Pas Ajak Rakan Tolak Parti Cauvinis


Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 11:21 tengahari

MUKTAMAR PAS | Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam ucapan dasarnya hari ini menyeru rakan-rakan parti bukan Islam supaya bersama-sama mereka menolak parti fanatik perkauman.

"Kita mengharapkan rakan-rakan bukan Islam supaya menolak parti fanatik perkauman (cauvanis), khusus yang bersikap negatif terhadap umat Islam, tanpa mengenang budi, demi kepentingan kaumnya sahaja tanpa peduli hubungan kaum yang mesti dipelihara dengan saksama.

"Mari bermuafakat tegakkan keadilan untuk semua, bersama hak yang setimpal dengan keperluan masing-masing, bukannya persamaan tanpa peduli kepada yang lemah dan miskin," katanya di Stadium Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Pada muktamar yang bertemakan Islam Memimpin Perpaduan itu, selain barisan kepemimpinan PAS ia turut dimeriahkan dengan kemunculan pimpinan utama Umno, MIC dan beberapa parti lain.

Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang menambah dalam isu perkauman, Islam tetap menegaskan bahawa fitrah manusia ada perasaan kecintaan kepada keluarga dan kaum.

Katanya Islam mewajibkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga dan bangsa di pelihara.

Pada masa sama jelasnya, Islam juga mewajibkan menjaga hubungan persaudaraan kemanusiaan berkonsepkan masyarakat madani yang bertaaruf, adil untuk semua dan tiada paksaan untuk menganut Islam atau hidup aman di bawah pemerintahan Islam.

"Namun, kecintaan itu ada sempadan, iaitu haram dijadikan sebagai akidah perjuangan apabila sampai ke tahap fanatik (asabiyyah) yang mencetuskan kezaliman di antara satu sama lain.

"Berpandukan ijtihad politik semasa PAS konsisten untuk memilih pendekatan damai dalam berpolitik (muwajahah silmiyyah) dan terbuka untuk berdialog dan menjalin hubungan politik dengan semua pihak di atas prinsip kerjasama Piagam Muafakat Politik," ujarnya.

Tambah beliau, PAS melalui pemerintahan di Kelantan dan Terengganu sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua kaum dan bangsa bukanlah ucapan kosong yang sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan kepimpinan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

"PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menerima konsep politik Islam yang adil dan rahmat untuk semua adalah jambatan PAS kepada penganut bukan Islam yang hendaklah diperkasakan dengan penglibatan pelbagai kaum dan bangsa untuk mengubah persepsi negatif dan fobia terhadap Islam," katanya.

Menurut Abdul Hadi PAS terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan parti atau pertubuhan bukan kerajaan yang bukan Islam.

Yang terbaru, kata beliau, ialah dengan MIC yang menunjukkan hasil yang sangat positif.

N Faizal Ghazali, Fakhrull Halim, Alyaa Alhadjri dan Lu Wei Hoong menyumbang untuk laporan ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/pas-ajak-rakan-tolak-parti-cauvinis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Bukankah Pas Pun Tolak Bn Dalam Pru Lalu

Hadi Bukankah Pas Pun Tolak Bn Dalam Pru Lalu

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 284 hits
News Diterbitkan Hari ini 12 39 tengahariBiro Agama Pemuda Bersatu hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke 14 Sedangkan kata pengerusinya Abu Hafiz Salleh Hudin parti Islam...
Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 325 hits
Biro Agama Pemuda Bersatu hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke 14 Sedangkan kata pengerusinya Abu Hafiz Salleh Hudin parti Islam itu juga turut menentang BN dengan melet...
Selesai Masalah Parti Dulu Sebelum Ph Serang Pas

Selesai Masalah Parti Dulu Sebelum Ph Serang Pas

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 297 hits
Pakatan Harapan anggap PAS ancaman untuk kekal memerintahBANGI Pimpinan Pakatan Harapan diingatkan supaya menumpukan usaha menyelesaikan masalah dalaman parti sebelum mengeluarkan kenyataan menyerang PAS kata Naib Presidennya Datuk Iskandar...
Yakin Mk Tolak Permohonan Prabowo Abdullah Hehamahua Ajak Massa Bubar Jam 5 Sore

Yakin Mk Tolak Permohonan Prabowo Abdullah Hehamahua Ajak Massa Bubar Jam 5 Sore

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 193 hits
Koordinator Lapangan aksi damai di Mahkamah Konstitusi Abdullah Hehamahua meminta massa aksi membubarkan diri pukul 17 00 WIB Saat mendengarkan apa yang disampaikan hakim MK Abdullah pesimistis permohonan Prabowo Sandiaga diterima
Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 292 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu Dengan nada sinis perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytihark...
Umno Tak Tolak Kemungkinan Tubuh Parti Baru

Umno Tak Tolak Kemungkinan Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 271 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menubuhkan sebuah parti politik baru atau menyertai parti sedia ada jika parti Melayu itu dibubarkan kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Hasni Mohammad Hasni berkata ia antara langkah yang sedang diper...
Anak Muda Harus Tolak Kitab Perkauman Pas

Anak Muda Harus Tolak Kitab Perkauman Pas

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 322 hits
By 19 Jun 2019Faiz FadzilKUALA LUMPUR Pemuda Amanah Negara mengajak anak muda menolak Pas atas penghinaan yang diberikan parti itu kepada golongan berkenaan Timbalan Ketuanya Faiz Fadzil berkata sentimen perkauman yang sedang dicanang Pas d...
Pru15 Pas Tukar Srategi Mungkin Meniru Parti Amanah

Pru15 Pas Tukar Srategi Mungkin Meniru Parti Amanah

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 335 hits
Hadi mahu jadi seperti Nik Aziz kata ahli akademik Minderjeet Kaur PETALING JAYA Seorang ahli akademik menjangkakan bahawa PAS kini berusaha megetepikan imej konservatifnya bagi memperluaskan pengaruhnya di Sabah Sarawak dan sebahagian seme...
Hadi Pas Tolak Budaya Perkauman Dan Fanatik Agama

Hadi Pas Tolak Budaya Perkauman Dan Fanatik Agama

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 365 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar berajuk Islam Memimpin Perpaduan pada muktamar parti itu ke 65 di stadium tertutup Sukpa di Kuantan hari ini KUANTAN PAS menentang sebarang usaha oleh mana mana pihak yang cuba memaink...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta