Hadir Event Codelife Kali Pertama Apa Itu Codelife


HADIR EVENT CODELIFE KALI PERTAMA. APA ITU CODELIFE? - Alhamdulillah, semalam aku berpeluang untuk menghadiri event CodeLife anjuran NKF (National Kidney Malaysia)

Aku dah lama perati je event ni berlangsung namun hati tidak terbuka langsung untuk datang. Entahlah, aku cuma tak ada rasa minat lagi. Sebab, aku hanya tahu event ini untuk pesakit yang baru sakit, dan juga khas untuk keluarga yang ingin menderma


Aku? Aku hanya seorang pesakit yang dah lama sakit, yang sudah menjalani dua kali transplant. Yang pernah kecewa sebab tak dapat survive dengan kidney ibu sendiri, yang tak pernah concern pada diri sendiri selepas transplant kali kedua. 
Well. Itu yang aku tahu. Tapi sebenarnya tidak. Lebih dari apa yang aku tahu. Cuba untuk join sekali, buat aku ubah SEMUA PERSEPSI aku terhadap event ini


APA ITU PROGRAM CODELIFE (CODE:LIFE)?
Event CodeLife adalah program inisiatif anjuran NKF (National Kidney Foundation) Malaysia dengan kerjasama Pakar-Pakar Nephrology untuk membuka mata para pesakit yang memerlukan organ dan orang ramai tentang Pentingnya Pendermaan Organ sebagai Penyambung Kehidupan

Ramai yang takut untuk menderma, tidak kurang juga ada yang takut untuk menerima. Kebanyakkan masyarakat di Malaysia mempunyai persepsi yang agak negatif tentang pendermaan organ


MANFAAT PROGRAM CODELIFE
Program ini dibuat secara PERCUMA dan ORANG RAMAI sentiasa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Bukan sekadar memeriahkan, di program ini juga, korang boleh bertanya pelbagai soalan tentang DERMA ORGAN especially pendermaan Buah Pinggang kepada Pakar-Pakar Nephro. Hebat bukan? Kalau susah untuk ke hospital, di program inilah korang akan mendapat pelbagai ilmu tentang TRANSPLANT.
Antara yang menarik dalam program CodeLife ini termasuklah :
1) Mengetahui secara detail tentang Transplant atau Derma Organ2) Menolak mitos-mitos negatif tentang Derma Organ3) Mengenali penderma dan penerima organ4) Mengambil iktibar dari pengalaman penderma dan penerima orgam5) Dapat menjawab persoalan tentang segala kemusykilan tentang Buah Pinggang


ATURCARA PROGRAM CODELIFE 8 DISEMBER 2019 (Flamingo Lake Hotel, Ampang)
Peserta telah dihidangkan dengan sarapan pagi. So sementara majlis bermula, korang bolehlah isi perut dulu. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Pakar Nephro Hospital Serdang, Dr. Nor Fadhlina Zakaria (Dr. Fadh)

Dr. Nor Fadhlina Zakaria
Selepas itu, Pakar Nephro Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr. Wan Hazlina Wan Mohammad menjelaskan secara terperincin tentang Pilihan Terapi Gantian Buah Pinggang dan Mengapa Tranplantasi Adalah Yang Terbaik. Selain daripada dialisis, sudah tentu pilihan utama terbaik adalah Transplant .
Dr. Wan Hazlina Wan Mohammad
Majlis diteruskan lagi dengan explanation dari Pakar Nephro Hospital Ampang, Dr. Nora Ahmad Miswan tentang Pendermaan Organ Sewaktu Hidup Dalam Kalangan Ahli Keluarga Adalah Anugerah Kehidupan Demi Kehidupan Yang Lebih Baik

Ahli keluarga wajib dengar dan ambil info tentang perkara ini. Kalau korang adalah ahli keluarga menderma organ pada yang tersayang, sudah pasti kasih sayang lebih terikat, malah korang juga hero kepada mereka yang memerlukan. Hero di mata dunia

Dr. Nora Ahmad Miswan
Selepas mendengar penerangan panjang lebar dari Dr. Nora, peserta diperkenalkan dengan pasangan pesakit dan penderma. Pasangan pertama merupakan seorang pesakit Shazwali Taib bersama abang kandungnya. Terharu weh dengar kisah Shazwali ni. Beliau sendiri tidak sangka abangnya datang senyap-senyap jumpa doktor dengan menyatakan hasrat untuk menderma sebelah buah pinggangnya pada saudara Shazwali

Saudara Shazwali Taib (baju hitam) bersama abangnya.
Peserta dibenarkan berehat sebentar untuk membasah tekak. Hidangan kuih muih, teh dan kopi tersedia. Majlis berlangsung kembali ditemani oleh Pakar Nephro PPUKM , Dr. Ruslinda Mustafar. Pada slot ini, Dr. Ruslinda menerangkan tentang Kehidupan Selepas Pemindahan Organ. Sudah tentu pesakit yang mendengar slot ini ada satu rasa jiwa meronta untuk sembuh dari End Stage Renal Failure dan mengharapkan keajaiban Allah menghantar penderma organ

Suka sangat dengar explanation dari Dr. Ruslinda. Jelas. Malah aku juga dapat tahu cara aku makan ubat Calcium Carbonate secara sukahati itu ternyata membawa lebih padah

Dr. Ruslinda Mustafar
Seterusnya peserta sekali lagi dikenalkan dengan pasangat pesakit dan penderma yang kedua. Kali ini melibatkan ibu dan anak. Well.. bila melibatkan ibu dan anak ni, aku emotional sikit. Tapi control. Sebab aku nak ambil semangat-semangat mereka

Pesakit yang dikenali sebagai Along mula didiagnose sebagai Kidney Failure ketika dia berumur 15 tahun. Hati ibu mana yang sanggup nak tengok anak sakit? Puan Ani Yusof sanggup berkorban. Sedangkan sebelum ini Puan Ani sudah banyak kali melalui pembedahan ceaser.
Along dan ibunya, Puan Ani Yusof
Sebelum majlis penutup, sesi interaktif dijalankan. Tanyalah apa saja soalan yang terbuku di hati untuk Pakar-Pakar Nephro yang ada ketika ini, insyaAllah soalan korang akan dijawab. Selasai majlis, makanan tengahari turut disediakan

Seusai majlis hampir tamat, aku nampak Dr. Rafidah Abdullah. Padahal baru je jumpa masa Fun Run  haritu. Tapi aku tetap excited. Dr. Rafidah Abdullah antara doktor Nephro wad dewasa yang aku rasa rapat dengan dia



Aku juga dapat berjumpa antara patient dialisis aku tak pernah jumpa, Kak Nurul Huda dengan Weny. Weny aku pernah jumpa tapi tak pernah tegur depan-depan. Part paling tak boleh blah, ajak Kak Marina Mokhtar (Marie) untuk bergambar berdua. Padahal pernah je banyak kali lepak sama-sama. Entah kenapa sebelum ni segan. Aku jumpa Kak Jue, pun lupa nak selfie



Pertengahan event, sekali lagi aku jumpa Dr. Iqbal. Tak sempat nak bergambar. Apa yang aku banggakan, Dr. Iqbal tetap friendly dengan semua. Tetap bertegur-tegur. Beliau juga support aku untuk larian-larian fun run 

Jadi, apa yang aku boleh kata, program CodeLife ini bukanlah program yang membosankan. Especially untuk korang yang mengidap Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir, atau mempunyai ahli keluarga yang mengidap sakit yang sama

Pelbagai ilmu tentang buah pinggang dan pendermaan buah pinggang yang korang dapat. Free pula tu. Punyalah doktor-doktor nak spread awareness tentang Transplant ni. Berbaloi kan

CodeLife akan ke sebuah negeri demi sebuah negeri. Diharap jika CodeLife sampai ke tempat korang, hadirlah jika berkelapangan

Korang juga boleh follow MYBuahPinggang untuk info tentang Chronic Kidney Disease (CKD) & End Stage Renal Failure (ESRF)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2019/12/apa-itu-codelife.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Pertama Beli Emas Public Gold Tahun 2009

Kali Pertama Beli Emas Public Gold Tahun 2009

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 538 hits
Kisah ini berlaku tahun 2009 Setelah menunggu hampir dua minggu Saya menerima panggilan dari Branson Hello Sabri you ada mana i nak hantar emas Oh Branson Saya ada di rumah Waktu ni saya menetap di Dungun Ok you tunggu ya dalam masa 30 mini...
Kali Pertama Beraksi Dapat Emas

Kali Pertama Beraksi Dapat Emas

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 244 hits
MACAM tak percaya terpilih mewakili negara ke Sukan Sea Namun saya gembira dapat sertai pasukan bola jaring kebangsaan dan menang pula pingat emas kata pemain bola jaring negara Khairunnisa Nazri yang beraksi kali pertama di Sukan Sea Filip...
Pertama Kali Nama Muhammad Masuk Daftar 10 Nama Bayi Teratas Di Amerika

Pertama Kali Nama Muhammad Masuk Daftar 10 Nama Bayi Teratas Di Amerika

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 341 hits
Untuk pertama kalinya Muhammad masuk ke dalam daftar 10 nama bayi paling populer untuk anak laki laki di Amerika Serikat Nama Muhammad ada di peringkat 10 atau naik empat peringkat dari tahun lalu Seperti dilansir CNN Sabtu data ini dikelua...
Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Di Klinik Kesihatan

Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Di Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 648 hits
Pengalaman Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Entri lain Minum air gula di Klinik Kesihatan sewaktu mengandung kini dah jadi syarat utama buat ibu mengandung Iaitu wanita mengandung dengan usia 25 tahun keatas diwajibkan Alhamdulillah seles...
Ini Pertama Kali Dalam Hidup Aku Dengar Cina Panggil Cina Lain Munafiq

Ini Pertama Kali Dalam Hidup Aku Dengar Cina Panggil Cina Lain Munafiq

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 358 hits
Serius lawak ahli politik memang pandai main politik tapi apa yang ahli politik ni tak tahu ialah bukan semua rakyat bodoh dan naif senang termakan ayat manis ahli politik Ini juga bukti bukan semua orang Cina suka pendekatan politik DAP Bi...
Kali Pertama Ke Frogasia Leaps Of Knowledge Rugi Pulak Rasa

Kali Pertama Ke Frogasia Leaps Of Knowledge Rugi Pulak Rasa

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 379 hits
Pada 23 November yang lalu saya berkesempatan untuk menyertai Leaps of Knowledge 2019 anjuran Frogasia Berlangsung hilang gemilang di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur perhimpunan ini menghimpunkan ramai speaker luar dan dalam negara yang manta...
10 Tips Pertama Kali Ke Pulau Perhentian

10 Tips Pertama Kali Ke Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 718 hits
Okay siapa dekat sini ada plan untuk pergi ke Pulau Perhentian tips untuk pertama kali ke Pulau Perhentian Harap tips ini berguna kepada mereka yang merancang untuk ke Pulau Perhentian terutama yang pertama kali datang ke Pulau Perhentian B...
Panduan Dan Tips Bercuti Ke Pulau Langkawi Buat Pengunjung Kali Pertama

Panduan Dan Tips Bercuti Ke Pulau Langkawi Buat Pengunjung Kali Pertama

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 636 hits
Dekat negara kita ini ada banyak destinasi percutian yang menarik Tak perlu sampai nak keluar negara dan berhabis sampai belasan ribu ringgit kalau nak luangkan masa bersama keluarga mahupun insan yang tersayang Bertuahnya kita di Malaysia ...
Remaja Buta Warna Menangis Pertama Kali Lihat Warna Sebenar Lepas Pakai Kaca Mata Khas

Remaja Buta Warna Menangis Pertama Kali Lihat Warna Sebenar Lepas Pakai Kaca Mata Khas

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 393 hits
Satu momen mengharukan telah tular di media sosial yang menyaksikan seorang kanak kanak buta warna buat pertama kalinya boleh melihat warna sebenar apabila dia memakai kaca mata khas Momen yang dirakam di sebuah sekolah di Cottonwood Minnes...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments