Kerajaan Pn Mulai Retak Muhyiddin Dikejar Ketakutan


MENGUKIR SIASAH

Muhyiddin dikejar
bayangan ketakutan.SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada PH kepada PN? Apakah yang benar-benar gembira dan seronok Muhyiddin Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik menjadi PM yang memimpin kerajaan berkenaan?

Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen. Sesiapa yang memasuki jelumu politik ikut bertanding dalam pilihan raya di kerusi parlimen, adalah bodoh kalau dia tidak mempunyai cita-cita untuk jadi perdana menteri. Ada beberapa orang atau individu utama yang seharusnya menerima kesan langsung baik benefits atau accountability dengan kejayaan menggulingkan kerajaan PH itu. Mereka itu sama adalah orang perlu dipertanggungjawabkan dan berhak menerima hasil daripada kejayaan menumbangkan kerajaan itu. 
Individu itu selain Muhyiddin, yang terkait sama adalah Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang, Mohamed Azmin Ali (Minrit) dan Abang Johari Openg. Inilah empat individu atau kepala yang membentuk mufakat perompakan dan menggulingkan kerajaan PH dan seterusnya memberi ruang keemasan buat Muhyiddin untuk jadi PM. 
Hadi dah dapat bahagian, Zahid belum lagi.
Tolonglah Tokguru...!Muhyiddin telah mendapat nikmat daripada permuafakatan meruntuhkan kerajaan PH. Atas kesediaaanya untuk mengkhianati rakan dalam PH dan menjahanamkan kerajaan yang dianggotai sendiri, beliau sudah dilantik jadi perdana menteri. Pelantikan itu hadiah terbesar buat dan sejarah dalam hidupnya. 
Seharuslah beliau berbangga dan berterima kasih kerana kerja jahat itu akhirnya meletakkan beliau di kerusi nombor satu itu yang mana mungkin beliau tidak pernah terfikir sebelum ini? Muhyiddin tidak pernah pun bermimpi untuk menjadi perdana menteri apalagi selama berada dalam kerajaan PH lalu telah membuat konsensus yang Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti Dr Mahathir

Bukan sahaja orang umum, Dr Mahathir pun terkejut dengan apa dilakukan Muhyiddin itu, dan beliau sendiri tidak menyangka kalau Muhyiddin ingin jadi PM. "Saya tidak sangka rupa-rupanya dia (Muhyiddin) nak jadi PM," demikian ulas Mahathir

Ternyata tuah yang datang menggolek tanpa melalui liku-liku yang panjang untuk tiba di kakinya. Beliau hanya perlu lupa soal maruah, sanggup langgar prinsip persahabatan dan sedia bersekongkol dengan musuh. Maka beliau wajar berbangga dan berpuas hati dan kejayaan itu sejarah tertinggi beliau dalam politik.  
Apabila Muhyiddin mendapat habuan besar tidak bermakna empat orang lain juga secara automatik berasa atau mengalami perasaan sama seperti Muhyiddin itu. Bagaimana dengan Zahid, Azmin, Hadi dan Johari Openg? Apakah mereka berempat ini mendapat imbuhan sepadan dengannya Muhyiddin? Mungkin tidak bagi Johari Openg tetapi bagi Zahid dan Azmin khasnya perlu dinilai secara mendalam. Mereka tentu menuntut keadilan dan kesaksamaan setelah usaha mereka berjaya. 
Dalam hal ini individu yang sangat mengharap kejayaan itu memberi keuntungan kepadanya adalah Zahid Hamidi. 
Beliau mungkin mengira dan berharap perubahan kerajaan itu akan dapat membantu kedudukannya, namun ternyata sesudah dua bulan berlalu belum ada tanda-tanda apa yang mungkin diharapkan itu menjadi kenyataan. Tidak ada lebih utama bagi Zahid kenapa sedia memberi sokongan kepada Muhyiddin dengan harapan beliau dilepaskan dengan tali jerat ekoran pertuduhan di mahkamah. 
Walaupun tidak ada perjanjian bersyarat seperti itu, tetapi itulah yang tertusuk jauh di sanubarinya

Zahid menghadapi lebih 80 pertuduhan dimahkamah dimana tuduhan itu menjadi dosa dan noda buatnya. Dengan tuduhan itu reputasinya sebagai ahli politik merudum dan beliau berada dalam persepsi menjijikkan. Masyarakat menganggap bahawa beliau seorang pemimpin yang korup. Walaupun belum ada keputusan mahkamah tetapi itulah yang berlegar dalam kepala umum kini. 
Zahid sendiri menyedari apa dihadapi itu sangat buruk dan memalukannya. Gara-gara dihadap ke mahkamah menyebabkan beliau mengambil keputusan bercuti daripada jawatan presiden Umno selama setahun? 
Makanya, Zahid menunggu apakah balasan dan imbuhan buat beliau daripada Muhyiddin? Seperti dikatakan tadi, kalau itu bukan syarat kerjasama, tetapi bacaan politik ke situ. Zahid dan juga para penyokongnya dan orang yang berharap Zahid akan disuci oleh kerajaan baru itu sedang menunggu bila Peguam Negara akan membuat semakan terhadap segala pertuduhan ke atas Zahid? 
Mereka sedang memerhati apakah tindakan Muhyiddin untuk mensucikan presiden Umno itu. Tanpa dilakukan sesuatu untuk membantu Zahid, kerjasama dan rompakan secara muafakat itu tidak membawa apa-apa erti pun buat Umno. 
Bukan sahaja apa yang berlaku kepada persekitaran peribadi dirinya, cara Muhyiddin membahagikan harta sepencurian kepada Umno tidak adil. Sebab itu kini sudah terdengar cakap-cakap tidak puas hati dari kalangan pemimpin Umno mengenai perjalanan kerajaan PN. Terbaru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengatakan tanpa berlapik yang Umno tidak ada sebarang perikatan dengan PN seperti mana Umno dengan Pam melalui Muafakat Nasional. 
Bererti Mohamad Hasan tidak mengikhtiraf PN dan cuba memberi gambaran yang kerajaan PN boleh goyah bila-bila masa sahaja. Malahan Zahid sendiri juga sudah mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hatian sekaligus mempersoalkan apakah "perasaan" Muhyiddin terhadapnya dan partinya apabila Zahid menulis surat meminta Muhyiddin melantik beberapa pemimpin Umno Sabah ke dalam kerajaan

Surat Zahid itu dilihat perkara biasa, tetapi ia memberi natijah dan pengertian lebih dalam dari itu. Pemerhati mula melihat Umno sudah mula menuntut haknya yang sewajarnya daripada kerajaan PN

Selain Zahid, Azmin (Minrit) juga tidak mendapat sepenuhnya apa yang dihajati dengan penggulingan kerajaan PH itu. Azmin mungkin boleh tersenyum lebar kerana berjaya mengecewakan Anwar Ibrahim, tetapi senyuman dan rasa puas itu tidak sampai ke lubuk hati. 
Kesediaan ahli Parlimen Gombak itu untuk mengkhianati rakan-rakan dalam PH termasuk bosnya sendiri Anwar Ibrahim dan sanggup menerima cacian dan cercaan sepanjang zaman belum diberikan upah secukupnya oleh Muhyiddin. Dalam kata lain Azmin masih belum mencapai apa yang diidamkan

Dunia tahun Azmin bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sudah lama dia menarah angan-angannya ini dan angan-angan inilah dijual kepada orang-orang Keadilan sehingga ada orang Keadilan yang "angin tohor" percaya dan sanggup mufaraqah daripada keadilan untuk bersama Minrit. Salah seorang adalah Jaaffar Kamaruddin.  
Alih-alih apabila membentuk kabinet Muhyiddin tidak mewujudkan jawatan TPM, sebaliknya diganti dengan mewujudkan jawatan empat menteri kanan yang salah seorangnya diisi oleh Minrit. Jawatan itu sama taraf dengan Dr Radzi Jidin yang baru belajar politik yang juga dilantik menjadi menteri kanan kiri

Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang. Walaupun beliau cuba menunjukkan sikap tawaduknya dan tidak gilakan kuasa, tetapi nun jauh di sudut hatinya beliau juga mengharapkan sesuatu yang lebih daripada diperolehi kini. Tidak berbaloi beliau hanya dilantik menjadi Duta Khas kepada Perdana Menteri untuk negeri Timur Tengah. Seandainya beliau tulus dan ikhlas berjuang tanpa mahukan kuasa, beliau tentu tidak sedia menerima tawaran (permintaan sebenarnya) untuk menjadi Duta Khas kepada Perdana Menteri yang tidak mempunyai bidang kuasa diplomatik sepenuhnya. 
Sebagai presiden Pas setidak-tidaknya, Hadi sepatutnya berada di barisan menteri kanan, kalau pun dirasakan tidak logik dan berkelayakan untuk dilantik menjadi perdana menteri. Tentu sekali orang tua itu mahu dan teringin juga untuk ikut sama mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertuan Agong dan bukan hadir hanya untuk meraikan pelantikan orang lain. 
Disebabkan mereka terlibat atau menjadi master mind dalam kudeta itu tidak dilayan dengan adil, maka itulah sebab sudah timbul desas desus dan cakap-cakap kurang manis mengenai kerajaan PN. Sudah ada yang berani memberi kata dua kepada Muhyiddin dari kalangan komponen PN sendiri. Sudah ada yang menytindir dari jauh dan sudah pun sampai ke telinga Muhyiddin dan ia memedihkan. 
Paling menonjol dan mempamerkan rasa tidak puas hati dengan cara Muhyiddin ialah daripada Umno. Misalnya beberapa orang pemimpin Umno mengkritik Azmin secara terbuka sebagai seorang menteri dikatakan menteri kiri kanan. Perlu difahami kritikan dan rasa mual kepada Minrit yang ditimbulkan oleh orang-orang Umno itu adalah sebagai perbuatan pukul anak untuk sindir menantu. 
Mereka mempersoalkan wibawa dan kemampuan bekas Timbalan Presiden Keadilan itu  menguruskan kementerian MITI itu. Apabila kewibawaannya dipersoalkan, bermakna persoalan dan pertikaikan itu dilemparkan kepada orang yang melantiknya. 
Kesimpulannya selain Muhyiddin, kesemua pihak lain tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PN dibentuk dan Muhyiddin mengurusnya. Rasa tidak puas hati ini akan terus "memborak" carik dan meluas. Jika Muhyiddin tidak segera menanganinya ia berpotensi besar untuk menjadikan kerajaan PN retak kemudian terbelah. 
Sidang pertama parlimen walupun sehari pada 18 Mei ini benar-benar menganggui emosi Muhyiddin. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari itu. Tindakan menghadkan sidang hari satu hari jelas menunjukkan ketidakyakinan Muhyiddin terhadap sokongan kepadanya. 
Wabak Coronavirus walaupun dari satu sisi membantu untuk menyelamatkan Muhyiddin daripada diserang hendap oleh oposisi habis-habisan, tetapi dari sisi lain ia menjadikan Muhyiddin dalam serba salah dan terpaksa memikul beban sebagai PM yang berat. Dalam situasi tidak menentukan ini beliau tidak perlu dihimpit dan dijempit dengan masalahan dalam PN seperti disebut tadi mengenai rasa ketidakpuasan hati berbagai pihak
Justeru satu formula dan solusi untuk keluar dari daerah "disappointmnet" yang sedang tercipta ini Muhyiddin perlu melakukan sesuatu yang betul dan tepat. Apakah Muhyiddin mampu? Minta Menteri Agama banyak-banyak berdoa selain untuk selamatkan rakyat Malaysia daripada Coronavirus, doakan juga untuk keselamatan Muhyuddin. [wm.kl. 2:27 pm 28/04/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/04/kerajaan-pn-mulai-retak-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayaran Fasa Kedua Bantuan Kerajaan Mulai 4 Mei

Bayaran Fasa Kedua Bantuan Kerajaan Mulai 4 Mei

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR 28 APRIL Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat bermula 4 Mei depan kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata pembayaran tersebut meliputi kesemua penerima BPN terdiri daripad...
Semua Pihak Perlu Bantah New Normal Kerajaan Muhyiddin Wajibkan Ahli Parlimen Terajui Glc

Semua Pihak Perlu Bantah New Normal Kerajaan Muhyiddin Wajibkan Ahli Parlimen Terajui Glc

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 407 hits
Apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Muhyiddin Yassin untuk melantik semua Ahli Parlimen penyokong PN yang tiada jawatan dalam kerajaan sebagai pengerusi GLC sebagai suatu perbuatan jenayah ia adalah isyarat paling jelas...
Anwar Jumpa Muhyiddin Buat Kali Pertama Selepas Kerajaan Pn Dibentuk

Anwar Jumpa Muhyiddin Buat Kali Pertama Selepas Kerajaan Pn Dibentuk

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 1329 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lepas Pertemuan selama 45 minit antara calon perdana menteri P4katan Har4pan dan bek...
Kerajaan Muhyiddin Mungkin Runtuh Menjelang Hujung Tahun

Kerajaan Muhyiddin Mungkin Runtuh Menjelang Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 293 hits
Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya memenangi 13 dari 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Mei 2018 Dr Mahathir Mohamad pengasas Bersatu dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 7 kerana Dr Wan Azizah Wan Ismail membenarkan...
Kerajaan Pintu Belakang Menjawab Penyokong Muhyiddin Dan Dr Asri

Kerajaan Pintu Belakang Menjawab Penyokong Muhyiddin Dan Dr Asri

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 266 hits
Amat jelas hujah Dr Asri jauh meleset kerana tiada persamaan golongan yang mengkhianati PH untuk bersama UMNO dan kami yang tinggalkan PAS tidak mahu mengkhianati PR demi inginkan UMNO Saya pernah berhujah melalui whatsapp dengan seorang ah...
Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

Mulai Hari Ini Kerajaan Benarkan Dua Orang Pergi Beli Barang Dalam Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 528 hits
Dua ahli keluarga dibenarkan membeli barang keperluan atau mendapatkan perkhidmatan perubatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini sesuai dengan warta persekutuan baru mengenai Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit...
Pkpb Najib Razak Akhirnya Bersuara Tentang Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin Rupanya Ini Antara Kenapa Kurang Setuju

Pkpb Najib Razak Akhirnya Bersuara Tentang Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin Rupanya Ini Antara Kenapa Kurang Setuju

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 550 hits
Kecoh selepas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin telah buat keputusan untuk melonggarkan PKP pada 4hb Mei 2020 ini PKPB Najib Razak Akhirnya Bersuara Tentang Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin Rupanya Ini Antara Kenapa Kurang ...
Wan Saiful To Tajuddin Where To Put Zahid If Muhyiddin Returns To Umno

Wan Saiful To Tajuddin Where To Put Zahid If Muhyiddin Returns To Umno

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 346 hits
A Bersatu leader does not think it would be feasible for prime minister and Bersatu president Muhyiddin Yassin toUmno There is no need to invite Bersatu to join Umno said Bersatu supreme council member Wan Saiful Wan Jan When this is being ...
Tun Pm Separuh Penggal Muhyiddin Bakal Separuh Penggal Juga

Tun Pm Separuh Penggal Muhyiddin Bakal Separuh Penggal Juga

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 354 hits
Tun kuburkan umno Muhyiddin hidupkan semula Kritikan Mukhriz ke atas Muhyiddin dan lebih cenderong kepada PH tidak mampu membantunya mendapat sokongan MP BERSATU dan akar umbi untuk menang Presiden
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp