Siapa Yang Berkuasa Kerajaan Atau Persatuan


Henti biayai SJKC tidak patuh dasar
BERITA yang tular mengenai pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Chee, Segambut, yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan (KPM) berikutan ia tidak memenuhi syarat pematuhan tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan, bukanlah perkara baharu.
Kes seumpama ini biasa berlaku. Lembaga pengurusan sekolah yang dikenali sebagai Dong Zong dan Jiao Zong, kadangkala lebih berkuasa daripada kerajaan itu sendiri. Mereka yang menentukan hala tuju sekolah Cina SJKC, bukan kerajaan

Bukan satu, sebenarnya banyak arahan kerajaan tidak dipatuhi. Selain daripada pembinaan haram tanpa kelulusan seperti di atas, pengambilan guru tambahan pun tidak dirujuk kepada Kementerian Pendidikan (KPM)

Dari segi akademik pun sama, arahan KPM supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek bahasa Melayu (BM) yang jauh lebih mudah daripada BM di sekolah kebangsaan (SK), agar ditambah masanya agar murid-murid Cina boleh berbahasa Melayu dengan lebih baik, pun tidak diendahkan. Sudahlah BM SJKC jauh lebih mudah daripada silibus SK, arahan tambah masa oleh KPM pun tidak dihiraukan

Begitu juga, penambahan masa pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah SJKC yang asalnya dalam BM pun tidak dihiraukan. Sejarah negara tetap diajar dalam bahasa Cina

Ini belum termasuk mereka meletakkan syarat kepada kerajaan supaya guru-guru BM dan Bahasa Inggeris (BI) yang bukan Cina yang mengajar atau ditempatkan di SJKC mesti mempunyai kredit dalam bahasa mandarin peringkat SPM.

Dalam kata lain, mereka yang menetapkan garis panduan sendiri dan hala tuju SJKC, dengan mengenepikan arahan kerajaan. Sedangkan SJKC itu adalah sekolah kerajaan. SJKC seolah-olah seperti bapak mereka yang punya, bukan kerajaan. Apa semua semua ini

Lihat dalam soal pembinaan haram yang dilakukan oleh SJKC di Segambut ini tanpa kelulusan kerajaan. Kementerian Pendidikan (KPM) yang bertanggungjawab terhadap semua sekolah dibawahnya telah memberikan arahan, tetapi tidak pernah dipatuhi

Apabila keadaan sudah terdesak, mereka menggunakan petisyen untuk desak KPM agar tunduk dan meluluskan pembinaan haram itu

Dalam kes ini, KPM sehingga kini kementerian itu tidak pernah menerima permohonan lengkap yang memenuhi syarat yang ditetapkan daripada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) bagi membolehkan pertimbangan dibuat terhadap pembinaan bangunan tambahan itu

Malah menurut KPM, pihak LPS juga tidak mengendahkan dua surat arahan pemberhentian kerja terhadap bangunan itu yang pernah dikeluarkan pada 2014 dan 2015 dan bertindak meneruskan pembinaan terbabit sehingga ia siap sepenuhnya

SJKC Khai Chee adalah sebuah sekolah kerajaan di atas tapak tanah hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) seluas 0.68 hektar. Bermula pada 2012 hingga 2014, LPS melalui Guru Besar SJKC Khai Chee memohon untuk mendirikan satu blok bangunan di atas tanah persendirian sebagai bangunan tambahan kepada sekolah itu

Memandangkan SJKC Khai Chee adalah sekolah kerajaan yang dibina di atas tanah milik PTP, cadangan pembinaan bangunan tambahan perlu memenuhi syarat pematuhan tatacara pembinaan institusi pendidikan kerajaan namun ia tidak dilakukan
Menurut KPM, sebanyak tiga syarat perlu dipenuhi bagi membolehkan permohonan itu dipertimbangkan iaitu pihak sekolah perlu mengemukakan bukti bahawa Chevron Malaysia Limited sudah membuka atau melupuskan kaveat ke atas tapak berkenaan

Selain itu, pihak sekolah perlu mengemukakan semula skop projek supaya mematuhi Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Pembangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos bagi Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara, Jabatan Perdana Menteri

LPS juga perlu mengemukakan surat jaminan untuk menyerahkan tapak dan bangunan baharu kepada kerajaan memandangkan sekolah ini adalah sekolah kerajaan. Arahan ini tidak pernah dipatuhi

Laporan dan tinjauan yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 2014 mendapati pembinaan bangunan tambahan dimulakan di tapak yang dicadangkan tanpa mendapat kelulusan daripada KPM

Satu surat arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan oleh JPWPKL pada 8 Disember 2014 berikutan bangunan itu dicadangkan untuk digunakan sebagai sekolah kerajaan
Mereka terus berdegil, LPS masih meneruskan kerja pembinaan bangunan itu menyebabkan surat kedua arahan pemberhentian kerja dikeluarkan kepada pihak LPS pada 7 September 2015. Kini, bangunan haram itu telah siap dibina dan mereka mendesak KPM untuk meluluskannya

KPM sudah cukup baik dalam hal ini. Walaupun arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan, tiada tindakan keras diambil sehingga bangunan haram itu siap sepenuhnya

Banyak lagi proses yang perlu diselesaikan. Bangunan lama SJKC berada di tanah kerajaan, manakala bangunan baharu (tambahan) berada di tanah persendirian yang masih belum selesai proses berkaitan kaveatnya. Mana ada undang-undang bangunan separuh di tanah sendiri, separuh di tanah orang. Itulah wajah ultra kiasu sebenarnya. Berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang

Kemudian KPM didesak untuk menerima pembinaan haram ini. Mujurlah KPM masih tegas. Begitulah lunaknya KPM berurusan dengan persatuan yang tidak bertamadun ini, walaupun SJKC tersebut tidak mematuhi arahan

Katakan diluluskan, ditakdirkan jika berlaku sesuatu tidak diingini, pada masa akan datang dari aspek perundangan, termasuk kehilangan nyawa, pasti yang akan dipertangungjawabkan adalah kerajaan, bukan persatuan

Saya amat yakin selepas ini MCA akan campur tangan. Pemimpin mereka akan pergi melawat tapak, selepas itu semua selesai

Begitulah cara kita menyelesaikan masalah. Yang haram boleh jadi halal, apabila ada campur tangan politik.

Kita harap kerajaan bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan ultra kiasu yang langsung tidak menghormati undang-undang dan KPM sendiri yang bertangungjawab penuh terhadap semua sekolah dibawah seliaannya.

Dalam kes yang lain, sebelum ini tular berita beberapa SJKC menerusi LPS dan PIBG mereka menggaji guru ganti atau guru sementara untuk mengajar dalam sekolah tanpa permohonan atau menunggu kelulusan KPM. Lembaga dan PIBG mereka bertindak sesuka hati tanpa merujuk atau membuat permohonan kepada kerajaan. Perkara ini sudah lama berlaku.

Justeru, sudah sampai masanya kerajaan membuat kajian menyeluruh mengenai SJKC seluruh negara berjumlah lebih 1300 buah. Berpada-padalah.

SJKC ini adalah sekolah dibiayai kerajaan sepenuhnya. Berbilion wang kerajaan habis, tetapi dasar dan peraturan tidak dipatuhi. Lembaga dan PIBG mereka yang lebih berkuasa. Itulah wajah sebenar Dong Zong dan Jiao Zong.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, apa erti nama sebuah kerajaan yang berdaulat dan berligitimasi, jika NGO yang bernama pertubuhan bukan kerajaan jauh lebih berkuasa. NGO hanya kumpulan pendesak, tidak berdaulat, tidak ada ligitimasi, dan keputusan langsung tidak mengikat. Takkan kerana terlalu kemarukkan undi, kita sanggup gadaikan keputusan kerajaan yang berdaulat itu.

Hentikan pembiayaan kepada SJKC jika mereka mahu buat sesuka hatinya. Kaduk sudah lama naik junjung. Junjungpun hampir dan sudah ada yang patah, kenapa masih terus dibiarkan.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/04/siapa-yang-berkuasa-kerajaan-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Menteri Rakyat Ndak Kau Halang Terus Bukan Berkurang Tak Pandai Buat Kerja Atau Lena

Wahai Menteri Rakyat Ndak Kau Halang Terus Bukan Berkurang Tak Pandai Buat Kerja Atau Lena

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 146 hits
Masalah kenderaan asing beli petrol RON95 kini berkurang kata menteri April 19 2022 Sejak 1 Ogos 2010 kenderaan berdaftar asing dibenarkan membeli hanya petrol RON97 sahaja di negara ini LABUAN Masalah kenderaan berdaftar asing mengisi petr...
Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 195 hits
NAK TAU KATEGORI PROSPEK ATAU PELANGGAN DALAM BISNES KORANG MEH BACA PERKONGSIAN MENARIK NI Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes tak kiralah bisnes offline atau online Tapi rasanya kalau cikla tanya sahabat ci...
Resepi Roti Jala Secawan Tepung Sahaja Sesuai Untuk Hidangan Orang Bujang Atau Keluarga Yang Kecil

Resepi Roti Jala Secawan Tepung Sahaja Sesuai Untuk Hidangan Orang Bujang Atau Keluarga Yang Kecil

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 275 hits
sememangnya salah satu top delicacies yang orang Malaysia cari bila tiap kali tibanya bulan Ramadhan Tapi kebanyakan resipi yang dikongsi adalah resepi roti jala sukatan 1 kilo tepung Banyak tuh Kalau awak student universiti tinggal di host...
Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 188 hits
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6 000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dalam kejadian lima tahun lalu Sam Ke...
Ada Yang Takut Sangat Kah Atau Takut Pak Long Mail Mendapat Sokongan Dari Ph

Ada Yang Takut Sangat Kah Atau Takut Pak Long Mail Mendapat Sokongan Dari Ph

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 261 hits
Bubar Parlimen Umno tak mahu dikekang MoU kata Isham April 17 2022 Isham Jalil berkata Umno tidak terkekang jika mahu menyarankan kepada perdana menteri membubarkan Parlimen PETALING JAYA Umno tidak mahu perjanjian persefahaman antara keraj...
Bayar Zakat Fitrah Bersemuka Atau Online

Bayar Zakat Fitrah Bersemuka Atau Online

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 334 hits
Selesai dah Alhamdulillah mudah dan cepat aje bayar secara online ni Resit pun dah dapat Sebelum ni konpius juga nak bayar secara online tapi selepas dah dengar penjelasan semua tu Kita proceed ajelah bayar secara online direct dekat websit...
Ph Diberi Kata Dua Terima Bersatu Atau Mungkin Berpecah Dedah Rafizi

Ph Diberi Kata Dua Terima Bersatu Atau Mungkin Berpecah Dedah Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 360 hits
freemalaysiatoday com April 17 2022 9 45 PMRafizi Ramli berkata PH menerima Bersatu atas desakan rakan sekutu iaitu Amanah dan DAP serta semangat untuk membentuk satu perubahan dalam negara pada 2016 PETALING JAYA Calon timbalan presiden PK...
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 210 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

Senarai 100 Perkara Yang Anda Perlu Capai Atau Miliki Sebelum Mati

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 177 hits
Ahad baru baru ini saya ada berikan kursus dan latihan keusahawanan kepada anak anak muda di Melaka Kursus asas keusahawanan buat mereka yang baru berhasrat nak berkecimpung dalam dunia perniagaan Mungkin lebih tepat jika saya katakan merek...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint