Gunung Pulai Baling Kedah





Gunung Pulai kembar Gunung Baling ini, saya anggap gunung paling jujur yang pernah saya daki. Bila bercerita pasal mendaki gunung, gunung inilah yang memiliki jalur yang memang tiada landai. Trek ke puncak memang membawa erti sebenar mendaki gunung. Saya dan tiga rakan memulakan pendakian ke gunung ini seawal jam 4:00 pagi ditemani Faizal guide Gunung Pulai pada pertengahan January 2019. Kami berjumpa di hentian bas hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai dan meneruskan pemanduan melalui lorong kecil di sebelah sekolah rendah ini. Kami memakir kereta di kawasan lapang tepi sungai di mana pendakian ke puncak Gunung Pulai ini bermula. Menyeberangi sungai melalui jambatan besi bersaiz kecil, kami berjalan menuju ke kaki gunung dan pendakian ke puncak pun bermula. Boleh dikatakan keseluruhan jalur menuju puncak memaksa kami memerah tenaga memanjat bongkah-bongkah batu yang sedikit tajam. Tiada gambar yang dirakam sepanjang pendakian kerana kami cuma ditemani cahaya "headlamp". Jam 6:15 pagi kami sampai di satu kawasan sedikit lapang yang dijadikan sebagai tempat solat oleh pendaki. Jam 6:40 pagi kami meneruskan pendakian ke puncak yang dianggar mengambil masa sekitar 30 hingga 40 minit. Saya sampai di puncak Gunung Pulai pada jam 07:15 pagi ketika cahaya dari langit sedang menjenguk bumi.



Kami berehat agak lama di puncak Gunung Pulai ini. Menyaksikan pemandangan indah dan aksi pendaki lain merakam kenangan. Kemudian Faizal mengajak saya ke Puncak Persahabatan yang terletak di antara puncak Gunung Pulai dan Gunung Baling. Kami bergambar sebentar di Batu Gantung, "spot feveret" pendaki di puncak Gunung Pulai untuk merakam gambar. Saya agak gayat merakam gambar di atas Batu Gantung ini.



Kemudian kami menuruni puncak menghala ke Gunung Baling untuk ke Puncak Persahabatan. Jalur agak semak kerana pendaki jarang ke Puncak Persahabatan ini. Tetapi yang lebih teruk, trek ke Puncak Persahabatan agak berbahaya. Sekitar 10 minit kami menuruni puncak, kami sampai di Puncak Persahabatan yang terletak di antara puncak Gunung Pulai dan Gunung Baling ini. Namun hingga ke hari ini pendaki tidak boleh meneruskan pendakian ke Gunung Baling dari Gunung Pulai kerana trek berakhir di sini.





Setelah kembali ke puncak Gunung Pulai, kami berehat sebentar dan merakam gambar setelah pendaki lain mula bergerak turun. Kami bergerak turun pada jam 9:00 pagi. Perjalanan turun ke bawah lebih mencabar pada pandanganan saya, mungkin kerana kekurangan tenaga atau keadaan yang cerah menyebabkan kita lebih gayat.



Tersesat di Gunung Pulai bukanlah perkara mustahil. Kepada pendaki yang tidak pernah ke sini, saya cadangkan anda mengambil khidmat "guide" atau penunjuk arah. Paling kurang ditemani pendaki yang sering ke gunung ini. Selain dari itu, faktor kaki yang lemah atau "screw" lutut yang sering longgar juga mungkin memerlukan khidmat guide untuk membantu anda mengatur langkah kaki ketika turun nanti. Walaupun Gunung Pulai ini cuma berketinggian 620 mdpl namun ia tidak boleh di pandang rendah. Saya sampai di tapak pakir di bawah pada jam 11:30 pagi.





Sebelum pulang Faizal mencadangkan kami mencuba air jagung yang popular di Baling. Air jagung BADD CORN dijual sekitar Bandar Kupang secara bergerak, pagi di hadapan market, pada waktu tengahari di hadapan Sekolah Arab manakala di sebelah petang di Padang Awam Kupang. Nasib kami kurang baik kerana semasa kami tiba, air jagung BADD CORN telah habis dijual. Mungkin lain kali ada rezeki.


Walaupun pendakian ke Gunung Pulai agak sukar kerana jalur yang tegak sekitar 80 darjah, jujur saya akui, saya suka Gunung Pulai. Gunung yang berdiri dengan kelasnya yang tersendiri. Terima kasih Allah.

Nota:
1- Pendakian ke Gunung Pulai memerlukan permit dari Jabatan Bomba Baling.
2- Contact guide, Faizal +60174853778
3- Pakir kereta percuma.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/01/gunung-pulai-baling-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Baling Ditahan Sprm Selepas Tiba Tiba Muncul

Ahli Parlimen Baling Ditahan Sprm Selepas Tiba Tiba Muncul

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 439 hits
Nur Hasliza Mohd Salleh PUTRAJAYA Bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan selepas tiba tiba muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia petang tadi Ahli Parlimen Baling itu memasuki ba...
Pesawat Ditunda 2 Jam Penumpang Baling Duit Syiling Dalam Enjin

Pesawat Ditunda 2 Jam Penumpang Baling Duit Syiling Dalam Enjin

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 316 hits
The ReporterPenerbangan pesawat China Eastern Airlines dari bandar Anhui ke Shanghai terpaksa ditunda hampir dua jam pada Selasa lalu selepas kakitangannya menemui bukti bahawa salah seorang penumpangnya cuba membaling duit syiling ke dalam...
Lima Perkara Tentang Aidil Sharin Yang Penyokong Kedah Perlu Tahu

Lima Perkara Tentang Aidil Sharin Yang Penyokong Kedah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 490 hits
Aidil Sharin Sahak adalah jurulatih baru Persatuan Bola Sepak Kedah dan mula diikuti oleh para penyokong Helang Merah salah seorangnya Master Untunglah Four Four Two ada siarkan artikel umum mengenai jurulatih Kedah ini dan Aidil Sharin Sah...
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 77

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 77

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1469 hits
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 77 DAULAT TUANKU Merafak Sembah serta Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum ...
Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim

Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 294 hits
Faisal Asyraf Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144 6 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Beliau dihada...
Pertumbuhan Anak Gunung Krakatau Dari Lahir Tahun 1927 Sampai Sekarang Hilang Dua Pertiganya

Pertumbuhan Anak Gunung Krakatau Dari Lahir Tahun 1927 Sampai Sekarang Hilang Dua Pertiganya

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 352 hits
Awalnya malah cuma 9 meter lo lalu tumbuh jadi 338 meter dan sekarang hilang 2 3 bagiannya
Cuaca Buruk Jadi Kendala Pencarian Pendaki Yang Hilang Di Gunung Lawu

Cuaca Buruk Jadi Kendala Pencarian Pendaki Yang Hilang Di Gunung Lawu

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 245 hits
Meskipun terhalang hujan dan kabur lanjut Yohan upaya pencarian tetap akan dilakukan dengan berhati hati sambil menunggu kondisi cuaca membaik
4 Fakta Terbaru Potensi Tsunami Susulan Setelah Ditemukannya Retakan Baru Gunung Anak Krakatau

4 Fakta Terbaru Potensi Tsunami Susulan Setelah Ditemukannya Retakan Baru Gunung Anak Krakatau

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 292 hits
Masyarakat diimbau untuk waspada terkait adanya potenis tsunami susulan setelah di temukannya retakan baru di Gunung Anak Krakatau Selain hal tersebut Pusat Hidrografi dan Oseanografi TNI Angkatan Laut menemukan pendangkalan dasar laut dan ...
Indonesia Dilanda Puting Beliung Seminggu Selepas Letupan Gunung Berapi Dan Tsunami

Indonesia Dilanda Puting Beliung Seminggu Selepas Letupan Gunung Berapi Dan Tsunami

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 356 hits
Rasanya baharu sahaja dunia dikejutkan dengan kejadian tsunami yang membadai di Selat Sunda di Indonesia yang mengorbankan 430 orang pada 22 Disember lalu Tsunami berkenaan dilaporkan tercetus berikutan dengan letusan gunung berapi Anak Kra...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah