Hadi Tuan Ibrahim Kekal Presiden Dan Timbalan Presiden Pas



KUANTAN - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS ke-65.

Abdul Hadi menerajui parti itu sejak tahun 2002 bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim menjawat jawatan nombor dua parti sejak 2015.

Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata keputusan itu dibuat selepas tiada calon lain yang menyatakan hasrat untuk bertanding selepas tempoh pencalonan ditutup kira-kira tiga minggu lepas.

Bagi jawatan Naib Presiden, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan akan bertanding menentang tiga penyandang iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Seramai 29 calon yang layak telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi mengisi 18 jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat manakala bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, seramai 16 calon bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar dan timbalannya Andansura Rabu.

Mohd Fuad berkata bagi Dewan Muslimat PAS Pusat, semua jawatan tertinggi juga dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang manakala 17 calon akan bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK dewan tersebut.

Beliau memaklumkan Dewan Pemuda PAS Pusat juga bakal diterajui oleh ketua baharu yang menang tanpa bertanding, namun namanya hanya akan diumumkan kemudian, memandangkan penyandangnya Muhammad Khalil Abdul Hadi bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua calon yang bertanding diberikan masa sehingga Rabu ini jika mereka berhasrat menarik diri, dengan berbuat demikian secara bertulis kepada jawatankuasa pemilihan.

Berhubung pembentangan usul, Takiyuddin berkata mesyuarat khas akan berlangsung di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pada Jumaat ini (14 Jun) bagi memperhalusi semua usul yang ingin dibawa oleh perwakilan.

Beliau berkata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosly Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man serta Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan turut dijangka menghadiri muktamar tahun ini.

"Kita menjangkakan tidak kurang 1,200 perwakilan akan menghadiri muktamar tahun ini dan Presiden dijadualkan menyampaikan amanat kepada semua perwakilan secara tertutup pada malam 20 Jun sebelum perasmian muktamar pada keesokannya," katanya.


Abdul Hadi juga dijadualkan merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 21 Jun ini, yang dijangka dihadiri 300 anggota.

Muktamar PAS ke-65 menyaksikan Dewan Muslimat PAS membuka tirai persidangan pada 15 Jun ini di Pusat Konvensyen Bukit Gambang di sini, diikuti Dewan Pemuda PAS pada 19 dan 20 Jun di tempat sama.

Selain itu, Dewan Ulama PAS Pusat bersidang di Wisma Belia Indera Mahkota di sini pada 20 Jun manakala persidangan utama berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA di sini selama tiga hari bermula 21 Jun ini. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/06/hadi-tuan-ibrahim-kekal-presiden-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muktamar Pas Hadi Tuan Ibrahim Menang Tanpa Bertanding

Muktamar Pas Hadi Tuan Ibrahim Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 395 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS ke 65 Abdul Hadi menerajui parti itu sejak tahun 2002 bagi m...
Hukum Pemuda Mengaku Terlibat Video Homoseks Mirip Menteri Kata Tuan Ibrahim

Hukum Pemuda Mengaku Terlibat Video Homoseks Mirip Menteri Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 450 hits
OLEH HASBULLAH AWANG CHIKTimbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar isu video skandal seks pemuda bersama mirip seorang menteri diselesaikan segera Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 12 Jun Timbalan Presiden PAS Datuk...
Pertembungan 4 Penjuru Bagi Jawatan Naib Presiden Pas

Pertembungan 4 Penjuru Bagi Jawatan Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 224 hits
DENYUT REFORMASI Pertembungan empat penjuru dijangka berlaku bagi merebut jawatan naib presiden PAS apabila Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut dicalonkan bagi menduduki kerusi berkenaan Selain Ahmad Samsuri tiga penyand...
Tuan Ibrahim Nasihat Azmin Sabar Dekatkan Diri Dengan Allah

Tuan Ibrahim Nasihat Azmin Sabar Dekatkan Diri Dengan Allah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Bersabarlah dan dekatkan diri dengan Allah Itu merupakan nasihat diberikan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan penularan video in...
Hamil Lewat Usia Sarimah Ibrahim Kekal Cergas

Hamil Lewat Usia Sarimah Ibrahim Kekal Cergas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 434 hits
Siapa sangka pada usia mencecah 41 tahun pengacara dan penyanyi Che Puan Sarimah Ibrahim telah diberikan peluang untuk hamil anak sulung selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata Mengakui pernah hampir berputus asa bagi memili...
Kartel Dedak Bertanding Naib Presiden Pas

Kartel Dedak Bertanding Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 344 hits
MALAYSIAKINI Kurang dari 20 hari sebelum muktamar ke 65 PAS tanda tanya mengenai percaturan kumpulan kartel dedak dalam parti itu masih menarik perhatian dan saspens Beberapa hari lalu tokoh utama yang membuat pendedahan mengenai kartel ter...
Malaysia Kini Berdepan Dengan Krisis Integriti Dan Krisis Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

Malaysia Kini Berdepan Dengan Krisis Integriti Dan Krisis Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 443 hits
Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah diri dan saudara yang termasuk di dalam Ma...
Nik Abduh Dr Sam Bakal Naib Presiden Pas

Nik Abduh Dr Sam Bakal Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 310 hits
N Faizal Ghazali MUKTAMAR PAS Dua tokoh berpengaruh dan dilihat dekat dengan Abdul Hadi Awang dijangka akan cuba diketengahkan sebagai wajah baru mengisi jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan kali ini Muktamar PAS ke 65 dijadual berlags...
Mantan Adun Pas Kuala Pahang Meninggal Dunia Awal Pagi Ini

Mantan Adun Pas Kuala Pahang Meninggal Dunia Awal Pagi Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 571 hits
KUANTAN Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang Mohd Iqbal Mohd Rusdi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan awal pagi ini Allahyarham yang mewakilil PAS menang kerusi DUN Kuala Pahang pada PRU10 dengan menewaskan calon BN D...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe