Habis Lah Muhyiddin Kali Ini



Apa nasib Muhyiddin Yassin dalam usul undi tak percaya 18 Mei nanti?Bolehkah beliau menang dan kekal lagi sebagai Perdana Menteri?Atau mungkinkah Muhyiddin bakal menjadi seorang lagi Perdana Menteri, selepas Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak yang berjaya dijatuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad?Jika usul itu berjaya, adakah Tun Mahathir sekali lagi akan jadi Perdana Menteri atau beliau sekadar mahu mengembalikan kuasa kepada PH dan menyerahkan kepada orang lain untuk menjadi Perdana Menteri?Demikian antara beberapa persoalan yang kedengaran sejak tersiarnya berita tentang usul undi tak percaya yang dicadangkan oleh Tun Mahathir terhadap Muhyiddin diterima oleh Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.Rata-rata orangramai menyambut baik usul tersebut, bukan saja kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan, malah juga untuk mengesahkan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri yang disebut oleh Hadi Awang, memperolehi jawatan tersebut melalui tebuk atap.Dengan itu, keputusan Speaker membenarkan usul tersebut seharusnya disanjung tinggi kerana beliau sebenarnya mahu, siapa pun yang duduk di kerusi Perdana Menteri selepas 18 Mei nanti, ada seorang yang tidak diragui langsung kesahihannya.Begitu pun, ramai yang melihat dengan diterimanya usul Tun Mahathir itu, kedudukan Muhyiddin dianggap semakin genting atau kian berada di hujung tanduk.Dalam bahasa pasar kaki lima, ertinya….habislah Muhyiddin kali ini!!Ada beberapa faktor yang tampak meyakinkan bahawa usul ini akan menemui kejayaan dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara.Pertama, usul undi tidak percaya ini walaupun hanya akan ditentukan oleh 222 Ahli Parlimen, tetapi majoriti rakyat yang mengundi PH dalam PRU14 lalu pasti turut sama mengiringinya dengan doa kepada Tuhan agar ia menemui kejayaan.Mahu tidak mahu, niat murni di sebalik usul ini adalah untuk mengembalikan semula kuasa kepada PH yang sebelum ini kerajaannya telah dirampok di pertengahan jalan.Doa-doa pengundi yang teraniaya kerana mereka mengundi PH, tetapi PN yang menjadi kerajaan melalui jalan pengkhianatan, adalah doa tanpa hijab yang lebih mungkin diterima serta dimakbulkan Tuhan.Oleh itu, jangan main-main dengan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin ini!!Kedua, mengenali rekod Tun Mahathir menjatuhkan orang selama ini, beliau tidak mungkin melakukan sesuatu perkara jika tidak yakin kemenangan mampu dicapainya.Lihat bagaimana beliau menjatuhkan Tun Abdullah Badawi dan Najib sebelum ini, hanya setelah benar-benar yakin kejayaan boleh dicapainya, barulah jalan itu dipilihnya.Dalam kes usul undi tidak percaya ini, tidak mustahil Tun Mahathir sebenarnya telah melakukan penelitian dan perancangan rapi serta membuat beberapa urusan seperti melalui panggilan telefon dengan pelbagai pihak dalam tempoh PKP kira-kira 50 hari sebelum ini di mana beliau hanya berkurung di rumahnya saja.Ketiga, walaupun UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang tidak berdaftar ini, tetapi mereka sebenarnya ibarat penumpang kelas tiga serta dapat nikmat sipi-sipi saja.Penumpang kelas pertama ialah geng Bersatu pro Muhyiddin, termasuk bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke dalam parti itu seperti Hamzah Zainuddin, Dr. Latif Ahmad dan lain-lainnya.Penumpang kelas kedua pula ialah kumpulan Azmin Ali daripada bekas PKR di mana semua 10 Ahli Parlimennya yang khianat telah diberikan jawatan dalam kerajaan.Dua kelas penumpang inilah yang paling banyak mendapat nikmat jawatan dan kedudukan daripada Muhyiddin, walaupun UMNO merupakan blok terbesar dalam PN dengan jumlah Ahli Parlimen seramai 39 orang, tidak temasuk dua daripada MCA dan seorang MIC.UMNO yang biasa menjadi ketua dan berada di gerabak kelas pertama sejak 60 tahun lamanya benar-benar tidak puas hati dengan kedudukan mereka yang dihumban hina ke kelas ketiga sekarang ini.Lantaran itu, UMNO tidak pernah puas hati dan sentiasa memberi tekanan kepada Muhyiddin kerana lebih mahukan PRU diadakan segera bagi membolehkan mereka bersama Pas dalam MN menjadi kerajaan dan mentadbir negara ini sebagai ketua berkelas pertama semula.Untuk itu, terdapat kecenderungan yang nyata bahawa UMNO mungkin memberi sokongan secara diam-diam kepada usul Tun Mahathir ini.Namun, sokongan mereka bukanlah untuk membolehkan PH berkuasa semula, tetapi dengan harapan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen jika kalah dalam usul tersebut.Selain itu, terdapat juga kemungkinan sejumlah Ahli Parlimen UMNO yang tidak setuju dengan tindakan Muhyiddin terlalu memberi keutamaan kepada Azmin yang dijadikan menteri kanan paling kanan, walaupun ada kes moral yang jijik, turut menyokong usul Tun Mahathir ini dalam pengundian nanti.Sekarang usaha Muhyiddin mengikat mereka ialah dengan cara memberi jawatan dalam GLC yang jelas semakin aktif dilakukan kebelakangan ini.Tetapi, jawatan dalam kerajaan dan GLC bukan jaminan yang dapat mengikat Ahli-Ahli Parlimen UMNO kerana kiblat mereka adalah kepada parti, lagi pun PN hanyalah kerajaan sementara yang paling lama pun bertahan sehingga PRU15 saja.Dengan semua faktor itu, kelebihan jelas tidak banyak memihak kepada Muhyiddin dan harapannya untuk bertahan lebih lama tampak sangat tipis. (ShahbudinHusin 09/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/habis-lah-muhyiddin-kali-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen

Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 203 hits
Hanya kira kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata mata kerana takut hilang jawatannya Pertama sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu beliau te...
Umno Hanya Peralat Muhyiddin Ibarat Habis Madu Sepah Dibuang

Umno Hanya Peralat Muhyiddin Ibarat Habis Madu Sepah Dibuang

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 247 hits
Membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan tentang kedudukan parti itu dalam PN serta hubungannya dengan Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kesimpulan paling mudah untuk difahami ialah ia hanya sehingga tarikh Parlimen...
Will You Believe Muhyiddin Yassin Going Back To Ph

Will You Believe Muhyiddin Yassin Going Back To Ph

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 318 hits
Seorang kawan juga seorang pemilik sebuah Syarikat Tyre wassap pada aku petang tadi Aku belum jawab
Yoursay Little Difference Separates The 2ms Mahathir And Muhyiddin

Yoursay Little Difference Separates The 2ms Mahathir And Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 233 hits
YOURSAY Mahathir was just portraying himself as a true reformer to gullible Malaysians Quigonbond What dilemma Come May 18 the first order of business is to vote in a new House speaker give an update no questions allowed and adjourn the Par...
Lack Of Trust Respect For Muhyiddin But The Backdoor Pm Can T Hide Forever Behind Coronavirus Lockdown

Lack Of Trust Respect For Muhyiddin But The Backdoor Pm Can T Hide Forever Behind Coronavirus Lockdown

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 326 hits
In his first address to the nation after sworn in as the 8th Prime Minister Muhyiddin Yassin said I am a brother to the Malays the Chinese the Indians the Sikhs the Ibans the Kadazans the Dusun the Murut and those of various ethnicities I a...
Muhyiddin Dianggap Pm Yg Paling Lemah

Muhyiddin Dianggap Pm Yg Paling Lemah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 344 hits
Berbanding dengan PM terdahulu Muhyiddin tidak pernah dijangka sebagai PM walaupun pernah duduk sebagai TPM kerana dianggap lem dan sem Orang Johor sendiri pandang rendah pada Muhyiddin berbanding Musa hitam othman Saad Khaled dan sebagainy...
Kerajaan Pn Mulai Retak Muhyiddin Dikejar Ketakutan

Kerajaan Pn Mulai Retak Muhyiddin Dikejar Ketakutan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 503 hits
MENGUKIR SIASAHMuhyiddin dikejarbayangan ketakutan SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada PH kepada PN Apakah yang benar benar gembira dan seronok Muhyiddin Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik men...
Muhyiddin Tidak Berpolitik Cuma Berkhianat

Muhyiddin Tidak Berpolitik Cuma Berkhianat

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 199 hits
Siapa sangka Menteri Dalam Negeri merupakan dalang dalam Daulah Terpendam Tidakkah itu politik namanya Jika kenyataan Dato A Kadir Jasin bahawa Tun Dr Mahathir ditekan pada malam perjumpaan di Sheraton itu benar maka Muhyiddinlah orang yang...
Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 281 hits
Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila bila masa Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyeba...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air