Hadiah Yang Terbang Dari Jauh Selamat Diterima


Sedang lena beristirehat, dikejutkan dengan panggilan telefon. "Cik Azhafizah ke? Saya depan rumah ni nak hantar parcel. Ada orang kat rumah tak?". Dengan keadaan mamai dan suara macam keluar tak keluar je, saya jawab jugalah. Padahal masih sakit tekak, suara kedengaran masih rock.

Ada! Tapi saya tak sihat tak boleh keluar, letak je dalam pagar.

Okay baik, nanti saya hantar gambar di whatsapp. Saya balas dengan Terima kasih lalu letak phone. Bersiaplah kita dengan pakai parka dan tudung sarung ambil parcel. Tudiaa, dia campak dari pagar terus atas bonet kereta depan. Letak atas lantai dalam pagar pun dah cukup dah. Ini dicampaknya.

Agaknya dia tengok description di consignment note barang yang tak mudah rosak kot. Itu yang dicampaknya tu. Mujurlah encik suami parkir kereta dekat dengan pagar sikit. Kalau jauh ke dalam, jauh lagi dicampaknya kot. Nak marah tapi kena sabar. Bulan puasa. Kannn...

Teringat entry blog Kak Amie dah pos hadiah untuk top komentator blognya. Agaknya inilah parcelnya kot. Ya betul! Tepat sangkaan saya. Mendarat dengan selamat sudah hadiah yang terbang dari jauh ni. 
Terbangnya dari satu kapal terbang ke kapal terbang yang lain. Dari luar negara sampailah ke dalam negara. Jauh perjalanannya.

Dalam mamai tadi, terus segar jadinya. Tak sabar nak buka bungkusan nak tengok apa isi dalamnya. 
Hadiah dibungkus rapi dalam woven beg berwarna oren dengan kertas bercetak nama berserta alamat sebelum dimasukkan ke dalam bungkusan plastik hitam. Teliti betul Kak Amie menyiapkan setiap bungkusan diterima pada penerima yang betul.

Setelah dibuka beg kuning oren, inilah isi-isinya. Macam-macam adaaa... Semuanya hadiah dari jauh-jauh yang selamat mendarat dan diterima dalam keadaan yang baik.

Baklava TurkiyeFridge magnet MacedoniaKeychain SarajevoMini pouch IstanbulKaftan
Seronok bukan kepalang dapat hadiah macam-macam dan lebih istimewanya dapat hadiah dari luar negara. 
Baklava dah selamat masuk perut. Dulu pernah makan baklava tapi macam versi kering gitu. Yang ni mungkin manisan dia dah mencair. 

Bertambah lah koleksi keychain dan fridge magnet saya. Kaftan atau orang panggil baju kelawar tu wangi betul. Kata Kak Amie, bauan tu bauan minyak wangi yang dibeli di Bulgaria. Wangi betul! Sayang pula nak basuh kaftan tu. Hihi...

Rasanya lama betul saya tak pakai baju kelawar tu. Musim-musim panas ni pakai baju kelawar yang fabriknya kapas memang rasa nyaman sikit. Terima kasih kak Amie bagi kaftan warna favourite saya.

Terima kasih kak Amie berkongsi rezeki dan kirimkan hadiah semua ni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan, dillimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...
Dalam pada kurang berblogwalking, terselit juga nama di senaraikan dalam top komentator blog Kak Amie Mac 2022-Januari 2024. Rezeki tak salah alamat. Selamat sudah diterima. 
Siapa suka masak dan kaki jalan, wajib singgah blog kak Amie. Banyak infonya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/03/hadiah-yang-terbang-dari-jauh-selamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Kata Kata Ucapan Selamat Berbuka Puasa

Kumpulan Kata Kata Ucapan Selamat Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 366 hits
Kan lama lama bosan juga kalau ucapan selamat berbuka begitu doang
Video Ketum Pbnu Gus Yahya Beri Selamat Prabowo Gibran Singgung Jatah Menteri

Video Ketum Pbnu Gus Yahya Beri Selamat Prabowo Gibran Singgung Jatah Menteri

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 183 hits
Gus Yahya mengucapkan selamat kepada pasangan calon 02 Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka
Kelantan Lelaki Selamat Selepas Terjun Jambatan Pulau Melaka

Kelantan Lelaki Selamat Selepas Terjun Jambatan Pulau Melaka

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 197 hits
N Faizal GhazaliSeorang lelaki berusia 49 tahun berjaya diselamatkan selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Melaka di Kota Bharu malam tadi Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat kejadian ...
Dhia Batrisyia Ditemukan Selamat Di Setapak

Dhia Batrisyia Ditemukan Selamat Di Setapak

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 145 hits
PETALING JAYA Kanak kanak perempuan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar 12 yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemukan selamat awal pagi ini Ibunya Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili 41 berkata Siti Dhia Batrisyia ditemukan d...
Tahniah Caprice Timang Cahaya Mata Isteri Selamat Bersalin

Tahniah Caprice Timang Cahaya Mata Isteri Selamat Bersalin

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 170 hits
Penyanyi rap sensasi Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kini bergelar bapa selepas isterinya Farra Inalis selamat melahirkan zuriat pada hari ini Khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice atau lebih mesra disapa Cap dalam kalangan pe...
Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki Daler Yusuf Timang Anak Keempat

Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki Daler Yusuf Timang Anak Keempat

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 228 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Daler Yusof yang menimang cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu Melalui perkongsian Daler isterinya Sakinah Barukul selamat melahirkan anak keempat melalui pembedahan selepas mengalami pendarahan pada usia k...
Selamat Tinggal Buffet Ramadan 2024

Selamat Tinggal Buffet Ramadan 2024

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 1276 hits
Assalamualaikum guys Alhamdulillah telah selamat sampai di Perth nbsp Maka itu lah sakan buffet iftar 7 hari 7 malam sebelum ini masa kat Malaysia sebab bila balik sini tak akan jumpa lagi buffet2 ramadan tu lagi nbsp nbsp Kalau nak makan h...
Video Joe Biden Telepon Prabowo Beri Selamat Kagum Dengan Angka Kemenangan Di 2024

Video Joe Biden Telepon Prabowo Beri Selamat Kagum Dengan Angka Kemenangan Di 2024

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 219 hits
Presiden Amerika Serikat Joe Biden melalui saluran telepon pada Jumat mengucapkan selamat kepada Prabowo Subianto
Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Tunku Azizah Has Never Offered Assistance Via Tiktok Pahang Palace

Blood Stained Journal Among Exhibits In Inquest Into Zara Qairina S Death

Kelantan Syariah Court Launches Online Courtroom To Speed Up Non Criminal Cases


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan Peguam Syarie

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

The Sunday Currently 7 September 2025

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Muhyiddin S Noise Proof Ability To Filter Bersatu Ruckus While Delivering President S Address Is A Skill