Suntikan Vaksin Fasa Pertama Maaf Petugas Kesihatan Dan Guru Tak Masuk List



PETALING JAYA: Petugas pembersihan hospital, guru dan media antara kelompok yang tidak akan menerima vaksin Covid-19 pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Sektor Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit KKM Dr Mohd Hanif Zailani berkata, bekalan vaksin yang diterima bagi fasa pertama ini tidak akan mencukupi sekiranya kumpulan ini turut dilibatkan, walaupun mengakui peranan kumpulan ini sebagai petugas barisan hadapan.
Dalam sesi libat urus darurat Covid-19 bersama media, Hanif berkata, pemberian vaksin bagi fasa pertama ini lebih memfokuskan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung mengendalikan dan merawat pesakit-pesakit Covid-19 yang positif.
“Petugas pembersihan memang penting, mereka juga adalah petugas barisan hadapan. Tetapi, dalam kalangan petugas barisan hadapan bagi fasa pertama ini, kita harus berikan keutamaan kepada yang benar-benar terlibat dengan pesakit,” katanya, dengan menambah ini termasuk anggota bomba dan penyelamat yang memainkan peranan untuk program sanitasi.
Katanya, keutamaan ini diberikan bagi memastikan sistem kesihatan negara boleh terus berfungsi dengan cekap dan berkesan. Baginya, jika ada petugas barisan hadapan yang tidak sesuai dengan vaksin keluaran syarikat Pfizer, mereka akan diberikan vaksin lain yang sesuai selepas diluluskan pendaftaran di dalam negara.
Hanif pada masa sama turut menyarankan supaya warga emas turut mendapatkan suntikan vaksin, memandangkan mereka adalah kumpulan yang dikategorikan sebagai kumpulan berisiko tinggi, yang turut menghadapi ancaman komplikasi penyakit.
Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Kalaiarasu Peariasamy berkata, pejabat kesihatan daerah yang terlibat dalam program suntikan vaksin perlu melihat terlebih dahulu sejarah kesihatan pesakit sebelum mereka mendapatkan suntikan.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan dan kesan sampingan serta komplikasi dari suntikan yang diambil, beliau berkata, seseorang individu hanya akan mengalami kesan alahan (anaphylaxis) terhadap vaksin.
“Mereka mesti maklumkan perkara ini kepada pengamal perubatan yang akan melakukan proses vaksinasi. Sekiranya tidak, mereka akan terdedah kepada risiko alahan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata, KKM akan menggerakkan unit bergerak sedia ada bagi membolehkan program imunisasi dilaksanakan dalam kalangan golongan rentan termasuk masyarakat Orang Asli serta pesakit yang terlantar di rumah.
“Unit bergerak itu akan digerakkan melalui Pusat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan kepada penilaian risiko yang dijalankan. Mana-mana pihak yang tidak mampu hadir ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi perlu memaklumkan kepada KKM supaya unit bergerak dapat dikerahkan,” katanya.
90Shares  79 The post Suntikan vaksin fasa pertama, maaf petugas kesihatan dan guru tak masuk ‘list’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/18/suntikan-vaksin-fasa-pertama-maaf-petugas-kesihatan-dan-guru-tak-masuk-list/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=suntikan-vaksin-fasa-pertama-maaf-petugas-k

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Berisiko Pengamal Media Dipertimbang Suntikan Vaksin Fasa Pertama

Guru Berisiko Pengamal Media Dipertimbang Suntikan Vaksin Fasa Pertama

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 348 hits
February 21 2021 Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah meminta Menteri Kanan Radzi Jidin menyenaraikan guru terbabit dan keutamaan kepada yang berisiko tinggi serta memiliki komorbiditi jika dijangkiti Covid 19 SEPANG Guru dan pengamal med...
Guru Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi Covid19

Guru Antara Penerima Vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi Covid19

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 373 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa guru yang berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan COVID 19 adalah antara penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan ber...
Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari

Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Vaksin COVID 19 jenis Pfizer BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad sementara pelaksanaan Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan akan mulakan dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin be...
Tiada Keperluan Wakil Rakyat Diberi Vaksin Fasa Pertama Adun Pkr Bukit Tengah

Tiada Keperluan Wakil Rakyat Diberi Vaksin Fasa Pertama Adun Pkr Bukit Tengah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 323 hits
Fasa pertama rancangan vaksinasi harus dilakukan kepada barisan depan dan pekerja kesihatan perubatan di kawasan berisiko tinggi dan bukannya Ahli Parlimen dan Adun kata Adun PKR Gooi Hsiao Leung Adun Bukit Tengah itu berkata keputusan Perd...
Bekalan Pertama Vaksin Pfizer Biontech Malaysia 3 Fasa Pemberian Vaksin

Bekalan Pertama Vaksin Pfizer Biontech Malaysia 3 Fasa Pemberian Vaksin

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 443 hits
21 Februari 2021 hari ni bekalan pertama dos vaksin Pfizer BioNTech untuk COVID 19 tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Sepang menggunakan MASKargo MH604 dibawah kendalian MABKargo Sdn Bhd Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Cov...
Muhyiddin Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid 19

Muhyiddin Terima Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 390 hits
freemalaysiatoday com February 24 2021 3 11 PMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan pertama dos vaksin Covid 19 Pfizer BioNTech melalui fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula secara ...
Boleh Setuju Untuk Tidak Terima Vaksin Tapi Jangan Kempen Menteri Kesihatan

Boleh Setuju Untuk Tidak Terima Vaksin Tapi Jangan Kempen Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 294 hits
Hasimi MuhamadBila ada yang kempen untuk tidak ambil suntikan vaksin kepada orang lain tindakan sedemikian akan mengundang pelbagai tohmahan dan menyalahi Akta 342 tegas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Gambar hiasan PUTRAJAYA Kem...
Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Sinaran Krepuskular Dan Burung Pucung Cina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bundle Hbo Max Viu Kini Tersedia Harga Rm33 90 Bulan

2 Minggu Batuk Kering Makan Muntah Sajat Mohon Doa Sedang Diuji Masalah Kesihatan

Fam Komited Teruskan Proses Rayuan Di Cas

Iera Milpan Seketika Chord

Pengkhianat Pegawai Akps Direman Disyaki Terbabit Aktiviti Pasport Terbang

Anwar Acknowledges Sabahans Anger Over Poor Infrastructure Vows Tighter Oversight Of State Projects