Government S Losing Concern Atau Glc


 Sila baca komen saya pada penghujungnya.
 
*Losing concern meaning can lose the elections for the government.
Yesterday there were two different articles that went viral. One published at Free Malaysia Today and another old one (from May 2020) that was published at The Malaysian Insight. Here they are - I have truncated both.
1.  Sila klik di sini: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/246155



Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskin | The Malaysian Insight
Oleh Megat Shahrizal Amir

KITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat, dan mencuri wang negara. Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaimana ramai ahli Parlimen yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah dilantik sebagai menteri mahupun sebagai pengerusi syarikat kerajaan. Mereka ini dapat diibaratkan seperti ular sawa menjaga reban ayam.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa terdapat juga CEO GLC yang mengambil kesempatan di atas keringat rakyat. Mereka tanpa segan silu tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat yang makin ditindih kesempitan.

Mereka ini bagaikan dewa-dewa di kayangan yang tidak mengendahkan nasib anak bangsa.

Semua maklumat yang saya kupas di bawah adalah dalam pengetahuan umum, dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan syarikat berkenaan. Rakyat boleh semak penyata berkenaan.

Biar saya berikan contoh.

Pada tahun 2018 selepas PRU14, ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang baharu terpaksa berhempas pulas membawa institusi keramat itu ke landasan yang betul. Institusi itu telah dirompak berkali-kali ketika zaman BN, kerugiannya berbilion ringgit.

Beberapa laporan kepada pihak polis dan SPRM juga sudah dibuat, hanya menunggu perbicaraan di mahkamah.

Akibat kerakusan perompak ketika itu, rakyat terpaksa menerima padah. Hasilnya, hibah untuk pencarum Tabung Haji untuk tahun 2018 hanyalah 1.25%, yakni terburuk dalam sejarah negara.

Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban dan semuanya terpaksa “bail-out” Tabung Haji sebanyak RM19 bilion.

Tetapi, pada masa yang sama, gaji CEO anak syarikat Tabung Haji tidak terjejas, tidak sejajar dengan apa yang berlaku. Malah, CEO makin tamak dan rakus terutamanya syarikat milik Tabung Haji seperti Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, dan Bank Islam Holdings Berhad.

Ketika seorang mak cik di kampung mendapat hibah 1.25% dan terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk menabung RM10,000 untuk menunaikan haji, pendapatan CEO syarikat Takaful Malaysia iaitu Mohamed Hassan Kamil adalah bersamaan dengan RM903,000 sebulan ataupun RM10.84 juta setahun.

Kegilaan apakah ini? Bertahun-tahun beliau menerima imbuhan tak masuk akal ini?

Yang lebih menjijikkan, pendapatan beliau pada 2019 naik hampir 17%, menjadikan purata pendapatan bulanan beliau tahun lepas adalah RM1.05 juta SEBULAN!

Ini menyamai pendapatan bersamaan RM30,000 sehari, manakala majoriti simpanan penabung haji yang menabung berpuluh tahun tidak pun sampai RM700! Gaji CEO ini untuk satu hari adalah bersamaan dengan tabungan seumur hidup penabung.

Kenapa ini dibiarkan berlaku?

Mari kita lihat pula sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji iaitu BIMB Holdings Berhad. CEOnya adalah Mohd Muazzam Mohamed. Berapakah pendapatan beliau pada 2018 ketika Tabung Haji membayar 1.25% hibah kepada orang Melayu yang miskin? RM3.12 juta setahun.

Naik 2.7 kali ganda dari pendapatan beliau pada tahun 2017 iaitu RM855,000. Ketika Tabung Haji sudah hampir runtuh, CEO anak syarikat mendapat kenaikan gaji berganda-ganda!

Mereka ini mendapat gaji hasil dari titik peluh nelayan petani pesawah yang bersusah payah menyimpan sikit demi sedikit untuk menunaikah haji.

Harus diingatkan, untung Tabung Haji pada 2018 jatuh 50% dari tahun sebelumnya, namun mereka ini tanpa segan silu masih menerima gaji yang amat tinggi. Adakah masuk akal pendapatan RM900,000 sebulan! Tidak bukan?

Tidakkah ini satu yang sepatutnya memalukan?

Kenapakah pihak ahli Lembaga Pengarah tidak bersuara? Melihat kepada laporan tahun BIMB, jawapannya jelas: mereka juga mendapat habuan yang menggiurkan.

Jumlah imbuhan untuk ahli lembaga pengarah di Syarikat Takaful adalah hampir RM1.5 juta, manakala untuk BIMB Holdings mendapat RM4.1 juta.

Pengerusi BIMB Holdings mendapat RM375,000, manakala ahli Lembaga Pengarah yang lain masing-masing mendapat di antara RM375,000 hingga RM768,000 setahun. Mereka bersuka ria dengan habuan yang tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya untuk menaikkan hibah untuk makcik penoreh getah, pakcik pesawah padi yang begitu ciput sekali? Arghhh, persetankan! Yang penting aku sebagai CEO dapat habuan hampir RM1 juta sebulan.

Inilah barah yang sedang meresapi tubuh ahli profesional Melayu di GLC. Rata-rata mereka ini kluster di kayangan.

Lihat pula anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Majoriti penyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM1,000 tetapi CEO anak syarikat mendapat habuan yang melampau. Contohnya, CEO Maybank, milik PNB.

CEO Maybank adalah Farid Alias, yakni CEO sejak 2013. Beliau ini juga adalah pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa faedah ketika monotarium harus dikenakan. Pendapatan beliau tahun 2019? Hampir RM7.6 juta setahun ataupun RM630,000 sebulan!

Majoriti penyimpan di ASB hanya ada RM1,000 dalam simpanan, bermakna mereka harus menyimpan RM1,000 setahun selama 630 tahun baru bersamaan dengan gaji beliau sebulan.

Bagaimana pula dengan syarikat Sime Darby milik PNB? Laporan tahunan Sime Darby Plantation (SDP) ada menunjukkan imbuhan kepada CEOnya iaitu Mohd Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB, yang baru mendapat habuan menjadi Pengerusi Telekom.

Ketika beliau menjawat kedudukan sebagai CEO di Sime Darby Plantations (SDP) pendapatan tahunan beliau hampir RM8 juta setahun. Pendapatan beliau selama menjadi CEO di situ dari tahun 2011 hingga 2017 adalah RM64 juta!

Yang menghairankan, ketika beliau menjadi CEO pada 2011, simpanan tunai di SDP adalah hampir RM5 bilion, tetapi ia merosot kepada 500 juta pada 2018, manakala hutang naik kepada RM15 bilion!

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan? Tidakkah ini namanya tamak? Harus diingatkan, dividen ASB pada tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah. Adakah CEO ini semua peduli? Argghh, persetankan saja.

Syarikat milik kerajaan iaitu Khazanah Nasional juga sama. Dua kali lima. CEO anak syarikat mereka mendapat habuan melimpah ruah. Akhbar The Star pernah melaporkan bahawa pada 2018, pendapatan CEO syarikat IHH Berhad adalah RM33 juta setahun!

Kegilaan apakah ini? Yang menariknya, CEO itu adalah warganegara Singapura. Harus diingatkan juga, Khazanah melaporkan kerugian RM6.27 bilion pada 2018. Adakah CEO peduli? Argghh, persetankan sekali lagi!

Salah sebuah syarikat milik Khazanah ialah CIMB Bank. CEO pada tahun 2018 tidak lain dan tidak bukan adalah Menteri Kewangan kerajaan Perikatan Nasional iaitu Tengku Zafrul Aziz.

Beliau bangga berkata di stesen TV Astro Awani bahawa Mak Cik Kiah tidak perlu membayar faedah (selepas itu beliau u-turn dan menyalahkan Bank Negara Malaysia).

Pendapatan beliau pada tahun 2018 adalah RM8.6 juta setahun ataupun RM717,000 sebulan.

Adakah mereka ini faham apa yang dihadapi oleh rakyat marhaen seperti Mak Cik Kiah?

Apabila kita meneliti laporan tahunan yang lain, jelas yang kaya terus kaya atas keringat rakyat. Pendapatan CEO Khazanah sebelum ini dikatakan hampir RM650,000 sebulan.

Pendapatan CEO syarikat milik Khazanah juga mengila, CEO Axiata Berhad mendapat hampir RM 7 juta setahun, sedangkan pada tahun yang sama Axiata Berhad melaporkan kerugian RM7.64 bilion.

Ramai lagi CEO yang rata-rata orang Melayu tidak mahu berkongsi kesusahan rakyat. Tiada seorang pun yang menawarkan potongan gaji mereka.

Ketika pekerja hilang mata pencarian, bergelut mencari nasi dan susu untuk keluarga, dan wang simpanan makin susut, CEO KWSP masih boleh senyum gembira setiap hujung bulan.

Berdasarkan laporan tahunan KWSP terkini, gaji CEO dan timbalannya mencecah RM6.1 juta tahun lepas, ataupun purata hampir RM130,000 seorang ataupun RM4,300 sehari.

Bandingkan gaji mereka dengan fakta bahawa 1 dalam 5 penabung di KWSP mempunyai simpanan untuk hari tua hanya RM7,000 sahaja!

Ketika harga minyak jatuh dan keuntungan Petronas makin turun, pihak atasan di Petronas masih di kayangan. Gaji CEO Petronas juta hampir RM8 juta, malah dengan imbuhan yang menarik.

Pernah dilaporkan bahawa antara imbuhan CEO adalah Petronas membayar setiap tahun kos percutian CEO dan keluarga ke mana sahaja di dalam dunia sebanyak RM300,000 setahun. Wow!

Ini berbeza dengan 10 tahun yang lalu. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia pada Oktober 2004, bekas presiden Petronas berkata ketika zaman beliau, elaun ahli lembaga pengarah RM3,000 sebulan. Kini dikatakan keseluruhan secara purata mencecah RM40,000 sebulan!

Sebagai perbandingan, gaji CEO bank terbesar dunia iaitu Industrial and Commercial Bank of China Ltd (ICBC) hanyalah RM380,000 setahun, ataupun RM32,500 sebulan! Bandingkan dengan CEO Maybank, CIMB, Bank Islam dan yang lain.

Syarikat GLC Malaysia jauh lebih kecil dari ICBC, tetapi anehnya gaji mereka jauh lebih tinggi. Hairan bin ajaib.

Tiada seorang pun antara mereka yang dengan sukarela memotong gaji. Tidak ada langsung sifat menolong yang susah. Inikah sifat orang Islam?

Ada yang berkata, usahlah dengki. Mereka ini layak. Mereka ini Melayu Islam. Kau rakyat apa tahu?

Kalau kau tiada wang, pergi saja pajak gadai. Alhamdulilah, walaupun rakyat berbaris panjang berjela memajak emas perak untuk membeli makanan untuk anak isteri, menteri berkata ini benda positif kerana orang Islam celik fasal kewangan Islam. Aduh, beginikah, tuan mufti?

Difahamkan Dr Mahathir memotong elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan-badan berkanun pada hujung 2019, dan CEO GLC yang dilantik oleh Lim Guan Eng ketika itu menerima gaji dan imbuhan yang lebih kecil dari apa yang mantan-mantan CEO terdahulu terima.

Namun, usaha Kementerian Kewangan untuk memotong gaji dan elaun pengerusi, ahli lembaga pengarah dan CEO di GLC menerima tentangan hebat dari mereka yang dilantik oleh rejim Najib, terutamanya GLC yang tersenarai di Bursa Saham.

Mereka mahu imbuhan yang lebih besar. Jika dipotong, bagaimana mahu ke London ketika musim sejuk nanti? Mana ada “kelas” bercuti di Malaysia tanpa salji?

Ya, aku CEO, aku “chairman”, maka aku hebat.

Amat jijik apabila mendengar mereka ini bertempik bahawa mereka berkhidmat bersama GLC kerana niat murni “national service”, tetapi tidak mahu gaji dan imbuhan dipotong langsung. Hipokrit, bukan? Cakap tak serupa bikin.

Kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kesemua mereka ini haruslah diberi gaji yang lebih kecil, dan simpanan dari pengurangan gaji mereka boleh disalurkan kepada anggota polis, tentera, bomba, jururawat dan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan negara. Ini lebih baik.

Tetapi rakyat usah berhajat tinggi, sekarang ini, apabila ahli politik menjadi pengerusi lantikan dan menteri kewangan seperti lebih menjaga bank, usah mimpi gaji mereka ini semua akan dipotong.

Nasib kau lah rakyat sekalian. – 16 Mei, 2020.

* Megat Shahrizal Amir adalah pembaca The Malaysian Insight.



2. Sila klik sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/04/24/something-rotten-in-the-state-of-our-glcs/


Last week’s piece by my fellow columnist, Adzhar Ibrahim, “Glitter and fake glory in the GLC protection racket” (FMT, April 17) opened many cans of worms that have long existed in government-owned companies.

The government is guilty on two fronts:

    wasting off-budget expenditures, amounting to billions of ringgit, by allowing non-competent civil servants and a select few to run their businesses,
    not taking any concrete steps to rectify the situation after the events or financial exposure.

The issue of whether the government should be in business or running a business in the first place and making business decisions is not a new one.

Often justified on the pretext of assisting Bumiputeras in business, the argument is becoming weak and has gone far off tangent.

Bona fide entrepreneurs, Bumiputera or otherwise, are not given the chance to participate, unless they are within the elite inner circle of the political party in power.

However, after the exposures about 1MDB, in Malaysian and US courts, the public is much wiser after the event. I am not sure if that can be said of the government though.

Court proceedings show they are very much aware that the involvement of these incompetent managers, directors and the former finance minister, have led to massive losses on the part of the government.

The key question to ask is this:

What has the government of today done to prevent any more failures, mismanagement, fraudulent practices and embezzlement of public funds that have been proven in the courts of law?

1MDB and other scandals

No doubt, the pinnacle of embezzlement is represented by 1MDB and its subsidiary companies. But similar acts to defraud, to deceive and to siphon out the government funds, are found in many other GLCs, too.

Shouldn’t the government of the day, therefore, take the required steps to prevent them from happening again?

Are there any new legislation or regulations adopted as a matter of strategy and urgency to tighten business protocols?

Shouldn’t the government, as majority shareholders in these companies, take a major part of the blame, for not being competent enough to manage them and not preventing fraudulent acts from being repeated?

I think many readers would agree with me that it is rather pointless for the leader of the opposition, Anwar Ibrahim, to engage former finance minister Najib Razak, in a debate on what, when and how it went wrong with certain GLCs.

For instance, we are fully aware that despite being owned by the finance ministry, Khazanah or Permodalan Nasional Berhad, many GLCs are embroiled in financial scandals and have incurred big losses in their so-called investments.

What we are not certain is whether those investments were genuine and above board or if they were simply cooked-up schemes or well thought out scams by professionals.

Exposing financial losses through a public debate is of no help or of any benefit to anyone.

The government should take stern action by mounting forensic audits and detailed investigations into some of their loss-making ventures or ‘fake’ investments. Those found responsible should be charged. Let the law take its course and punish the guilty ones.

Questions of competence

The government should rectify all their past mistakes and take preventive measures.

Intricately linked to this old issue of competency is the question about a selective group of civil servants being tasked to manage government-owned business organisations, especially those under the umbrella of Khazanah, Permodalan National Berhad and Minister of Finance Incorporated.

The big question is; since when have our civil servants been trained to manage commercial organisations? They have been tasked to do a double act, as a regulator and a business expert to make commercial decisions and on how to run their businesses.

There is a long list of commercial organisations owned by the government that are engaged in running businesses.

Examples includes Malaysia Airports, KTMB, Prasarana, MRT Corp, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines, Bintulu Port Holdings, UDA Holdings, several banks and many more.

Equally at fault, is the poor selection process of favouring a limited pool of managers that are known to the finance ministry or Prime Minister’s Office only, before they get selected and offered the high-ranking positions.

In the last few years, this decision has been made worse by the placement of politicians into the chairmanship of these corporations.

Square pegs in round holes

By right, these corporations should be engaging the best man to be at the top in order to drive the GLC forward or take it to the next level.

But Malaysia’s Bumiputera-first management approach is that we always try to put square pegs into round holes.

When wrong decisions are made, resulting in losses to business concerns, board members should be taken to task, made answerable, resign and charged.

But in Malaysia, any mess created by top-notch executives is swept under the carpet. Accountability is always in short supply, while transparency does not exist.

How much more must the country lose before steps are taken to stop all this nonsense? The 1MDB scandal has demonstrated that such practices have been rampant in GLCs for many decades, especially within those firms that were linked to certain politicians.

A complete revamp is long overdue. Quangos such as Khazanah, Petronas, PNB, EPF, Felda, Boustead and Lembaga Tabung Haji should be restructured, their subsidiaries sold via open tenders and completely privatised.

There are no good reasons any more for the government to be running businesses, merely because politicians think of themselves first.

I am told that at a board meeting of a GLC, chaired by a politician, a discussion on the serving of “durian” crepes took longer and was more critical than examining a paper before the board.

Such is the state of our GLCs. It is rather sad, but that is how they cash in on the opportunity, especially in the current political climate and in the vacuum of uncertainty.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of FMT.  
My comments : 

Yang mula sekali, PM dan Menteri Kewangan serta Menteri yang jaga ekonomi semua tak perlu risau apa pun. PM hanya perlu jaga kawasan dia di Bera di Pahang. Menteri Kewangan tak ada kawasan Parlimen pun. Presiden perlu risau pengundi di Bagan Datoh sahaja. Klepto pula hanya perlu memikir orang Pekan. Tetapi pengundi di Bera, Bagan Datoh atau Pekan tak faham apa benda pun pasal GLC atau gaji CEO. Isu-isu hutang berbillion syarikat GLC, bail-out RM19 billion dsbnya tidak ada connection dengan kehidupan harian mereka. Orang kampong tak faham. So PM, Menteri dan YB lain tak perlu risau sangat pengundi akan jadi fed up, kerusi mereka selamat.

Isu GLC makin meruncing sejak zaman Badawi. Masa itulah timbul idea "feel good" dan "high income nation". Menteri (yang lama terlibat rasuah dan sekarang sedang di siasat oleh SPRM berkenaan duit 1MDB) telah cetuskan idea "high income nation". Cara dia senang saja. Pekerja GLC semua di naikkan gaji. Tiba-tiba bebudak angkat telefon di GLC boleh di bayar gaji RM3,000 sebulan. CEO GLC pula dibayar gaji juta-juta. Maka Menteri "happy happy" melaporkan kepada Pak Lah - 'now we have high income economy'. Pak Lah pun happy, sebelum sambung berdengkur lagi.
Menteri dunggu tahap bontot lembu itu berkata gaji CEO yang berjuta-juta itu padan dengan saiz aset (saiz syarikat) yang dibawah jagaannya. Jadi gaji pemandu bas mesti   lebih tinggi daripada gaji pemandu teksi sebab bas lagi besar dan berat daripada teksi. Gaji pemandu keretapi mesti lagi tinggi daripada pemandu bas sebab keretapi lagi besar dan berat daripada bas. Untung rugi, new wealth creation, menjana peluang pekerjaan baru - itu semua belakang kira. Not important.

In the real world, antara skill sets CEO yang sangat penting adalah CEO mesti pandai pinjam duit dan cari dana baru. Fund raising. CEO GLC pula hanya perlu angkat telefon dan minta duit daripada Menteri Kewangan. Itu saja. Atau keluarkan government guaranteed bonds. End of story.

Samada GLC untung atau rugi, apakah sumbangan baru GLC terhadap "new wealth creation" atau "menjana aktiviti ekonomi baru" atau "meningkatkan produktiviti negara" - itu semua belakang kira.  Kalau GLC rugi, apa susah sangat? GLC boleh pinjam duit (dengan dijamin oleh Kerajaan, serupa 1MDB) atau worse case scenario - Kerajaan boleh bailout GLC yang rugi teruk. Contohnya al kisah RM19 billion yang disebut di atas. Atau suntikan dana RM28 Billion yang telah dibagi kepada syarikat penerbangan kita. So what is the problem?
Zaman SEDC : Pada tahun 1970an dan 1980an adalah zaman SEDC ataupun PKEN. State Economic Development Corporation atau Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. PKEN bertanggungjawab majukan ekonomi Melayu/bumiputera. Semuanya bungkus (kecuali PKEN Johor). Masa itu (1980an) PM adalah Dr Mahathir juga. 
Zaman "billionaire segera Melayu" : Bila SEDC fail, Dr Mahathir cuba bangunkan BCIC (Bumiputera Commercial and Industrial Community) dengan mewujudkan "billionaire segera" di kalangan korporat Melayu. Maka terjadilah "billionaire segera Melayu" membuat jalan tol, buat projek rumah, jadi kepala monopoli, buat bangunan, buat air jamban, buat telefon, jaga kapalterbang, takeover kereta nasional,  buat kapal laut (yang tenggelam sebelum siap) dan banyak lagi. Akhir sekali bila tiba Asian Financial Crisis (1998 - 2002) kesemua "billionaire segera Melayu" ini pun bungkus. 
Zaman GLC : Lepas  "billionaire segera Melayu" semua bungkus, Penasihat dan Menteri zaman Pak Lah buat idea untuk kembangkan peranan GLC pula. Maka terjadilah al kisah GLC yang tersebut oleh kedua penulis di atas.
Apakah penyelesaiannya? Saya ada cadangan lain. Cadangan saya 100% workable. Tetapi saya akan menulisnya pada hari lain lah. Letih.

Akhir sekali orang Melayu yang kena celik dulu. Orang Melayu yang perlu faham SEMUA JENIS DASAR EKONOMI ADVENTURISM INI (aka hentam keromo, aka membabi buta, aka shooting in the dark aka 'lets try our luck') semuanya akan fail.
Percayalah - semua dasar-dasar ini telah pun fail dan akan terus fail. Fail maksudnya gagal. 
Akan bersambung lagi.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/governments-losing-concern-atau-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Menteri Rakyat Ndak Kau Halang Terus Bukan Berkurang Tak Pandai Buat Kerja Atau Lena

Wahai Menteri Rakyat Ndak Kau Halang Terus Bukan Berkurang Tak Pandai Buat Kerja Atau Lena

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 144 hits
Masalah kenderaan asing beli petrol RON95 kini berkurang kata menteri April 19 2022 Sejak 1 Ogos 2010 kenderaan berdaftar asing dibenarkan membeli hanya petrol RON97 sahaja di negara ini LABUAN Masalah kenderaan berdaftar asing mengisi petr...
Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 187 hits
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6 000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dalam kejadian lima tahun lalu Sam Ke...
Siapa Yang Berkuasa Kerajaan Atau Persatuan

Siapa Yang Berkuasa Kerajaan Atau Persatuan

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 245 hits
Henti biayai SJKC tidak patuh dasarBERITA yang tular mengenai pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Chee Segambut yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak memenuhi syarat pematuhan ...
Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 194 hits
NAK TAU KATEGORI PROSPEK ATAU PELANGGAN DALAM BISNES KORANG MEH BACA PERKONGSIAN MENARIK NI Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes tak kiralah bisnes offline atau online Tapi rasanya kalau cikla tanya sahabat ci...
Resepi Roti Jala Secawan Tepung Sahaja Sesuai Untuk Hidangan Orang Bujang Atau Keluarga Yang Kecil

Resepi Roti Jala Secawan Tepung Sahaja Sesuai Untuk Hidangan Orang Bujang Atau Keluarga Yang Kecil

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 274 hits
sememangnya salah satu top delicacies yang orang Malaysia cari bila tiap kali tibanya bulan Ramadhan Tapi kebanyakan resipi yang dikongsi adalah resepi roti jala sukatan 1 kilo tepung Banyak tuh Kalau awak student universiti tinggal di host...
Pinjaman Online Atau Pinjol Ilegal Tanpa Ijin Resmi Dari Ojk

Pinjaman Online Atau Pinjol Ilegal Tanpa Ijin Resmi Dari Ojk

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 176 hits
Daftar pinjaman online atau pinjol ilegal tanpa izin resmi berdasarkan OJK dimana kebanyakan tidak mempunyai website resmi hanya terdapat aplikasi saja Dari sekian banyaknya fintech peer to peer lending terdapat yang termasuk ke pada pinjam...
Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 174 hits
Ahad baru baru ini saya ada berikan kursus dan latihan keusahawanan kepada anak anak muda di Melaka Kursus asas keusahawanan buat mereka yang baru berhasrat nak berkecimpung dalam dunia perniagaan Mungkin lebih tepat jika saya katakan merek...
Ada Yang Takut Sangat Kah Atau Takut Pak Long Mail Mendapat Sokongan Dari Ph

Ada Yang Takut Sangat Kah Atau Takut Pak Long Mail Mendapat Sokongan Dari Ph

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 260 hits
Bubar Parlimen Umno tak mahu dikekang MoU kata Isham April 17 2022 Isham Jalil berkata Umno tidak terkekang jika mahu menyarankan kepada perdana menteri membubarkan Parlimen PETALING JAYA Umno tidak mahu perjanjian persefahaman antara keraj...
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 210 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun