Gopal Sri Ram Akan Dicabar Dengan Afidavit Bekas Peguam Negara Ts Apandi Ali


KUALA LUMPUR: Najib Razak dan peguam mewakilinya Muhammad Shafee Abdullah akan menggunakan afidavit sokongan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali dalam permohonan semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes mereka.
Dalam afidavit itu, Apandi mendakwa Sri Ram cuba meyakinkan beliau untuk menahan Najib yang ketika itu perdana menteri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib menggunakan afidavit sama dalam permohonannya untuk melucutkan kelayakan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes laporan audit 1MDB dihadapinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 7 Ogos untuk mendengar permohonan itu.
Shafee, yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa pihaknya menyerahkan notis untuk menggunakan afidavit itu kepada responden semalam (28 Jun).
“Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk Sri Ram memberi jawapan balas terhadap afidavit Mohamed Apandi dan 13 Julai ditetapkan untuk perbicaraan,” katanya selepas perkara itu dikemukakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini.
Shafee berkata, adalah penting untuk mahkamah mendengar perkara itu kerana Sri Ram masih menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan sekiranya wujud masalah dengan pelantikannya, maka semua kes akan dibatalkan.
Peguam kanan persekutuan (SFC) Shamsul Bolhassan mewakili peguam negara/pendakwa raya, kerajaan Malaysia dan Sri Ram yang dinamakan sebagai responden.
Kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan pada 15 Okt, 2019, menolak permohonan Pejabat Peguam Negara ( AGC), Sri Ram dan kerajaan bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kebenaran kepada kedua-dua mereka untuk mencabar pelantikan itu.
Najib dan Shafee, secara berasingan, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Disember 2018 untuk mencabar keputusan peguam negara melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.
Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan pelantikan Sri Ram atau menggugurkan beliau, dengan berkata, surat pelantikan beliau tidak sah.
Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wujud konflik kepentingan dalam pelantikan Sri Ram dan memohon perintah melarang beliau (Sri Ram) mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes dihadapi kedua-dua mereka, termasuk rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Apandi, dalam afidavitnya, mendakwa pada lewat tengah hari pada Januari 2018, Sri Ram datang ke rumahnya di Jalan Dutamas di sini, selepas beliau (Sri Ram) membuat beberapa panggilan telefon kepadanya menyatakan mahu bercakap secara peribadi dengannya.
“Beliau (Sri Ram) berkata, “Tun M (bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad) hantar saya untuk berjumpa anda” dan beliau seterusnya berkata, “beliau (Tun M) mahu anda menahan Najib di pejabatnya, anda pergi esok pada 2 petang, kami telah aturkan polis di Putrajaya lakukan apa yang perlu berdasarkan arahan anda.
“Kami juga telah aturkan bagi majistret mengeluarkan perintah reman apabila beliau (Najib) dibawa ke hadapannya”, kata bekas peguam negara itu.
Apandi mendakwa Sri Ram memberitahunya bahawa beliau akan menjadi wira di mata rakyat dan akan menjadi peguam negara pertama menahan seorang perdana menteri yang sedang berkhidmat dan mereka telah menyediakan rancangan dan apa yang beliau (Sri Ram) perlukan kini adalah untuk dirinya bersetuju.
Bekas peguam negara itu berkata, Sri Ram mempunyai misi yang jelas berat sebelah terhadap Najib dan semua kes dihadapinya.
The post Gopal Sri Ram Akan Dicabar Dengan Afidavit Bekas Peguam Negara TS Apandi Ali appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/29/gopal-sri-ram-akan-dicabar-dengan-afidavit-bekas-peguam-negara-ts-apandi-ali/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gopal-sri-ram-akan-dicabar-dengan-afidavit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sri Ram Beritahu Wang Dalam Akaun Sudah Cukup Untuk Dakwa Najib Kata Apandi

Sri Ram Beritahu Wang Dalam Akaun Sudah Cukup Untuk Dakwa Najib Kata Apandi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata pendakwa raya ad hoc dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak Gopal Sri Ram mencadangkan bahawa penemuan wang di dalam akaun bekas perdana menteri itu sudah mencukupi untuk mendakwa...
Gopal Sri Ram Besar Kepala Semasa Ph Perintah Isu 7 Perkara

Gopal Sri Ram Besar Kepala Semasa Ph Perintah Isu 7 Perkara

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 407 hits
Bukti sudah ada Gopal Sri Ram mesti disiasat Puad Zarkashi Ada sebab kenapa pendedahan TS Apandi Ali bukan lagi kejutan PH dan Tun M telah pun dihukum oleh rakyat Kekejian mereka dibalas apabila mereka jatuh tergolek dengan mudah Tetapi apa...
Jenayah Kolar Putih Siasat Bekas Menteri Peguam

Jenayah Kolar Putih Siasat Bekas Menteri Peguam

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 358 hits
DUNGUN Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia serta Polis DiRaja Malaysia melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya ke atas Lim Guang Eng Ketua Pemuda PAS Dungun Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkat...
Bila Peguam Negara Heret Malaysiakini Ke Mahkamah

Bila Peguam Negara Heret Malaysiakini Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 290 hits
SEMALAM tular diperkatakan mengenai keputusan mahkamah memberi kebenaran kepada Peguam Negara memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap MalaysiaKini Ramai yang membangkitkan isu penghinaan dibawa Peguam Negara bukanlah laporan Malaysia...
Bekas Speaker Dewan Negara Kembalikan Kuasa Raja Seperti Sebelum 1993

Bekas Speaker Dewan Negara Kembalikan Kuasa Raja Seperti Sebelum 1993

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 532 hits
Yang Dipertua SA Vigneswaran yang tamat tempoh sebagai speaker Dewan Negara hari ini menyeru kerajaan pusat agar menarik balik pindaan kontroversial pada tahun 1993 berkaitan kuasa raja raja Melayu Dalam ucapan amanat di Bangunan Parlimen h...
Ahli Politik Penceroboh Tanah Isu Rasis Mantan Ketua Hakim Negara

Ahli Politik Penceroboh Tanah Isu Rasis Mantan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 441 hits
BELUM pun Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mendapat keadilan semangat rasis orang India diapi apikan semula oleh Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy Kali ini kerana Kuil Sri Maha Maria...
Rebut Jawatan Pm Politik Negara Bukan Hak Milik Sesiapa

Rebut Jawatan Pm Politik Negara Bukan Hak Milik Sesiapa

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 349 hits
Apakah ada janji kepada korporat atau kroni yang belum ditunai KENYATAAN Tun Mahathir yang menzahirkan pengundurannya dari Pakatan Harapan plus ini semestinya menjadi tamparan yang besar kepada pakatan pembangkang Semestinya peluang Datuk S...
Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Pantai Kerachut

Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Pantai Kerachut

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 741 hits
Ahad 21 Jun 2020Inilah destinasi tujuan saya dan suami ke Teluk Bahang TAMAN NEGARA PULAU PINANG Taman Negara ini terletak di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN dan mula dibuka semula kepada pelawat pada 15 Jun lalu Kami ke sana berpandukan G...
Gugur 3 Prajurit Negara Jenazah Anggota Tldm Diterbangkan Ke Kampung Halaman

Gugur 3 Prajurit Negara Jenazah Anggota Tldm Diterbangkan Ke Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 333 hits
Pemergian 3 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia disebabkan kemalangan tempoh hari sememangnya amat mengejutkan Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dan nbsp Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim ...
Pm Orders Nacsa National Security Council To Work With Mahb

The Damage Is Done Relocation Of 131 Year Old Hindu Temple Fuels Accusations Of Bullying Special Privileges

Peniaga Baling Barang Semasa Disita Dbkl Rupanya Sebabnya Sikap Kurang Ajar

From Garage To Unicorn Startups

Ovios Redefines Outdoor Luxury Stylish Affordable And Innovatively Designed Furniture

Finding The Right Divorce Attorney Near You

Sara April 2025

Better To Close Macc Than Probe Based On Public Opinion Azam Tells Critics


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Law Of Attraction

Patutkan Saya Membeli Proton S70