Muktamar Pas Hadi Tuan Ibrahim Menang Tanpa Bertanding


Bernama 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS ke-65.

Abdul Hadi menerajui parti itu sejak tahun 2002 bagi menggantikan Allahyarham Dr Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim menjawat jawatan nombor dua parti sejak 2015.

Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata keputusan itu dibuat selepas tiada calon lain yang menyatakan hasrat untuk bertanding selepas tempoh pencalonan ditutup kira-kira tiga minggu lepas.

Bagi jawatan naib presiden, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan akan bertanding menentang tiga penyandang iaitu Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah dan Iskandar Abdul Samad.

"Seramai 29 calon yang layak telah menyatakan kesediaan untuk bertanding bagi mengisi 18 jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat manakala bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, seramai 16 calon bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK,” katanya pada sidang media di Kuantan, Pahang hari ini.

Turut hadir Setiausaha PAS Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar dan timbalannya Andansura Rabu.

Mohd Fuad berkata bagi Dewan Muslimat PAS Pusat, semua jawatan tertinggi juga dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang manakala 17 calon akan bertanding bagi mengisi 12 jawatan AJK dewan tersebut.

Beliau memaklumkan Dewan Pemuda PAS Pusat juga bakal diterajui oleh ketua baharu yang menang tanpa bertanding, namun namanya hanya akan diumumkan kemudian, memandangkan penyandangnya Muhammad Khalil Abdul Hadi bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua calon yang bertanding diberikan masa sehingga Rabu ini jika mereka berhasrat menarik diri, dengan berbuat demikian secara bertulis kepada jawatankuasa pemilihan.

Berhubung pembentangan usul, Takiyuddin berkata mesyuarat khas akan berlangsung di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pada Jumaat ini (14 Jun) bagi memperhalusi semua usul yang ingin dibawa oleh perwakilan.

Beliau berkata Menteri Besar Pahang Wan Rosly Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis Azlan Man serta timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas presiden Mohamad Hassan turut dijangka menghadiri muktamar tahun ini.

"Kita menjangkakan tidak kurang 1,200 perwakilan akan menghadiri muktamar tahun ini dan Presiden dijadualkan menyampaikan amanat kepada semua perwakilan secara tertutup pada malam 20 Jun sebelum perasmian muktamar pada keesokannya," katanya.

Abdul Hadi juga dijadualkan merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 21 Jun ini, yang dijangka dihadiri 300 anggota.

Muktamar PAS ke-65 menyaksikan Dewan Muslimat PAS membuka tirai persidangan pada 15 Jun ini di Pusat Konvensyen Bukit Gambang diikuti Dewan Pemuda PAS pada 19 dan 20 Jun di tempat sama.

Selain itu, Dewan Ulama PAS Pusat bersidang di Wisma Belia Indera Mahkota pada 20 Jun manakala persidangan utama berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA di sini selama tiga hari bermula 21 Jun ini.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/muktamar-pas-hadi-tuan-ibrahim-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Tuan Ibrahim Kekal Presiden Dan Timbalan Presiden Pas

Hadi Tuan Ibrahim Kekal Presiden Dan Timbalan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 568 hits
KUANTAN Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS ke 65 Abdul Hadi menerajui parti it...
Selamat Bertenang Dalam Muktamar Pesan Hanipa Kepada Pas

Selamat Bertenang Dalam Muktamar Pesan Hanipa Kepada Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 452 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli Jawatankuasa AMANAH Hanipa Maidin mengucapkan selamat bertenang kepada Pas yang akan bermuktamar pada 21 hingga 24 Jun ini di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota Kuantan Pahang Pengerusi Biro Undang undang AM...
Tuan Ibrahim Nasihat Azmin Sabar Dekatkan Diri Dengan Allah

Tuan Ibrahim Nasihat Azmin Sabar Dekatkan Diri Dengan Allah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Bersabarlah dan dekatkan diri dengan Allah Itu merupakan nasihat diberikan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan penularan video in...
Kartel Dedak Bertanding Naib Presiden Pas

Kartel Dedak Bertanding Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 414 hits
MALAYSIAKINI Kurang dari 20 hari sebelum muktamar ke 65 PAS tanda tanya mengenai percaturan kumpulan kartel dedak dalam parti itu masih menarik perhatian dan saspens Beberapa hari lalu tokoh utama yang membuat pendedahan mengenai kartel ter...
Malaysia Kini Berdepan Dengan Krisis Integriti Dan Krisis Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

Malaysia Kini Berdepan Dengan Krisis Integriti Dan Krisis Moral Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 525 hits
Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya Islam juga mengajar kita untuk menjaga maruah diri dan saudara yang termasuk di dalam Ma...
Hukum Pemuda Mengaku Terlibat Video Homoseks Mirip Menteri Kata Tuan Ibrahim

Hukum Pemuda Mengaku Terlibat Video Homoseks Mirip Menteri Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 521 hits
OLEH HASBULLAH AWANG CHIKTimbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar isu video skandal seks pemuda bersama mirip seorang menteri diselesaikan segera Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 12 Jun Timbalan Presiden PAS Datuk...
Muktamar Dewan Muslimat Pas Kali Ke 59 Bermula Hari Ini

Muktamar Dewan Muslimat Pas Kali Ke 59 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 430 hits
KUANTAN Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kali Ke 59 bermula hari ini dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan merasmikannya sebentar lagi dalam persidangan yang dihadiri kira kira 750 perwakilan di Bukit Gambang Resort City d...
Media Cuba Pecah Belahkan Pas Menjelang Muktamar

Media Cuba Pecah Belahkan Pas Menjelang Muktamar

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 377 hits
MALAYSIAKINI Naib Presiden PAS Iskandar Samad mendakwa terdapat usaha media tertentu untuk memecahbelahkan anggota parti itu menjelang muktamarnya akhir bulan ini Terdapat media yang memberi gambaran seolah olah ahli ahli PAS berpuak puak S...
Muktamar Muslimat Pas Bukit Gambang Menghijau Pagi Hari

Muktamar Muslimat Pas Bukit Gambang Menghijau Pagi Hari

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 667 hits
KUANTAN Ahli Dewan Muslimat PAS dari seluruh Malaysia mula membanjiri Dewan Pusat Konvensyen Bukit Gambang City awal pagi ini sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke 59 Perkarangan dewan mula dimeriahkan dengan kehadiran para pe...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law