Gps Lebih Baik Pas Sarawak Jawab Sindiran Dap
    FMT Reporters

Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin. (Gambar Facebook) KUCHING: Seorang pemimpin PAS negeri berkata, Gabungan Parti Sarawak  (GPS), yang baru-baru ini didakwa merupakan anggota ke-3 ‘gabungan  cemar’ antara Umno dan PAS oleh Pakatan Harapan (PH) Sarawak, adalah  lebih baik daripada DAP.
 Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin berkata, DAP dan PH  tidak memenuhi harapan rakyat maupun menunaikan janji yang dibuat dalam  manifesto pilihan raya mereka.
 Zharudin memberi respons terhadap kenyataan Pengerusi PH Sarawak  Chong Chieng Jen semalam bahawa gabungan PAS-Umno merupakan ancaman  kepada kerajaan PH dan terdapat anggota ke-3 yang “bersembunyi di  sebalik gabungan cemar itu”.
 Beliau menamakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang  merupakan sebahagian daripada GPS, sebagai anggota ke-3 itu, dan  berikrar untuk menumbangkannya dalam pilihan raya negeri akan datang.
Zharudin berkata, rakyat Sarawak tidak harus tertipu dengan kenyataan  itu, selain menambah bahawa Chong membangkitkan isu kerjasaman PAS-Umno  kerana “ketiadaan isu” dan juga untuk kepentingan politiknya sendiri.
 “Antara perubahan besar yang diharapkan oleh rakyat Sarawak selepas  pilihan raya umum ke-14 ialah pemulangan bayaran royalti minyak dan gas  sebanyak 20%, tetapi kerajaan PH gagal menunaikan janjinya,” katanya  dalam satu kenyataan hari ini.
 Beliau berkata, rakyat Sarawak juga bimbang nasib mereka akan menjadi lebih buruk sekiranya kerajaan PH memerintah negeri itu.
 “Sebagai contoh, banyak projek yang sepatutya berada di bawah  kerajaan persekutuan, telah dilaksanakan oleh kerajaan GPS,” katanya.
 Zharudin berkata, kerajaan persekutuan, melalui menteri kewangan,  yang juga merupakan setiausaha agung DAP, menolak perlaksanaan cukai  jualan 5% ke atas produk petroleum.
 “Cukai itu perlu untuk kebaikan rakyat Sarawak. Jadi bagaimana kita boleh mempercayai DAP untuk mentadbir negeri kita?
 “Rakyat Sarawak sedar bahawa DAP fokus untuk membantu komuniti Cina  dan tidak peduli tentang keperluan komuniti pribumi di negeri ini,”  katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/gps-lebih-baik-pas-sarawak-jawab.html