Guru Wanita Rugi Rm387 000 Mangsa Macau Scam


JOHOR BAHRU: Seorang guru wanita berusia 38 tahun, kerugian RM387,000 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai polis trafik menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung penipuan Macau Scam itu kira-kira jam 11.48 pagi semalam.

Katanya, guru sebuah sekolah rendah itu, menerima panggilan telefon daripada suspek pada 4 Februari lalu, memaklumkan mangsa terbabit dengan kes langgar lari.

“Modus operandi yang dikesan adalah mangsa diarahkan suspek untuk membuka akaun bank yang baharu atas nama mangsa, bertujuan meyakinkan mangsa, wang mangsa adalah ‘selamat’.

“Mangsa diarahkan suspek untuk mendaftar nombor telefon yang tidak dikenali (untuk aktifkan perbankan internet) atas akaun bank yang baharu dibuka, bertujuan ‘mengawal’ akaun bank yang dibuka oleh mangsa.

“Mangsa diarahkan suspek untuk memindahkan semua wang ke dalam akaun bank mangsa yang baharu dibuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, mangsa juga diarahkan untuk merahsiakan daripada keluarga dan kawan-kawan.

“Suspek mengarahkan mangsa untuk memadamkan perbualan telefon (Whatsapp) dan menghapuskan slip bank yang berkaitan bagi menghilangkan bukti dan keterangan.

“Mangsa tidak menyedari ‘kehilangan’ wang dalam akaun bank kerana suspek ‘mengawal’ akaun bank mangsa melalui perbankan internet.

“Mangsa dalam kes ini mengalami kerugian sebanyak RM387,000 iaitu dipercayai adalah dari duit simpanannya dan pinjaman peribadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda,” katanya.

Beliau berkata, polis Johor sudah berulang kali menasihatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan penipuan ‘Macau Scam’ dan tidak panik apabila menerima panggilan sebegini.

“Jangan mudah percaya dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon. Jangan sesekali memberikan maklumat peribadi mahupun maklumat akaun bank kepada orang tidak dikenali.

“Agensi penguat kuasa tidak akan sesekali meminta butiran akaun bank dan maklumat peribadi mangsa.

“Polis Johor juga menasihatkan orang awam untuk menyemak laman web www.ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi mengenal pasti sama ada akaun bank itu terbabit dengan kes penipuan atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2020/04/guru-wanita-rugi-rm387000-mangsa-macau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Macau Scam Rugi Rm37 000

Mangsa Macau Scam Rugi Rm37 000

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 218 hits
KUANTAN Seorang pesara kerugian RM37 000 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menyamar pegawai polis Wanita berusia 66 tahun itu mendakwa dia diminta membuat bayaran bagi membatalkan perintah mahkamah yang dikeluarkan ke atasnya kerana d...
Pasar Raya Terpaksa Buang Stok Makanan Bernilai Lebih 35 000 Selepas Seorang Wanita Sengaja Batuk Padanya

Pasar Raya Terpaksa Buang Stok Makanan Bernilai Lebih 35 000 Selepas Seorang Wanita Sengaja Batuk Padanya

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 486 hits
Pada ketika ini kebanyakan negara mengambil langkah berjimat cermat dalam menguruskan stok bekalan makanan dan keperluan harian akibat penangan wabak COVID 19 Kebanyakan negara telah menjalankan perintah berkurung dan orang ramai dinasihatk...
Pu Amin Sumbang Rm20 000 Pada Guru Agama Hilang Pendapatan

Pu Amin Sumbang Rm20 000 Pada Guru Agama Hilang Pendapatan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 311 hits
Tidak dinafikan ramai yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung The post appeared first on
Wanita Jerit Idiot Pada Polis Didakwa Sabit Kesalahan Penjara Hingga Dua Tahun Denda Rm10 000

Wanita Jerit Idiot Pada Polis Didakwa Sabit Kesalahan Penjara Hingga Dua Tahun Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 768 hits
PENGURUS jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam pada 31 Mac lalu Tertuduh Tong Poh Kim 44 bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dua pertudu...
Petugas Hospital Tak Cukup Ppe Anak Yatim Asnaf Rpwp Buat Sehingga 3 000 Mask Sehari

Petugas Hospital Tak Cukup Ppe Anak Yatim Asnaf Rpwp Buat Sehingga 3 000 Mask Sehari

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 347 hits
Apabila kebanyakan hospital di seluruh negara mengalami kekurangan sumber peralatan perlindungan diri yang wajib digunakan oleh semua petugas barisan hadapan ketika mengendalikan kes melibatkan wabak COVID 19 masih ada beberapa pihak yang k...
Wilayahnya Terapkan Lockdown Pria Ini Bagikan 1 000 Ayam Buat Warga

Wilayahnya Terapkan Lockdown Pria Ini Bagikan 1 000 Ayam Buat Warga

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 228 hits
Virus Corona Covid 19 yang tengah merebak membuat beberapa negara menerapkan kebijakan lockdown Hal itu dilakukan dengan maksud untuk menghindari penularan Covid 19 semakin meluas Meski berdampak besar terhadap berbagai sektor kebijakan loc...
Hangus Rm50 000 Ditipu

Hangus Rm50 000 Ditipu

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 162 hits
Nur Izzati Mohamad DUA peniaga di Tasek Gelugor daerah kerugian hampir RM50 000 apabila masing masing ditipu sindiket phone scam dan pinjaman wang tidak wujud Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor be...
Menko Airlangga Stok Gula Industri 303 000 Ton Dialihkan Untuk Konsumsi

Menko Airlangga Stok Gula Industri 303 000 Ton Dialihkan Untuk Konsumsi

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 191 hits
Nantinya keseluruhan produk gula tersebut akan di distribusikan ke sejumlah daerah di Indonesia seperti Banten Jabodetabek Sumatera Utara Makassar Kalimantan Timur Bengkulu dan daerah lainnya
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai