Vaksin Pertama Akan Tiba Pada Hari Ahad Ini Pm Muhyiddin Terima Suntikan 26 Februari


 

KUALA LUMPUR  -- Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mulakan dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.
Ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, perdana menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.
Fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.
Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik COVID-19.
“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.
“Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.
Perdana Menteri berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.
Katanya begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.
“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.
“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.
Sementara itu, Muhyddin berkata Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.
“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.
Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan hari ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/vaksin-pertama-akan-tiba-pada-hari-ahad.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Dah Sampai Pm Amp Dr Noor Hisham Bakal Terima Suntikan 24 Februari Ini

Vaksin Dah Sampai Pm Amp Dr Noor Hisham Bakal Terima Suntikan 24 Februari Ini

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 380 hits
Penantian rakyat Malaysia untuk memulakan kehidupan seperti biasa semakin cerah kini apabila vaksin kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 10
Awani Ringkas Kumpulan Pertama Vaksin Covid 19 Tiba Hari Ini Anggota Atm Penerima Pertama Vaksin

Awani Ringkas Kumpulan Pertama Vaksin Covid 19 Tiba Hari Ini Anggota Atm Penerima Pertama Vaksin

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 407 hits
Kumpulan pertama vaksin COVID 19 tiba hari ini Anggota ATM penerima pertama vaksin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK...
Awani Ringkas Spm Bermula Hari Ini Km Pulau Pinang Pertama Terima Vaksin

Awani Ringkas Spm Bermula Hari Ini Km Pulau Pinang Pertama Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 410 hits
SPM bermula hari ini KM Pulau Pinang pertama terima vaksin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com ...
Filipina Jangka Terima 600 000 Dos Vaksin Sinovac 23 Februari Ini

Filipina Jangka Terima 600 000 Dos Vaksin Sinovac 23 Februari Ini

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 270 hits
Filipina jangka terima 600 000 dos vaksin Sinovac 23 Februari ini Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Feb 2021 1
Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 558 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera perjalanan vaksin kumpulan pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi hari ini dikendalikan oleh MABkarg...
Lebih 100 Juta Orang Terima Suntikan Vaksin Covid 19

Lebih 100 Juta Orang Terima Suntikan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 371 hits
PARIS Lebih 100 juta suntikan vaksin Covid 19 telah diberikan di seluruh dunia demikian menurut angka daripada sumber sumber rasmi semalam Bagaimanapun tiada satu pun daripada 29 negara paling miskin di dunia memulakan kempen vaksinasi mass...
Suntikan Vaksin Fasa Pertama Maaf Petugas Kesihatan Dan Guru Tak Masuk List

Suntikan Vaksin Fasa Pertama Maaf Petugas Kesihatan Dan Guru Tak Masuk List

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA Petugas pembersihan hospital guru dan media antara kelompok yang tidak akan menerima vaksin Covid 19 pada fasa pertama Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan kata Kementerian Kesihatan Ketua Sektor Pakar Perubatan Kesihatan Awa...
Pusing Pusing Cuci Mata Dalam Sunway Pyramid

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Keputusan Afc Champions League Elite 2025 2026 Jdt Lawan Shanghai Shenhua 5 November 2025

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Ulasan Buku Anekdot Jalanan Oleh Zainal Rashid Ahmad

Best Low Carb Meat Recipes

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Kotak Drawer Custom Sentuhan Mewah Untuk Produk Eksklusif Anda

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global