Guru Berisiko Pengamal Media Dipertimbang Suntikan Vaksin Fasa Pertama


 
Faiz Zainudin -February 21, 2021 Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah meminta Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin menyenaraikan guru terbabit dan keutamaan kepada yang berisiko tinggi serta memiliki komorbiditi (menghidap dua penyakit serentak, seperti kencing manis dan darah tinggi) jika dijangkiti Covid-19. (Gambar Facebook)SEPANG: Guru dan pengamal media antara kumpulan dipertimbang menerima vaksin fasa pertama menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula Rabu ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, ia dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka Mac ini manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.
Khairy berkata, beliau sudah meminta Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin menyenaraikan guru terbabit dan keutamaan kepada yang berisiko tinggi serta memiliki komorbiditi (menghidap dua penyakit serentak, seperti kencing manis dan darah tinggi) jika dijangkiti Covid-19.
Katanya, perkara itu akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).
“Kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Hadir sama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, agihan itu bagaimanapun tertakluk kepada bekalan vaksin yang diperoleh negara bagi fasa pertama dan kajian risiko dilaksanakan.
“Kami terima banyak permintaan daripada kumpulan yang mahu dimasukkan dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
“Kita akui bekalan vaksin fasa pertama tidak banyak kerana kita hanya ada satu juta dos yang mana 500,000 sudah diperuntukkan kepada barisan hadapan termasuk kakitangan kesihatan dan pasukan keselamatan,” katanya.
Skim perlindungan
Sementara itu, Khairy berkata keputusan memberikan dua dos vaksin Pfizer-BioNTech kekal dan tidak akan menangguhkan pemberian dos kedua buat masa ini memandangkan kerajaan masih belum mengkaji dakwaan mengatakan dos pertama vaksin keluaran itu memiliki keberkesanan sehingga 85%.
“Perkembangan terbaru oleh sebuah negara yang melaksanakan program vaksinasi dengan agak cepat, menyatakan satu dos vaksin Pfizer memiliki keberkesanan sehingga 85% namun kita masih belum lagi membuat kajian mengenai data berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kerajaan akan mewujudkan skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin Covid-19, jika ada antara mereka mendapat kesan sampingan yang serius.
Katanya, perkara itu diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lalu dan dalam proses diperincikan.
Beliau berkata, skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada penerima vaksin Covid-19 yang dikenal pasti mengalami kesan sampingan serius.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/guru-berisiko-pengamal-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suntikan Vaksin Fasa Pertama Maaf Petugas Kesihatan Dan Guru Tak Masuk List

Suntikan Vaksin Fasa Pertama Maaf Petugas Kesihatan Dan Guru Tak Masuk List

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 263 hits
PETALING JAYA Petugas pembersihan hospital guru dan media antara kelompok yang tidak akan menerima vaksin Covid 19 pada fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Kementerian Kesihatan Ketua Sektor Pakar Perubatan Kesihatan Awa...
Guru Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi Covid19

Guru Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi Covid19

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 334 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa guru yang berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan COVID 19 adalah antara penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan ber...
Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari

Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 jenis Pfizer BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad sementara pelaksanaan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan akan mulakan dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin be...
Tiada Keperluan Wakil Rakyat Diberi Vaksin Fasa Pertama Adun Pkr Bukit Tengah

Tiada Keperluan Wakil Rakyat Diberi Vaksin Fasa Pertama Adun Pkr Bukit Tengah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 278 hits
Fasa pertama rancangan vaksinasi harus dilakukan kepada barisan depan dan pekerja kesihatan perubatan di kawasan berisiko tinggi dan bukannya Ahli Parlimen dan Adun kata Adun PKR Gooi Hsiao Leung Adun Bukit Tengah itu berkata keputusan Perd...
Muhyiddin Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid 19

Muhyiddin Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 327 hits
freemalaysiatoday com February 24 2021 3 11 PMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan pertama dos vaksin Covid 19 Pfizer BioNTech melalui fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula secara ...
Bekalan Pertama Vaksin Pfizer Biontech Malaysia 3 Fasa Pemberian Vaksin

Bekalan Pertama Vaksin Pfizer Biontech Malaysia 3 Fasa Pemberian Vaksin

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 363 hits
21 Februari 2021 hari ni bekalan pertama dos vaksin Pfizer BioNTech untuk COVID 19 tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Sepang menggunakan MASKargo MH604 dibawah kendalian MABKargo Sdn Bhd Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Cov...
Awani Ringkas Daftar Segera Dapatkan Vaksin Guru Dipertimbang Jadi Keutamaan Pemberian Vaksin

Awani Ringkas Daftar Segera Dapatkan Vaksin Guru Dipertimbang Jadi Keutamaan Pemberian Vaksin

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 297 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video ter
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand