Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin




Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa.Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyebabkan Menteri Besar bertukar daripada Dr. Shahrudin Jamal daripada Bersatu kepada Hasni Mohamed yang mewakili UMNO, adalah negeri yang paling awal berubah pucuk pimpinannya.Perubahan kepimpinan di Johor berlaku sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri adalah semata-mata sebagai “barter trade” yang bertujuan untuk beliau mendapat sokongan yang padu daripada UMNO.Dengan itu, 11 Adun Bersatu diarahkan keluar PH dan membentuk gabungan baru bersama BN dan Pas yang mempunyai 17 Adun serta turut disertai tiga Adun PKR yang keluar parti.Oleh kerana kesediaan Muhyiddin menyerahkan kerusi Menteri Besar Johor kepada UMNO yang sebelumnya dipegang oleh Bersatu, itulah yang mengukuhkan lagi sokongan diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri.Tetapi, sebagaimana Johor menjadi negeri pertama berubah kepimpinan kerana keghairahan Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri, ia juga akhirnya menjadi negeri pertama yang bergolak.Pergolakan berlaku kerana Bersatu Johor tidak puas hati dengan pembahagian jawatan dalam GLC negeri kepada wakil parti itu yang tentunya semua pengagihan itu dilakukan atas percaturan atau pengetahuan Menteri Besar, Hasni Mohamed daripada UMNO.Tuduh menuduh dan berbalas kenyataan kini sedang rancak berlaku antara Bersatu dan UMNO berikutan ketidak-adilan pengagihan harta karun tersebut.Apa yang nyata, Bersatu kini mulai nampak bahawa perkongsian kuasa dengan UMNO sama sekali tidak menguntungkan mereka.Sudahlah perkongsian kuasa itu hanya sehingga PRU15 saja di mana Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa UMNO hanya mahu bekerjasama dengan Pas dan meninggalkan Bersatu menghadapi pilihanraya akan datang, pembahagian harta samunan pula tidak dilakukan sama rata.Logiknya, kalau menyamun bersama-sama tetapi pembahagian hasil samunan tidak sama rata, siapa pun pasti akan naik angin akhirnya.Di Perak, walaupun belum heboh melalui media sebagaimana di Johor, pergolakan yang sama kerana berebut harta karun juga sedang berlaku dalam diam sebenarnya.Kerajaan PH Perak tumbang apabila 25 Adun UMNO, 3 Adun Pas dan 4 Adun Bersatu bersetuju membentuk gabungan kerajaan baru, juga untuk menuruti arus yang berlaku di peringkat Pusat serta sebagai tanda sokongan kepada Muhyiddin.Ahmad Faizal Azumu atau Peja akhirnya dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak, meskipun hakikatnya beliau adalah satu-satunya Adun Bersatu yang menang dalam pilihanraya lalu di negeri itu.Tiga lagi Adun Bersatu adalah daripada dua wakil rakyat UMNO dan seorang Adun PKR yang melompat menyertai parti itu.UMNO yang memiliki 25 Adun bukan saja tidak puas hati kerana Peja terus kekal sebagai Menteri Besar, tetapi juga kerana hanya 3 jawatan Exco diberikan kepada mereka.Lebih menyedihkan, portfolia Exco yang diberikan kepada UMNO juga tidak penting berbanding yang dipegang oleh Bersatu.Pembahagian jawatan dalam GLC negeri juga menjadi isu hangat di mana Peja dikatakan hanya melantik orang-orang pilihannya serta mengenepikan sama sekali watak-watak daripada UMNO.Sebagai pemegang blok terbesar iaitu 25 Adun, UMNO Perak difahamkan sudah sedia berputus arang dan meninggalkan kerajaan baru ini pada bila-bila masa saja.Dikatakan juga, ada yang sudah pun menandatangani surat persetujuan menolak kepimpinan Peja serta mahukan jawatan Menteri Besar Perak diserahkan kepada UMNO.Pokoknya, pengkongsian kuasa UMNO dan Bersatu melalui pintu belakang dan bukan melalui undi dalam pilihanraya adalah sesuatu yang tidak selamat dari segi kestabilan, baik di Johor mahu pun di Perak.Apakah jika selepas tempoh PKP ini tamat, kemelut antara Bersatu dan UMNO terus berpanjangan dan ditakdirkan berlaku perubahan kepimpinan di Johor dan Perak, maka ia akan memungkinkan perkongsian kuasa di Pusat juga akan runtuh dan kedudukan Muhyddin turut berakhir?Soalnya, bagi mereka di peringkat negeri, adakah kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri lebih penting berbanding harta karun yang boleh dikaut? (ShahbudinHusin 30/04/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kemelut-umnobersatu-di-johor-dan-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 523 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 312 hits
Politik busuk Politik wang Politik beli Politik ugut Sedang diperhatikan Langkah terbaik ialah Mukhriz tarik diri dan ditawarkan jawatan TPM sebagai langkah penyelesaian politik dalaman dan survival parti BERSATU Yang nak meroyan pun ada la...
Bersatu Umno Berantakan Di Johor

Bersatu Umno Berantakan Di Johor

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 661 hits
Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO menegaskan bahawa parti tersebut tidak pernah ada persefahaman dengan PERIKATAN NASIONAL Mereka hanya ada Muafakat Nasional bersama PAS dan BARISAN NASIONAL Justeru PERIKATAN NASIONAL ibarat anak yang lahi...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 404 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Party Leaders Need To Intervene To Dispel Tensions In Johor Pn Umno Man

Party Leaders Need To Intervene To Dispel Tensions In Johor Pn Umno Man

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 319 hits
Umno and Bersatu leaders need to intervene to solve problems at the grassroots level to ensure that ties in the newly formed Perikatan Nasional alliance are strong Umno Supreme Council member Tajuddin Abdul Rahman claimed that tensions with...
Dari Parti Utama Bersatu Kini Underdog Di Johor

Dari Parti Utama Bersatu Kini Underdog Di Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 232 hits
Ng Xiang Yi Dua bulan selepas mengambil alih kuasa keretakan sudah kelihatan dalam gabungan Perikatan Nasional dengan perselisihan antara Bersatu dengan Umno di Johor Bagi adun Bukit Batu daripada PKR Jimmy Puah ia adalah balasan terhadap B...
Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno

Bn Umno Tidak Terkesan Jika Kerajaan Pn Johor Disabotaj Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 425 hits
Hasni Mohamad menggantikan Dr Sahrudin Jamal sebagai menteri besar Johor ke 18 pada 28 Februari lepas PETALING JAYA Pemuda Umno Johor berkata BN ataupun Umno tidak akan terkesan jika wujud usaha mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional di Joh...
Bersatu Johor Boleh Dapat Jawatan Mb Semula

Bersatu Johor Boleh Dapat Jawatan Mb Semula

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 257 hits
BERSATU Johor Boleh Dapat Jawatan MB Semula Sekarang ini Johor sedang bergolak Isu pembahagian jawatan GLC sedang dipertikaikan oleh pendokong2 BERSATU Khabarnya mereka melihat pembahagian ini adalah tidak adil kepada mereka Pendokong pendo...
Muhyiddin Kalah Dengan Panglima Perang Umno Kadir Jasin

Muhyiddin Kalah Dengan Panglima Perang Umno Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 312 hits
Bekas penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin membangkitkan persoalan jika peminggiran pemimpin Bersatu di Johor mencerminkan rancangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pulang ke pangkuan Umno Melihat ini semua khususnya pemingg...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang