Ramai Dah Lupa Rukun Negara Jom Kita Belajar Balik 5 Prinsip Rukun Negara


Ramai dalam kalangan Media Sosial seperti Facebook dan Instagram sekarang, saling hina menghina antara satu sama lain kerana Politik, Agama dan paling sedih golangan-golongan ini juga menghina Institusi di Raja. Jadi, mari kita belajar balik rukun negara. Moga dengan memahami rukun negara, kita boleh bersatu padu tanpa mengenal kaum, politik dan agama.



Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

5 Prinsip Rukun Negara

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

sumber article: https://www.malaysia.gov.my/ and wikipedia
sumber gambar: google

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kisahrissaziela.com/2018/05/ramai-dah-lupa-rukun-negara-jom-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Belajar Bahasa Brunei

Jom Belajar Bahasa Brunei

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 729 hits
Bahasa Brunei ada persamaan sedikit dengan dialek Sabah dan Sarawak Perlu diingatkan juga ada perkataan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan Seperti di Malaysia Brunei juga mempunyai banyak dialek contohnya Bahasa Iban Bahasa Murut ...
Kunci Jawaban Soal Teori Belajar Dan Prinsip Pembelajaran

Kunci Jawaban Soal Teori Belajar Dan Prinsip Pembelajaran

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 269 hits
Kunci Jawaban Soal Materi Teori Belajar dan Prinsip Pembelajaran b Hukum Sebab Akibat a Skinner d Berpikir logiknya didasarkan atas manipulasi fisik dari objek objek c Bruner b Teori belajar Van Hielle d Kebutuhan rohani a Kebutuhan harga d...
Membuat Perbandingan Harga Tiket Kapal Balik Kampung

Membuat Perbandingan Harga Tiket Kapal Balik Kampung

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 602 hits
Ya mari kita membuat perbandingan harga tiket kapal terbang balik raya diantara syarikat penerbangan Air Asia Malindoair dan MAS Sama macam kita kalau nak shopping lah kita kena buat perbandingan harga kalau balik kempung aku tak kesah sang...
Dah Habis Diet Jom Makan

Dah Habis Diet Jom Makan

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 392 hits
Dah Habis Diet Jom Makan Allhamdulillah kesihatan penting Dalam duk jaga berdiet finally habis juga diet saya yuhuuu 2 minggu atau 3 minggu je saya diet tapi syukur nampak perubahannya bila kilo dah menurun Dah serabut kepala kerja banyak d...
Jom Umrah Bersama Abah Zino

Jom Umrah Bersama Abah Zino

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 248 hits
Klik di untuk maklumat lanjut tentang Labbaik Travel Tours Sdn Bhd adalah seorang blogger yang kian dikenali selepas beliau melancarkan buku pertamanya Beliau kini telah dilantik sebagai Duta Kembara Labbaik oleh syarikat Labbaik Travel Tou...
Jom Support Pink Pride Breat Cancer By 50gram

Jom Support Pink Pride Breat Cancer By 50gram

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum Holla Sebut ja breast cancer rata rata wanita pastinya gerun kan Ishh tak payah nak katalah sebut cancer ja semua tercungap cungap atas kesedaran tersebut 50gram telah menajalankan kempen Pink Pride untuk memberi sokongan ke...
Karnival Jom Layan Orang Muda At Dataran Pahlawan Melaka

Karnival Jom Layan Orang Muda At Dataran Pahlawan Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 686 hits
Karnival Jom Layan Orang Muda now at Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka The event starts from 7th till 9th December 2012 There are lots of programme and fun activities held during the carnival Jom Layan Orang Muda 2012 such as Pameran kes...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm