Habiskan Masa Seharian Di Kuala Kangsar


Habiskan Masa Seharian Di Kuala Kangsar.  Entry lontar belakang. Dah berhari-hari tulis tak habis-habis sebab takdak mood.  Kisah menghabiskan cuti hujung tahun.   Bila cuti tu, rasa macam nak berjalan la pulak tapi tak mau jalan jauh-jauh.  Bincang-bincang dengan husband, kami bersetuju untuk ambil peluang jalan-jalan ke lokasi yang tak perlu bermalam.  Terpacullah pula nama Kuala Kangsar.  Dah lama tak singgah di bandar diraja Perak ni.  Kali terakhir pergi, anak-anak masih kecil lagi. Oleh kerana kakak pun ada tugasan sejarah yang perlu dibuat, jadi kami setuju untuk ke Kuala Kangsar . So off we go to Kuala Kangsar !
Awal pagi lepas subuh, terus kemas-kemas rumah, bagi makan haiwan ternakan dulu.  Lepas tu barulah masing-masing bersiap. Keluar awal sebab nak singgah cari sarapan dahulu.  Dah lama kami tak buat aktiviti day trip ni, masing-masing tak sabar.
Apa Yang Menarik Di Kuala Kangsar ?Kuala Kangsar merupakan Bandar Di Raja Perak. Banyak bangunan gah merupakan istana diraja dan bangunan tradisional terdapat di sini.  Seni binaan yang cantik dan menarik pasti mempunyai sejarah tersendiri.  Akak suka tengok bangunan yang ada.  
Perjalanan tak lah lama sangat dari lokasi kami. Dalam 2 jam lebih perjalanan santai-santai. Awalnya tak mahu guna google map, tapi bila dah masuk pekan mula tercari-cari port nak berhenti. Dah lama tak ronda-ronda bandar Kuala Kangsar. Tempat pertama cari parking kereta dulu, tengok dalam maps yang terdekat sekali Dataran Putra.  Ke sanalah kami.  Terletak bedekatan dengan Sungai Perak dan bazaar pelancong dan tempat makan.  Mudah sekali jalan.  Oleh kerana masih awal, kami meyusur sungai dahulu. Ternampak tempat bot yang boleh dinaiki oleh pelancong.  Tak pernah lagi menaiki bot menyusuri Sungai Perak.  Terlupa dah harga tiket nya. Dewasa dan kanak-kanak kena tiket ye.  Pakai life jacket dan tunggu bot.
Wajib posing. Kenangan sambil tunggu bot sampai. Pakai siap-siap life jacket. 
Sambil gigil-gigil pegang handphone takut jatuh dalam sungai sempat juga selfie sekeping.  Bukan selalu dapat naik bot macam ni
Satu bot boleh naik 10 orang.  Kami berlima bersama dengan satu keluarga lain.  Okaylah walaupun akak ni cuak juga bila naik bot ni.  Perjalanan dalam 20 minit lebih kurang. Nampaklah istana hinggap Sultan Perak dan kerabat dari jauh.  Cantik dan istana-istana ni memang antara tarikan pelancong ke Kuala Kangsar ni.
Lepas tu, kami ronda pulak di area kedai-kedai yang jual pelbagai hasil kraftangan. Cantik-cantik semuanya, akak memang suka tengok hasil kraftangan ni, berseni dan teliti hasilnya. 
Ralit tengok barang-barang ni.  Memang suka nak buat koleksi tapi anak ingatkan --- ibu jangan penuhkan almari rumah...hehe
Kraftangan rotan pun cantik-cantik. Tudung saji,kerusi malas dan lain-lain lagi. En hubby sibuk pulak nak beli bubu tangkap ikan.  Tapi tak beli pun, tengok belek je. Last sekali teringat tak bawa tikar untuk berpicnic.  Cepat-cepat cari dan beli sebab perut dah lapar
Selepas jalan-jalan singgah dulu menghilangkan haus tekak.  Teringin nak makan tepi sungai, ala-ala piknik camtu.  Kami beli makanan bungkus dan bentang tikar bawah pokok tepi sungai.  Makan ikan bakar dengan ulaman dan sambal menyelerakan berebut-rebut dengan anak-anak.  Lepas makan berehat sebentar sambil menikmati suasana tepi sungai.
Santai tepi sungai. Lepas makan rasa nak lena pulak. Rehat-rehat dulu sementera tunggu masuk waktu zohor. Seterusnya, kami bercadang nak ke Muzium DiRaja Kuala Kangsar. Rupanya ditutup sementara.  Bergambar dari luar sahaja.  Antara sebab ke Kuala Kangsar ini juga adalah untuk memenuhi keperluan kertas kerja kakak.  Takpalah kita ambil gambar sahaja dahulu, nanti pandai-pandailah mengarang.  Google aje banyak info boleh dapat.
Muzium DiRaja Kuala KangsarMuzium Diraja Kuala Kangsar dahulunya dikenali dengan nama Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas.  Ianya didirikan pada tahun 1926 oleh seorang tukang kayu bernama Haji Sopian dengan dibantu dua orang anaknya.  Mereka berasal dari Seberang Perai. 
Cantik. Teringin nak masuk ke dalam tapi apakan daya tutup sementara. Macam nak suruh datang lagi
Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.  Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu jenis berlian).  Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.  Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional dan warna dinding itu melambangkan warna negeri Perak iaitu kuning, hitam dan putih. (sumber wikipedia)
Bergambar tepi pagar pun jadilah
Akak kagum dengan senibina rumah lama orang Perak.  Rumah mertua akak pun tidak menggunakan paku besi. Rumah masih utuh di kampung, walaupun jarang-jarang sekali berpenghuni. Kami cuba jaga sebaiknya.
Seterusnya kami singgah ke Masjid Ubudiah.  Tak sah kalau ke Kuala Kangsar tapi tak singgah di sini.  Terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar berhampiran Istana Iskandariah.  
Dapat tangkap gambar cantik macam ni rasa puashati sangat.  Lepas solat duduk berehat dulu di kawasan parking kereta sambil makan aiskrim dan buah potong.  Ada kenangan dengan anak-anak masa mereka kecil di sini. Masing-masing sibuk mengingat semula dan beraksi bergambar sambil makan aiskrim.  Simpan gambat-gambar tu buat kenangan
Selepas tunaikan solat jamak, kamipun bergeraklah keluar daripada Kuala Kangsar.  Hari masih awal lagi, masing-masing belum nak pulang ke rumah.  Mulalah mencongak-congak nak ke mana lagi.  Tau-tau en hubby menghala ke Ipoh. Maka seterusnya kami pun singgahlah pusing-pusing bandaraya Ipoh.  Memang takde kerja kan!  Puas pusing, barulah bergerak balik.  Macam nilah kami, suka buat plan tergempar.  Biasanya plan tergempar akan lebih happening !










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2022/01/habiskan-masa-seharian-di-kuala-kangsar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Buli Nasib 10 Orang Pelajar Mrsm Kuala Kangsar Kini Di Tangan Pihak Pendakwa Raya

Kes Buli Nasib 10 Orang Pelajar Mrsm Kuala Kangsar Kini Di Tangan Pihak Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 260 hits
KUALA KANGSAR Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 pelajar di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar bulan lalu Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Y...
Beli Emas 916 Bajet Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang

Beli Emas 916 Bajet Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 200 hits
Beli Emas 916 Bajet Dan Murah Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang Emas bajet tu macam mana ye Emas bajet ni emas murah murah yang berat bawah 10 gram dan mampu milik Contohnya jika kita nak menyimpan RM1 000 sebulan belilah emas 916 di bawah...
Allah Sedih Tengok Dekta Anak Arwah Sarah Anzalna Menangis Masa Shooting

Allah Sedih Tengok Dekta Anak Arwah Sarah Anzalna Menangis Masa Shooting

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 248 hits
Sehebat mana seorang wanita saat berdepan dengan anak kecil yang kehilangan ibu pasti gugur air mata dan itulah yang berlaku pada selebriti Anzalna Nasir Ketika sesi penggambaraan jenama tudung milik Sarah Loveta Anzalna gagal menahan air m...
Owner Butik Bagi Lain Dari Yang Lain Pengantin Baru Selamba Wedding Photoshoot Masa Banjir

Owner Butik Bagi Lain Dari Yang Lain Pengantin Baru Selamba Wedding Photoshoot Masa Banjir

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 359 hits
Ramai masyarakat yang terkesan ak1bat mus1bah banjir melanda beberapa tempat di negara kita Hujan lebat yang tidak henti henti menyebabkan paras air naik dengan cepat sekaligus menyebabkan keros4kan barangan berharga Lebih menyedihkan ada m...
Lirik Sama Sama Punya Masa Lalu Tagor Pangaribuan

Lirik Sama Sama Punya Masa Lalu Tagor Pangaribuan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 169 hits
jangan pernah kau sebut namanyasedangkan kau ada disiniapakah kau tak menjaga perasaan iniaku juga punya masa laluengkau juga punya masa lalusama sama kita berdua pernah disakitijangan jangan lagiada dia di antara kitabukankah kita berduasu...
Perut Makin Nampak Saya Tak Boleh Sorok Lagi Neelofa Tunggu Masa Bersalin

Perut Makin Nampak Saya Tak Boleh Sorok Lagi Neelofa Tunggu Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 264 hits
Selepas tidak mengulas apa apa isu kehamilannya sebelum ini selebriti popular Neelofa 32 akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan Bagaimanapun isteri kepada pendakwah bebas PU Riz itu enggan mendedahkan usia kandungan hanya ...
1 03 Tan Daun Ketum Tidak Sempat Keluar Muara Kuala Kedah

1 03 Tan Daun Ketum Tidak Sempat Keluar Muara Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 156 hits
Sinar Harian103 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum dengan anggaran berat 1 03 tan disorokkan di dalam compartment bot yang telah diubah suai Foto Maritim Kuala Kedah Sinar Harian ALOR SETAR Agensi Penguatkuasaan Maritim Mal...
Dollah Salleh Dan Keluarga Kemalangan Mpv Terbabas Di Kuala Pilah

Dollah Salleh Dan Keluarga Kemalangan Mpv Terbabas Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 181 hits
Oleh Dollah Salleh dan keluarga terselamat dalam kemalangan yang berlaku di Kuala Pilah Gambar FB PENGURUS pasukan Sri Pahang FC Dollah Salleh dan tujuh anggota keluarganya terlibat kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaiki me...
Pengurus Sri Pahang Fc Dollah Salleh Cedera Kemalangan Di Jalan Kuala Pilah Batu Kikir

Pengurus Sri Pahang Fc Dollah Salleh Cedera Kemalangan Di Jalan Kuala Pilah Batu Kikir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 163 hits
SEREMBAN Pengurus pasukan Sri Pahang FC Dollah Salleh dan isterinya Roslina Ibrahim 58 cedera dalam nahas apabila kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah Batu Kikir dekat sini malam Selasa lalu Lima ...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda