Dollah Salleh Dan Keluarga Kemalangan Mpv Terbabas Di Kuala Pilah


Oleh Muhamad Izzat Nasuruden Dollah Salleh dan keluarga terselamat dalam kemalangan yang berlaku di Kuala Pilah. Gambar FB PENGURUS pasukan Sri Pahang FC Dollah Salleh dan tujuh anggota keluarganya terlibat kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 malam itu, Dollah, 59, yang juga bekas jurulatih kebangsaan itu mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk manakala isterinya, Roslina Ibrahim, 58, cedera di bahagian dada.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan MPV Toyota Velfire yang dipandu menantunya Muhammad Shafiq Shukaimi, 34, hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan arah bertentangan sebelum kenderaan itu terbalik ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Lima lagi penumpang kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Mereka ialah isteri Muhammad Shafiq, Nurdian Dollah, 34, dan empat anak pasangan itu, Nur Sarah Amanda, 10, Nur Shffiya Ayra, 9, Nursabrina Adeena, 5, dan Muhammad Sulaiman Adeen berusia sembilan bulan.
Menurut Amran, ketika kejadian keluarga terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.
“Akibat kejadian itu, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dilaporkan telah keluar daripada wad pagi tadi. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya menambah kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Kemalangan membabitkan Dollah dan anggota keluarganya itu turut tular di laman sosial sejak malam tadi, dipercayai dirakamkan penduduk di lokasi kejadian.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/dollah-salleh-dan-keluarga-kemalangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengurus Sri Pahang Fc Dollah Salleh Cedera Kemalangan Di Jalan Kuala Pilah Batu Kikir

Pengurus Sri Pahang Fc Dollah Salleh Cedera Kemalangan Di Jalan Kuala Pilah Batu Kikir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 188 hits
SEREMBAN Pengurus pasukan Sri Pahang FC Dollah Salleh dan isterinya Roslina Ibrahim 58 cedera dalam nahas apabila kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah Batu Kikir dekat sini malam Selasa lalu Lima ...
Bekas Ketua Jurulatih Skuad Tok Gajah Dollah Salleh Sah Kembali Ke Pangkuan Sri Pahang

Bekas Ketua Jurulatih Skuad Tok Gajah Dollah Salleh Sah Kembali Ke Pangkuan Sri Pahang

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Pasukan Sri Pahang FC hari ini mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih kelab itu musim lalu Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan bagi saingan Liga Malaysia musim 2022 Dalam satu kenyataan menerusi hantaran pada akaun Facebook...
Cetus Kemalangan Maut Pemandu Mpv Diburu Polis

Cetus Kemalangan Maut Pemandu Mpv Diburu Polis

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 234 hits
PETALING JAYA Polis sedang menjejak identiti pemandu kenderaan pelbagai guna yang didakwa mencetuskan kemalangan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut di Kilometer 91 1 Jalan Kuala Terengganu Kuantan berhampiran Air Hitam Dungun Terengga...
Pemandu Mpv Cetus Kemalangan Dicari

Pemandu Mpv Cetus Kemalangan Dicari

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 159 hits
DUNGUN Gara gara mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna memasuki laluannya seorang penghantar maut yang memandu kereta Perodua Myvi dalam kemalangan di Kilometer 91 1 Jalan Kuala Terengganu Kuantan berhampiran Air Hitam di sini hari ini Da...
Penghantar Makanan Terbabit Kemalangan Terima Bayaran Rm1 3 Juta

Penghantar Makanan Terbabit Kemalangan Terima Bayaran Rm1 3 Juta

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 204 hits
Oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim menyampaikan faedah hilang upaya sementara kepada penghantar makanan Hussain Mohamad Danial 25 di rumahnya di Kampung Sukamari Pendag FOTO NSTP Noorazura Abdul Rahman PENDANG Seramai 7...
Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 189 hits
Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang SUSULAN terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari keja...
Azhan Rani Terlibat Kemalangan Tulang Belikat Pecah

Azhan Rani Terlibat Kemalangan Tulang Belikat Pecah

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 172 hits
Pelakon Azhan Rani dilapor mengalami tulang belikat pecah tulang bahu dan rusuk retak akibat kemalangan motosikal di Jalan Templer Petaling Jaya Selangor semalam Menurut laporan Harian Metro Azhan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi b...
Ibu Maut Mpv Dipandu Anak Tak Lepas Memotong

Ibu Maut Mpv Dipandu Anak Tak Lepas Memotong

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 257 hits
KUALA KRAI Seorang warga emas maut selepas kenderaan pelbagai guna yang dipandu anaknya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 106 1 Jalan Kota Bharu Gua Musang dekat Sungai Sam di sini hari ini Dalam kejadian kira kira pukul 6 15 pag...
3 Maut Kereta Putus Dua Terbabas Rempuh Pokok

3 Maut Kereta Putus Dua Terbabas Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 549 hits
Sandakan Tiga lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Lintas Sibuga di sini hari ini Tiga maut kereta putus dua rempuh pokok Pasukan bomba mengeluarkan salah seorang mangsa tersepit dalam kemalang...
Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan