Ikan Selar Sambal Berlado Mudah Dan Sedap
Sebenarnya saya baru perasan yang saya tidak banyak pos dan update entri baru di blog kebelakangan ini. Pertamanya kerana pada awal tahun lepas, saya mengalami anxiety apabila kes covid naik mendadak. Alhamdulillah kerana telah diberi kesembuhan.
Keduanya, saya kadang kadang kurang motivasi apabila melihat setiap kali saya update entri baru, tidak ramai yang melihatnya walaupun jumlah pengunjung ke blog saya pada hari tersebut adalah tinggi.
Jawapannya ialah kerana mereka tidak follow blog saya. Mereka tidak masuk ke blog saya kerana mendapat notifikasi entri baru. Sebaliknya mereka google sahaja resipi yang mereka cari yang membawa ke blog saya.
Hmm saya telah mencuba pelbagai cara supaya mereka klik FOLLOW BLOG tapi masih ramai tidak sudi berbuat demikian. Jadi saya redha sahaja. Kalau anda yang membaca entri ini belum klik follow, jom lah follow kerana saya akan cuba update banyak resipi sehingga ke bulan Ramadhan nanti.
Saya merindui saat ramai follower setia yang sentiasa mengambil berat. Bila lama saya tak update blog, mereka akan email menanyakan sebabnya. Walhalnya ketika itu, saya sedang mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Serious saya merindui detik dan saat itu. Follower saya yang menceriakan hidup saya. OK sekarang kita masuk lah sedikit bab perngisian minda supaya kita mendapat manafaatnya.
Topik kali ini ialah berkenaan tanggungjawab menjada ibubapa. Menjaga ibubapa uzur bukan tanggungjawab anak lelaki atau anak perempuan. Al Quran menyebut hendaklah melakukan ehsan pada kedua ibubapa kamu. Yang fiqh kena jaga adalah anak lelaki.
Apa itu ehsan? Ianya adalah tidak mengira anak lelaki atau perempuan patut berebut untuk melakukan kebaikan pada ibubapa. Bukan taat tapi buat dengan ehsan penuh iaitu dengan seronok dan penuh kasih sayang dengan mengharap balasan pahala yang besar.
Jangan berbalah siapa berhak jaga kerana ianya adalah peluang untuk kita berbakti dan mengaut sebanyaknya pahala. Rasulullah pernah bersabda dengan ucapan celaka mereka ada ibubapa tapi tak berbakti. Ibubapa tak pernah tengok anak lelaki atau anak perempuan.
Resipi hari ini adalah ikan selar sambal berlado. Ikan selar adalah antara ikan kegemaran saya terutama jika ikan digoreng garam kunyit garing garing. Makan meratah begitu pun sedap. Saya suka isi ikan yang kental dan garing.
Saya juga suka masak berlado yang sangat versatile, bukan sahaja sedap untuk ikan tapi juga ayam, udang, sotong dan semua lauk lain termasuk telur. Pendek kata, satu sambal boleh digunakan untuk banyak jenis lauk. Kan senang begini, jimat masa. Masak banyak banyak dan simpan dalam peti ais.
OK kepada yang belum tengok video nya di Azie Kitchen Youtube Channel boleh tengok videonya di bawah ini.
Jom salin resipi dan cara penyediaannya di sini. Jangna lupa untuk klik follow blog dan subscribe di blog saya tau. Selamat mencuba semua....
Ikan Selar Sambal BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 ekor ikan selar - lumur garam dan serbuk kunyit½ cawan minyak masak1 sudu besar gula½ sudu besar garam
Bahan kisar:½ biji buah tomato4 biji bawang merah4 ulas bawang putih5-6 tangkai cili padi merah dan hijau2 biji cili merah
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak. Angkat dan tos.
Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata dan bolehlah tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/01/ikan-selar-sambal-berlado-mudah-dan.html