Hadi Pun Lupa Hudud Teringatkan Royalti


ULASAN SIDANG 

SAYA menanti-nanti giliran wakil Marang (Abdul Hadi Awang - Pas) membahas pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11. Apa yang saya tunggu bukan ulangan kepada isu yang sudah dibangkitkan oleh beberapa wakil pembangkang lain, khasnya daripada Pas,  yakitu mengenai tuntutan dan tagihan royalti Petroleum untuk negeri Terengganu dan Kelantan.

Cukuplah wakil-wakil pembangkang lain yang menyebutnya kerana tagihan wang roytalti itu bagi saya adalah kebendaan (materialis) belaka. Ada perkara lebih penting yang dinantikan akan dibentang atau pun dibangkitkan oleh Hadi Awang sebagai presiden parti agama (Pas).


Perkara itu ialah berhubung cita-cita lama Pas untuk melaksanakan hukum Hudud atau pun memperkasakan mahkamah syariah di negara ini.

Isu RUU 355 bagi meminda Enakmen Agama Islam bagi memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah, tampaknya tidak disebut langsung oleh Hadi Awang. Begitu juga perkataan Hudud, yang telah menjadi bertih dimulut orang Pas selama ini juga tidak disebut. Selama ini selapas Allah, Rasul, Hadi Awang maka Hududlah yang sering bergantungan dimulut orang Pas.

Sebaliknya Hadi ada menyebut perkataan Royaliti. Jika tidak salah pengamatan saya dalam masa 22 minit beliau berbahas, sebanyak dua atau tiga tiga kali disebut royalti, hanya sekali perkataan semiripnya “ta'zsir” disebut. Hadi mahukan hukuman ta'zir dipraktikan kepada pesalah rasuah kerana ia lebih berkesan daripada hukuman denda atau penjara.

Kenapa berlaku itu, melupai Hudud melautkan RUU 355?  Apakah Hadi sudah menyedari dan baru berpijak dibumi nyata yang bahawa wang lebih penting daripada rektorik politik. Retorik dan impian tidak boleh membangun negeri. Jika soal Hudud atau desakan untuk membentangkan RUU 355 yang pernah dibawa sebelum ini sesuatu yang tulen dan merupakah hakikat agama, kenapa ia ditinggalkan dalam perbahasan kali ini?  Kalau ia hakikat agama tentu Hadi tidak terlali mengenai perkara itu.

Jika ia hakikat tidak patut Hadi melupai agenda penting itu kerana bila meninggalkan ia boleh dikira berdosa. Bukankah sebelum ini para pemimpin Pas meluang-laungkan usaha menegakkan Hudud adalah usaha wajib bagi mengesahkan seseorang itu akan ke syurga dan yang menentangnya akan ke neraka.

Semasa sebelum dan sepanjang kempen Piraum lalu, isu atau tajuk RUU 355 ini, ada setengah penceramah Pas mendakwa (takfiri) mereka yang menolak RUU 355 adalah menolak Islam. RUU 355 bagi sesetengah orang Pas sudah dianggap sebagai rukun Imam yang ke tujuh. Bukan itu sahaja Pas berkolaborasi dengan Umno mengadakan himpunan di Padang Merbok. Ke mana lenyapnya spirit himpunan berkenaan, apakah ia ditimbus oleh janji Dr Mahathir hendak bagi royalti minyak.

Apakah dengan melupai keperluan untuk membawa RUU 355 dalam perbahasan dalam sidang yang berlangsung kini boleh disifat Hadi sudah mengabaikan agama dan mengulangi tuntutan royaliti itu sebagai berubah rasa dari agama kepada duit pula?

Atau pun soal Hudud itu boleh diketepikan kerana soal royalti lebih penting. Mesti ada fatwa baharu yang dikeluar dan diterima pakai oleh Pas. Sebab saya perhatikan semua wakil Pas yang mengambil perbahasan pembentangan kajian separuh penggal RM -11 tidak bernafsu lagi mengenai Hudud dan RUU 355.

Sebagai seorang pemimpin yang concern dengan Islam (Hudud) Abdul Hadi sepatutnya tidak lupa untuk mendesak kerajaan untuk membawa usul RUU 355. Sepatutnya inilah masanya Hadi dan Pas untuk menguji sejauh mana komitmen menteri agama sekarang ini mengenai agenda itu. Beliau patut menggesakan kerajaan, memohon kepada kerajaan  khasnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusuff mengambil tanggungjawab membawa usul berkenaan. Inilah ujian untuk Mujahid.

Kita mahu juga mendengar apakah jawaban Mujahid berkenaan usul berkenaan. Apabila usul RUU 355 dan hukum hudud tidak dibangkitkan, bermakna terlepas dan selamatlah Mujahid untuk menjawab dan mengulas dan bersilat mengenai perkara itu.

Apa yang saya boleh dismpulkan apabila Hadi melupai isu berkenaan, baahwa jelas Hudud dan RUU 355 itu hanya modal politik semata. Retorik. Ia membenarkan apa yang kita katakan sebelum ini bahawa Hudud hanya dijadikan mainan politik Pas sahaja. Apabila hampir dengan pilihan raya, maka Hudud dibangkitkan dengan rancak dan berkobar-kobar. Ia jadi seperti ombak di lautan China Selatan yang melambung tinggi waktu musim tengkujuh, tetapi hilang di selepas angin monsun berhenti bertiup.
Cukuplah bagi Pas bermain dengan isu klise Hudud dan RUU 355. Eloklah kalau Pas dan Hadi sedar bahawa kebendaan dan wang royalti itu lebih bermanfaat daripada rancangan hendak melaksanakkan Hudud di Terengganu atau Kelantan. Hudud dan RUU 355 itu hanya sedap didengar tetapi ia tidak semanis mengecapi wang rotalti.

Sehubungan itu, masa masih ada untuk Pas memperbetulkan kekhilafan langkah politiknya selama ini. Tindakan Pas menyerang pemimpin PH khasnya daripada parti Amanah kebanyakan rakannya satu kesilapan besar. Ia tidak sesuatu yang bijak. Bergaduh dengan kawan yang kita anggap kawan yang ada wang, tidak bijak. Ayuh sambung lah silaturahim.

Sekiranya Pas awal-awal lagi menghulurkan tangan kepada kerajaan PH, mungkin soal royalti tidak menjadi masalah lagi. Mungkin kini Terengganu dan Kelantan sudah menerima royalti petroleum itu seperti apa diterima Sabah dan Sarawak. Dan sekiranya Pas bijak politik lebih awal sebelum ini, bersama PH, bukan sahaja para pemipin Pas berada dalam kabinet Dr Mahathir kini, tetapi tidak mustahil juga Abdul Hadi telah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Berhentilah dan cukuplah. Tidak ada untung bagi Pas untuk terus berkonfrontasi dan bersikap keras ken.

Akhir-akhir ini walaupun Pas sudah nampak lunak dengan Dr Mahathir, memujinya, tetapi ia tetap mengeras "barang dari dalam jubah" dengan Anwar. Pas terus berkeras barang dengan Anwar. Apabila Pas meletakkan calon di Pirake Port Dickson, itu bermakna Pas tidak mahu memberi laluan kepada Anwar sebagai PM ke 8 yang sudah dikonsensuskan oleh PH. Tindakan bermusuh dengan Anwar dan menolaknya menjadikan Pas akan mengalami kebodohan dua kali.

Pas akan melepaskan perahu untuk menyeberang sungai dan ia juga akan meninggalkan kapal untuk belayar merentas samudera luas.

Kerana kebebalan dan politik keras "ken" dan sikap politik ikan keli dalam besen, menyebabkan peluang itu terlepas begitu sahaja. Pas dan Hadi Awang sudah kerap kali jadi sang Lebai Malang, ke hulu terlepas ke hilir terpelai. [wm.3:33 pm 24/10/18].

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/10/hadi-pun-lupa-hudud-teringatkan-royalti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji Hadi Bercakap Dalam Parlimen Tetapi Tidak Sebut Hudud Dan Rru355

Haji Hadi Bercakap Dalam Parlimen Tetapi Tidak Sebut Hudud Dan Rru355

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 255 hits
YEH YEH AYAH CHIK KECEK DI PARLIMENOleh Mohd Sayuti Omar II Yeh Yeh Ayah Chik berkecek di parlimen hari ini Sapa kata Ayah Chik ponteng dan tidak ambil bahagian Ayah Chik ternyata lebih baik dari wakil Bachok Dalam tempoh 20 minit Ayah Chik...
Lupa Lagi

Lupa Lagi

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 346 hits
Sebenarnya tiada rancangan untuk berkunjung ke sini hari ini Disebabkan sudah teringat mulalah panik Lesen memandu sudah tamat tempoh semalam Itulah bila terlebih mengingatkan sambutan Hari Lahir perkara penting yang lain pasti akan terlepa...
Cara Membuka Android Yang Lupa Pola Kuncinya

Cara Membuka Android Yang Lupa Pola Kuncinya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 285 hits
Cara Membuka Android yang Lupa Pola Kuncinya Bagi sobat yang lupa pola kunci di android bisa baca artikel saya Cara Reset Pola Kunci di Android ini kebanyakan emang orang membuat pola kunci yang rumit namun karena terlalu rumit malah kelupa...
Ramai Dah Lupa Rukun Negara Jom Kita Belajar Balik 5 Prinsip Rukun Negara

Ramai Dah Lupa Rukun Negara Jom Kita Belajar Balik 5 Prinsip Rukun Negara

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 1002 hits
Ramai dalam kalangan Media Sosial seperti Facebook dan Instagram sekarang saling hina menghina antara satu sama lain kerana Politik Agama dan paling sedih golangan golongan ini juga menghina Institusi di Raja Jadi mari kita belajar balik ru...
Jangan Lupa Sejarah Hitam 13 Mei

Jangan Lupa Sejarah Hitam 13 Mei

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 340 hits
Hari ini genap 46 tahun peristiwa hitam 13 may 1969 berlalu satu peristiwa yang menjadi pelajaran untuk semua rakyat malaysia apabila kita tak menjalinkan kerjasama baik dalam kehidupan pelbagai kaum ia merupakan rusuhan kaum yang menjadi i...
Pkb Doakan Psi Lolos Parlemen Dan Tak Lupa Integritas

Pkb Doakan Psi Lolos Parlemen Dan Tak Lupa Integritas

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 178 hits
Partai Solidaritas Indonesia menilai banyaknya pejabat negara yang terjaring operasi tangkap tangan oleh Komisi Pemberantasan Korupsi bukti kegagalan partai lama Proses rekrutmen internal partai disebut masih bermasalah
Kecaman Berterusan Terhadap Umno Adakah Tun Sudah Lupa

Kecaman Berterusan Terhadap Umno Adakah Tun Sudah Lupa

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 262 hits
Ropikah Ahmad KUALA LUMPUR 23 Okt Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh pemimpin UMNO sebagai penyangak dan pencuri diulang ulang sejak pembangkang hinggalah sudah menjadi kerajaan sedangkan hakikatnya di era pemerintahan UMNO dan Barisan Nasiona...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord