Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen





Hanya kira-kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata-mata kerana takut hilang jawatannya.Pertama, sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, beliau telah menangguhkan tarikh asal Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 9 Mac kepada 18 Mei.Ketika itu, jika Sidang Parlimen tidak diubah tarikhnya, Muhyiddin lebih mungkin hanya merasa duduk sebagai Perdana Menteri untuk tempoh 9 hari saja.Lantaran takut hilang jawatan dan tidak mahu tercatat sebagai Perdana Menteri 9 hari, Muhyiddin lalu menangguhkan tarikh Sidang Parlimen kepada 18 Mei.Kedua, beliau menetapkan Sidang Parlimen pada 18 Mei itu hanya untuk sehari saja iaitu bagi upacara pembukaan dan perasmian oleh Yang Dipertuan Agong serta pembentangan usul-usul kerajaan seperti perlantikan Ketua Pembangkang, perlantikan Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lainnya.Membahaskan ucapan Yang Dipertuan Agong turut ditanggungkan kepada Sidang Parlimen Julai akan datang.Tidak pernah dalam sejarah Sidang Parlimen diadakan hanya sehari, lebih-lebih lagi selepas upacara perasmian oleh Yang Dipertuan Agong.Tetapi, Sidang Parlimen yang dijadual sehari pada 18 Mei ini mungkin berubah jumlah harinya berikutan Speaker Parlimen membuat keputusan menerima usul Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong yang memohon sidang dilanjutkan sehingga lapan hari.Speaker turut menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad untuk dibahaskan.Ketiga, apabila ternampak kedudukannya kian tergugat berikutan kedua-dua usul itu diterima, Muhyiddin sekali lagi mengubah peraturan Parlimen dengan menetapkan sidang pada Isnin depan hanya untuk acara pembukaan semata-mata.Tiada usul kerajaan akan dibentangkan dan selepas saja acara pembukaan, semua Ahli Parlimen kena balik ke rumah atau negeri masing-masing.Dengan yang demikian, untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga Julai akan datang, negara kita tidak mempunyai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PAC berikutan usul perlantikan kedua-duanya yang sepatutnya pada 18 Mei ini turut ditangguhkan.Perubahan yang ketiga itu diumumkan Speaker semalam setelah beliau menerima surat yang ditandatangani oleh Muhyiddin selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat yang mengarahkan ketetapan sedemikian.Dengan itu, adalah jelas semua perubahan yang dilakukan oleh Muhyiddin adalah semata-mata untuk mengelak usul undi tidak percaya terhadapnya.Lebih-lebih lagi, perubahannya yang diarahkannya semalam setelah mengetahui usul tidak percaya terhadapnya diterima Speaker, Muhyiddin boleh dianggap telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadinya.Sudahlah menjadi Perdana Menteri melalui tebuk atap dan berbohong berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu dalam isu membawa keluar parti itu daripada PH, lebih buruk dan tidak bermoral kerana Muhyiddin juga sengaja mengubah-ngubah tarikh dan peraturan Sidang Parlimen semata-mata untuk mengelak kehilangan jawatannya.Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah kita ada Perdana Menteri yang sebegini penakut dalam berhadapan dengan realiti dan cabaran dalam politik.Najib Razak pun hanya lari daripada program “NothongToHide” saja, tetapi tidaklah pernah sampai memendekkan Sidang Parlimen sepertimana yang dilakukan oleh Muhyiddin ini.Dengan tindakannya sampai tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen hanya dalam tempoh dua bulan bagi mengelak usul undi tidak percaya terhadapnya, ternyata Muhyiddin kini sudah hilang wibawanya sebagai seorang Perdana Menteri.Selepas ini, tidak ada jaminan Sidang Parlimen bulan Julai depan akan diteruskan selama 15 hari seperti yang dijadualkan.Mungkin ketika itu, jika rasa-rasa tidak lepas juga dalam usul undi tidak percaya terhadapnya, lain pula helahnya untuk mengelak daripada usul tersebut.Orang penakut akan selamanya menjadi penakut dan adalah malang bagi negara jika mempunyai pemimpin seperti ini untuk tempoh yang lebih lama lagi. (ShahbudinHusin 14/05/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-terbukti-penakutdah-3-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 620 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada pengamal media selepas selesai Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke 14 yang disempurnakan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa...
Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 279 hits
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mempersoalkan berapa lama Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bertahan melengahkan masa agar sidang Parlimen tidak diadakan Beliau berkata tindakan Muhyiddin itu menggambarkan sebenarnya beliau bukan sahaja ta...
Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 306 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID 19 dapat ditangani dengan lebih berkesan Katanya tindakan kerajaan Perikatan Nasional...
Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 271 hits
Tamrin Tun Ghafar 6 hari lepas iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun Pakatan Harapan atau PH mengingati HARI KEMENANGAN RAKYAT Tarikh itu 2 tahun yang lepas buat pertama kali dalam sejarah negara rakyat telah menggunakan kuasa mereka menuka...
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 459 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Perikatan Nasional Takut Sidang Parlimen

Perikatan Nasional Takut Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 361 hits
Raymond Liew berkata demikian pada sidang media bersama yang dianjurkan oleh 12 badan perniagaan dan perdagangan termasuk Persekutuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN Persatuan Hotel Bajet Malaysia Persatuan Rantaian Peruncitan Malays...
Jika Ruu Perbekalan Tambahan Di Bentangkan Sidang Parlimen Juga Wajar Di Panjangkan

Jika Ruu Perbekalan Tambahan Di Bentangkan Sidang Parlimen Juga Wajar Di Panjangkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat Wan Anwar Wan Ibrahim berpendapat persidangan Parlimen selama satu hari dilihat tidak wajar diadakan Ini kerana katanya beliau difahamkan pada sidang kali ini Rang Und...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan