Kenapa Dap Panas Umno Dan Pas Bersama




Mengapa DAP yang berasa panas
Tidak ada orang politik yang paling ‘terkesan, khuatir dan gementar dengan kerjasama UMNO dan Pas selain seorang yang bernama Lim Kit Siang.
Kekhuatiran Kit Siang cukup jelas apabila menulis artikel panjang mengecam kedua-dua pimpinan, Presiden UMNO dan Pas.
Artikel di dalam Malaysiakini bertajuk ‘Thanks Again, Zahid, for the latest explanation on klepto-theocracy’ itu gambaran kegelisahan Kit Siang dengan menggelar kerjasama UMNO-Pas dengan jenama yang cukup kasar.
Saya fikir, setelah menjadi kerajaan; dan begitu ramai ‘komrad’ mereka yang bergelar Menteri – Kit Siang dan DAP akan berubah dan menjadi lebih beradab. Rupanya tidak. Kit Siang dan komrad DAP tidak akan pernah berubah.
Kit Siang membangkitkan lagi soal penolakan ICERD. Jiwa politik DAP masih geram dan gelora dengan tindakan pembatalan ICERD.
Dalam bahasa halus, Kit Siang menganggap tindakan Tun Mahathir membatalkan ratifikasi, berasaskan penolakan majlis raja-raja, dan “suara keramat” majoriti Melayu/Islam, satu dosa politik yang besar kepada DAP!
Inilah wajah dan watak DAP sebenar. Selagi mereka tidak punya semua; selagi itulah mereka bersuara keras – walau terpaksa menentang ‘asas Perlembagaan’ yang membentuk negara bertuah ini.
DAP boleh memberi gelar apapun jua kepada UMNO dan Pas – tetapi selagi majoriti rakyat menganggapnya sebagai ‘hikmah politik’ terbaik pasca PRU14, DAP sudah perlu menerima hakikat itu.
Saya ingin memberi ingatan kepada Kit Siang dan DAP agar jangan terlalu celupar menghina kerjasama UMNO dan Pas. Kerjasama ini kerjasama ‘politik’; dan DAP perlu bersikap anak jantan dan berdepan dengannya dalam kerangka politik. Jangan membawa agama Islam di dalam ruang perdebatan.
Orang Melayu dan umat Islam sedar bahawa DAP sedang menikmati ‘laba politik’ paling mewah dalam sejarah politiknya. Kerjasama UMNO-Pas ini mampu merubah suasana politik. Kalaupun berubah, ia sebagai ‘respon’ kepada kesombongan dan keangkuhan politik mutakhir ini.
Kit Siang terus naik hantu dan cukup hangus hati kerana projek besar ICERD dan Statut Rom GAGAL direalisasikan. Ini pra-syarat dan tiang seri ‘Malaysia Baharu’ – dan ia runtuh sebelum mampu terpacak kemas. UMNO dan Pas dikenalpasti sebagai punca.
Kit Siang dan DAP perlu membawa perangai politik lebih beradab dan tertib. Tinggalkan budaya politik zaman gelap; ke suatu era yang lebih menghormati teras Perlembagaan. Berdepan kerjasama UMNO-Pas dalam parameter politik! Bukan semahunya menghina Islam dan memberi jenama buruk seperti taliban dan teokrasi.
Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/26/kenapa-dap-panas-umno-dan-pas-bersama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 361 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Matikah Momok Dap Di Hujung Keris Umno Pas

Matikah Momok Dap Di Hujung Keris Umno Pas

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 300 hits
Akhirnya UMNO dan PAS mencapai kata sepakat untuk bekerjasama atau bertaawun antara satu sama lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air Menurut kenyataan media yang dikeluarkan secara bersama oleh kedua dua parti UMNO da...
Umno Pas Sepakat Tutup Pintu Buat Parti Berkawan Dap

Umno Pas Sepakat Tutup Pintu Buat Parti Berkawan Dap

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 285 hits
Diterbitkan Hari ini 7 47 malam Umno dan PAS bakal menandatangani piagam bersama sebagai usaha menjadikan kerjasama di antara kedua dua parti terbabit berlangsung secara rasmi tidak lama lagi Melalui piagam tersebut kata Presiden Umno Dr Ah...
Mt Umno Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan Pas Tolak 100 Peratus Dap Zahid

Mt Umno Terima Sebulat Suara Piagam Kerjasama Politik Dengan Pas Tolak 100 Peratus Dap Zahid

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 352 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Umno Pas Saling Ada Kelebihan Untuk Dipelajari

Umno Pas Saling Ada Kelebihan Untuk Dipelajari

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 295 hits
KOTA BHARU 20 Julai Daya tahan luar biasa Pas yang mampu bertahan selama lebih 60 tahun memainkan peranan sebagai pembangkang di peringkat nasional dalam keadaan serba kekurangan termasuk sumber kewangan terhad menjadi antara kelebihan part...
Mukhriz Sindir Umno Sudah Pandai Kutip Derma Macam Pas

Mukhriz Sindir Umno Sudah Pandai Kutip Derma Macam Pas

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 232 hits
DATUK Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan langkah UMNO melancarkan mengumpul dana sebagai persiapan Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai cubaan untuk memenangi hati rakyat Timbalan Presiden PPBM itu berkata tindakan UMNO itu juga cuba memberi gamb...
Menang Di Sarawak Atau Hadapi Kemaraan Umno Pas

Menang Di Sarawak Atau Hadapi Kemaraan Umno Pas

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 285 hits
Menang di Sarawak atau hadapi kemaraan Umno PasPosted By on July 29 2019Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen memberitahu penyokong PH di majlis malam Harapan Sarawak Baru di Kuching malam ini bahawa pakatan harus menang Piliha...
Tiada Keputusan Pengagihan Kerusi Antara Umno Dan Pas

Tiada Keputusan Pengagihan Kerusi Antara Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 218 hits
KENYATAAN MEDIA Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu Semua ini adalah usaha untuk memecah belahkan muafakat UMNO PAS yang sedang terjalin baik dan Piag...
Ramai Melayu Akan Masuk Pan Jika Pas Dan Umno Terus Berkerjasama

Ramai Melayu Akan Masuk Pan Jika Pas Dan Umno Terus Berkerjasama

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 410 hits
Parti Amanah Negara menyifatkan penyatuan antara Pas dan UMNO menguntungkan Pakatan Harapan apabila ramai dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi yang dipercayai kecewa dengan kerjasama berkenaan beralih arah Presidennya Mohamad Sabu ber...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia