Guna Epilator Lebih Mudah Berbanding Bercukur Mencabut Atau Waxing
Pengaruh rakan blogger ni bahaya betul. Jangan ditunjuk nanti terpengaruh. Gara-gara entry epilator nadiajamhari lah saya terbeli jugak epilator yang sama cuma jenama berbeza. Membelek kat shopee banyak betul device yang sama, jenama ada macam-macam.
Sampai tak tahulah nak memilih yang mana satu best epilator. Sudahnya saya pilih model Daling. Disebabkan nak cuba dulu, saya survey mana-mana yang okay dengan bajet.
Epilator, cara lain selain bercukur, mencabut atau waxingSejenis alat pencabut bulu yang terdiri daripada deretan pinset (tweezer) pada sebuah roda berputar. Roda pinset akan berputar dan lampu epilator automatik menyala, pinset-pinset tersebut akan 'buka-tutup' sama seperti kita menggunakan pinset.
Bercukur memang mudah tapi saya tak memilih cara bercukur sebab risau luka terkena pisau dan bulu cepat tumbuh. Kadang kala ada menyebabkan kegatalan.
Mencabut, satu proses yang lama dan menyakitkan juga. Tapi beauty is pain kannn. Tahan je lah cuma ada masa tak ada masa je lah
Waxing saya pernah cuba juga guna wawawax. Memang berkesan tanggalkan bulu. Dia tarik sampai ke akar. Tapi hazab lah sikit tahan sakit masa nak tarik kain yang melekat tu. Ambil masa yang lama jugak lah proses tu.
Pernah juga gunakan jenis krim dan spatula tapi lecur kulit kaki. Aduhaiiii..merana tahan sakit. Tak pasal berbekas!
Jadi, cara lain yang lebih murah baiklah guna epilator. Sangat sangat berkesan, mudah dan jimat masa.
Package include1 x Cleaning brush1 x Manual user1 x Epilator1 x USB wire chargerManual dia ada pada bahagian bawah. Lupa pulak nak keluarkan. Mudah nak ikut cara penggunaanya pun
Specification :Model : Daling (DL-6003)
Charging time : 8 hours
Full charge shaving time : 40 minutes
Input: DC5V 1A
Voltage : 110 - 220V 50/60Hz 3W
Power supply : battery or USB charge
Material : ABS
Color : White + pink
Weight : 275g
Size : 11cm x 7cm x 3.5cm
Light : Yes
Inilah dia rupa pinset (tweezers) dan rotating head. Bila berpusing dia akan kepit bulu dan tanggalkan. Kurang sikit rasa seram bukan macam pisau pencukur tajam. Tapi yang seram sikit bunyinya kuat sikit. Tapi masih boleh tolerate lagi lah
Memang puas hati guna epilator ni. Sakit sekejap je. Yang penting puas hati guna
Tips penggunaan EpilatorGunakan dengan melawan arah tumbuhnya rambutTarik sedikit kulit untuk membantu proses pencabutan lebih mudah dan berkesan.Bilas dengan air dan bersihkan epilator sebelum digunakan untuk mengelakkan infeksi.Kebaikan epilatorMenjimatkan masa untuk membuang bulu bulu Menjimatkan duit juga, hanya perlu beli sekali dan boleh digunakan selagi mana berfungsi dengan baik tanpa perlu menggantikan pinsetnya.Bulu dicabut sampai ke akar dan lambat nak tumbuh baru.
Keburukan epilatorAkan merasa sakit sikit pertama kali menggunakannya. Sakit terasa bila bulu dicabut. Bila dah terbiasa mungkin kurang rasa sakitnya.Menyebabkan iritasi kulit merah merah selepas bulu dicabut. Kesan ni sementara je. Kena sapu pelembap selepas itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/01/guna-epilator-lebih-mudah-berbanding.html