAHREMBAU: Makam yang dianggarkan berusia lebih 400 tahun ditemukan di sebuah perkampungan dekat Chengkau baru-baru ini.
Presiden Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan, Datuk Nazri Kamal Al-Bentan berkata, makam berkenaan terletak di halaman rumah penduduk dan kira-kira 100 meter dari Sungai Penajis yang dahulunya menjadi laluan pelabuhan.
Menurutnya, berdasarkan bentuk batu nisan Aceh yang ditemukan berkenaan ia dipercayai milik seorang wanita yang merupakan tokoh penting Kesultanan Aceh.
“Buat masa ini di daerah Rembau yang dahulunya merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan hebat sudah ditemukan empat buah makam yang terdapat batu nisan Aceh. Tiga lagi makam adalah Makam Raja Melewar, Makam Datuk Bungkal dan Makam Tok Tua.
“Penemuan terbaharu ini telah saya maklumkan kepada Jabatan Warisan Negara bagi tujuan kajian lanjut serta pemuliharaan agar warisan sejarah ini dapat terus dijaga serta diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Chengkau, dekat sini, baru-baru ini.
Nazri berkata, kebanyakan batu nisan Aceh yang ditemukan tidak sempurna dan penemuan terbaharu ini masih lagi lengkap setelah ia dibersihkan kira-kira seminggu lalu.
Menurutnya, ia ditemui hampir tertanam di halaman rumah penduduk yang mana di lokasi berkenaan juga terdapat lebih 10 kubur dengan nisan batu megalith.
“Saya yang kebetulan melalui kawasan ini tergerak hati untuk membersihkan batu nisan yang hampir tertanam itu dan terkejut apabila mendapati batu nisan Aceh yang masih lengkap ditemukan di sini.
“Ini merupakan penemuan sejarah yang sangat bernilai dan perlu dikaji lebih-lebih lagi Rembau merupakan sebuah kerajaan yang terlebih dahulu wujud sebelum adanya Negeri Sembilan,” katanya.
Jelasnya, sudah tertulis dalam sejarah peperangan antara kerajaan Rembau dengan Portugis dan Belanda yang mana ia pernah menghulurkan bantuan menyerang penjajah di Melaka.
Sementara itu, seorang penduduk, Zaimah Said Ali, 70, berkata, keluarganya sememang sudah menetap di perkampungan berkenaan sejak 1920-an namun dia tidak mengetahui dengan jelas milik siapakah makam yang terletak di halaman rumah keluarganya itu.
“Kalau ikut cerita arwah mak (Catun Zakaria), ia milik seorang perempuan yang berasal daripada keturunan baik-baik. Emak juga berkongsi sejarah penduduk di perkampungan berkenaan juga tidak pernah diganggu oleh askar Jepun.
“Memang masa zaman Jepun dulu penduduk sanggup lari masuk ke dalam hutan tapi di sini, askar Jepun hanya lalu sahaja dan tidak menganggu penduduk,” katanya.
Uarnya, mungkin pada pandangan askar Jepun seolah-olah ‘tertutup’ sedangkan di perkampungan berkenaan terdapat kira-kira 11 buah rumah penduduk.
“Itu antara cerita yang dikongsikan oleh orang tua-tua dahulu tetapi kami langsung tidak tahu asal usul makam ini.
“Kalau ada pihak berkaitan dapat mengkajinya itu lebih baik kerana kami dapat mengetahui tokoh ini serta jasanya buat kerajaan Rembau suatu masa dahulu,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/makam-berusia-lebih-400-tahun-ditemukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warung Kaki Lima Berusia 2 000 Tahun Ditemukan Di Kota Kuno Pompeii Italia

Warung Kaki Lima Berusia 2 000 Tahun Ditemukan Di Kota Kuno Pompeii Italia

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 269 hits
Arkeolog di Pompeii kota yang terkubur erupsi gunung api pada tahun 79 Masehi menemukan warung kaki lima yang menjual makanan dan minuman panas untuk para penduduk Romawi yang melintas Warung ini disebut berusia 2 000 tahun
Saham Spotify Boleh Cecah 400 Tahun 2021

Saham Spotify Boleh Cecah 400 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 361 hits
Bagi penggemar music semestinya tahu pasal spotify Untuk pengetahuan korang spotify bukan saja boleh streaming music tetapi terdapat juga podcast berkaitan keagamaan ekonomi berita semasa dan pelbagai lagi Malah Dr Zul juga mempunya podcast...
Jualan Akhir Tahun Pg Mall Kembali Lebih Meriah

Jualan Akhir Tahun Pg Mall Kembali Lebih Meriah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 343 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke bulan penghujung tahun 2020 Tahun yang sangat mencabar buat semua orang Tapi kehidupan haru...
Remaja Berusia 19 Tahun Antara Empat Ditahan Mengedar Dadah

Remaja Berusia 19 Tahun Antara Empat Ditahan Mengedar Dadah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 381 hits
Umavathi RamayahNik Ezanee Mohd Faisal berkata berdasarkan siasatan awal kesemua dadah itu boleh dibekalkan kepada lebih 3 000 penagih Gambar IPD Petaling Jaya PETALING JAYA Seorang remaja berusia 19 tahun adalah antara empat individu yang ...
Kim Jong Un Sambut Tahun Baru Dengan Ziarah Ke Makam Keluarga

Kim Jong Un Sambut Tahun Baru Dengan Ziarah Ke Makam Keluarga

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 353 hits
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyambut tahun baru 2021 dengan berziarah ke pemakaman keluarga di mana jasad kakek dan ayahnya disemayamkan
Pelaksanaan Jendela Tepati Sasaran Bakal Di Laksanakan Lebih Agresif Pada Tahun Hadapan

Pelaksanaan Jendela Tepati Sasaran Bakal Di Laksanakan Lebih Agresif Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara yang bermula sejak tiga bulan lepas dalam usaha memacu Malaysia ke arah kesalinghubungan digital yang lebih baik telah menepati sasaran yang ditetapkan pada tahun ini kata Menteri Komuni...
Hadkan Umur Ahli Parlimen Tidak Lebih 75 Tahun

Hadkan Umur Ahli Parlimen Tidak Lebih 75 Tahun

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 422 hits
Kerajaan disaran menggariskan had umur Perdana Menteri dan ahli Parlimen agar kestabilan politik Malaysia lebih terjamin Pensyarah Kanan Kolej Undang undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yuso...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage