 1. Dari jauh kelihatan kerumunan pelawat di kaunter pendaftaran. Kereta kami membelok ke bahagian kanan jalan ini dan memasuki kawasan parkir milik Persatuan Nelayan. Bayaran RM4 dikenakan. Suami minta resit bayaran, penjaga tersebut kata ‘Nanti letak di kereta’. Hmm...baliknya kami tengok takde pun letak. Penjaga pun dah tiada
1. Dari jauh kelihatan kerumunan pelawat di kaunter pendaftaran. Kereta kami membelok ke bahagian kanan jalan ini dan memasuki kawasan parkir milik Persatuan Nelayan. Bayaran RM4 dikenakan. Suami minta resit bayaran, penjaga tersebut kata ‘Nanti letak di kereta’. Hmm...baliknya kami tengok takde pun letak. Penjaga pun dah tiada 2. Notis yang diletak pada pintu masuk Taman Negara. Inilah sebabnya kami berpagi-pagian masuk ke pulau, bimbang tak dapat masuk kalau dah cukup 160 orang tu
2. Notis yang diletak pada pintu masuk Taman Negara. Inilah sebabnya kami berpagi-pagian masuk ke pulau, bimbang tak dapat masuk kalau dah cukup 160 orang tu 3. Sebelum masuk, kita fahamkan dulu peta ringkas Taman Negara Pulau Pinang ni. Juga masuk ke tandas  untuk selesaikan apa yang patut
3. Sebelum masuk, kita fahamkan dulu peta ringkas Taman Negara Pulau Pinang ni. Juga masuk ke tandas  untuk selesaikan apa yang patut 4. Pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Perjalanan kami bermula pada pukul 9.18 pagi
4. Pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Perjalanan kami bermula pada pukul 9.18 pagi 5. Perjalanan bermula dengan santai, disambut dengan bunyi hempasan ombak di pantai yang terletak di sebelah kanan laluan. Inilah salah satu keunikan Taman Negara Pulau Pinang - kita masuk hutan tapi ada pantai di sebelahnya
5. Perjalanan bermula dengan santai, disambut dengan bunyi hempasan ombak di pantai yang terletak di sebelah kanan laluan. Inilah salah satu keunikan Taman Negara Pulau Pinang - kita masuk hutan tapi ada pantai di sebelahnya 6. Kami berhenti sekejap menikmati keindahan pantai yang bersih dan kelihatan dijaga dengan baik
6. Kami berhenti sekejap menikmati keindahan pantai yang bersih dan kelihatan dijaga dengan baik 7. Seterusnya, kita akan melalui jambatan gantung Jambatan Pasir Pandak
7. Seterusnya, kita akan melalui jambatan gantung Jambatan Pasir Pandak 8. Melepasi Jambatan Pasir Pandak, laluan akan berpecah dua. Kanan atau kiri. Kami memilih untuk ke kiri - rentis ke Pantai Kerachut. Tertera pada papan di atas bahawa jarak untuk ke Pantai Kerachut adalah sejauh 2.92 km.
8. Melepasi Jambatan Pasir Pandak, laluan akan berpecah dua. Kanan atau kiri. Kami memilih untuk ke kiri - rentis ke Pantai Kerachut. Tertera pada papan di atas bahawa jarak untuk ke Pantai Kerachut adalah sejauh 2.92 km. 9. Selain melalui binaan bertangga, kita juga akan melalui laluan sebegini. Pada mulanya saya agak hairan bagaimana terbentuknya laluan hutan begini, macam jalan dalam longkang besar. Menurut papan info tersedia, laluan ini dikenali sebagai ‘Jalan Penarikan’. Ia bukanlah terhasil daripada aliran air semula jadi, tetapi ia adalah lorong yang terbentuk akibat kerja-kerja membawa keluar kayu balak menggunakan kerbau. Ia berlaku sekitar tahun 1940-an di mana pada masa tersebut masyarakat menggunakan kayu pokok dari kawasan ini untuk membina rumah dan bot. Begitulah sejarahnya..
9. Selain melalui binaan bertangga, kita juga akan melalui laluan sebegini. Pada mulanya saya agak hairan bagaimana terbentuknya laluan hutan begini, macam jalan dalam longkang besar. Menurut papan info tersedia, laluan ini dikenali sebagai ‘Jalan Penarikan’. Ia bukanlah terhasil daripada aliran air semula jadi, tetapi ia adalah lorong yang terbentuk akibat kerja-kerja membawa keluar kayu balak menggunakan kerbau. Ia berlaku sekitar tahun 1940-an di mana pada masa tersebut masyarakat menggunakan kayu pokok dari kawasan ini untuk membina rumah dan bot. Begitulah sejarahnya.. 10. Kalau tadi di awal perjalanan kita jumpa pantai. Sekarang kita jumpa anak sungai pula. Dari jauh dah kedengaran bunyi aliran air sungai, bagai memanggil-manggil saya supaya mempercepatkan langkah untuk ke sini. Inilah anak sungai pertama yang kita lalui, dan selepas ini kita akan menemui banyak lagi anak sungai. Sesekali kami akan berhenti untuk membasuh tangan atau muka, airnya jernih dan sejuk menyegarkan
10. Kalau tadi di awal perjalanan kita jumpa pantai. Sekarang kita jumpa anak sungai pula. Dari jauh dah kedengaran bunyi aliran air sungai, bagai memanggil-manggil saya supaya mempercepatkan langkah untuk ke sini. Inilah anak sungai pertama yang kita lalui, dan selepas ini kita akan menemui banyak lagi anak sungai. Sesekali kami akan berhenti untuk membasuh tangan atau muka, airnya jernih dan sejuk menyegarkan 11. Walaupun tanpa juru pandu, Insya Allah kita tak sesat sebab ada banyak papan tanda arah disediakan
11. Walaupun tanpa juru pandu, Insya Allah kita tak sesat sebab ada banyak papan tanda arah disediakan 12. Jika tadi kita melalui laluan ‘Jalan Penarikan’, kali ini kita melalui laluan yang dikenali sebagai ‘Bukit Belah’. Menurut sejarahnya, bukit ini telah ‘dibelah’ menggunakan cangkul dengan tujuan memudahkan proses membawa keluar kayu balak yang ditarik dengan kerbau
12. Jika tadi kita melalui laluan ‘Jalan Penarikan’, kali ini kita melalui laluan yang dikenali sebagai ‘Bukit Belah’. Menurut sejarahnya, bukit ini telah ‘dibelah’ menggunakan cangkul dengan tujuan memudahkan proses membawa keluar kayu balak yang ditarik dengan kerbau 13. Pukul 10.07 pagi, kami tiba di papan tanda ini - Bukit Batu Itam Trail. Tapi bukanlah kami akan ke Bukit Batu Itam, sebab jaraknya lebih jauh dan memerlukan juru pandu
13. Pukul 10.07 pagi, kami tiba di papan tanda ini - Bukit Batu Itam Trail. Tapi bukanlah kami akan ke Bukit Batu Itam, sebab jaraknya lebih jauh dan memerlukan juru pandu 14. Beginilah rupa jambatan mini yang disediakan untuk kita menyeberangi anak-anak sungai. Diperbuat daripada konkrit, kukuh dan selamat. Kami cuba mengira berapa kali kami dah melalui jambatan begini, tapi tiap kali tu terlupa ni ke berapa. Haha...ini menunjukkan bahawa ada banyak anak sungai yang perlu kita lalui untuk tiba ke Pantai Kerachut
14. Beginilah rupa jambatan mini yang disediakan untuk kita menyeberangi anak-anak sungai. Diperbuat daripada konkrit, kukuh dan selamat. Kami cuba mengira berapa kali kami dah melalui jambatan begini, tapi tiap kali tu terlupa ni ke berapa. Haha...ini menunjukkan bahawa ada banyak anak sungai yang perlu kita lalui untuk tiba ke Pantai Kerachut 15. Yeayy...lagi 1km je nak sampai Pantai Kerachut! Bunyi macam dekat je kan? Haha...1km jalan dalam hutan, memang terasa jauh
15. Yeayy...lagi 1km je nak sampai Pantai Kerachut! Bunyi macam dekat je kan? Haha...1km jalan dalam hutan, memang terasa jauh 16. Kat sini ada satu simpang ke kiri, bagi mereka yang nak ke Teluk Kampi dan tapak perkhemahan
16. Kat sini ada satu simpang ke kiri, bagi mereka yang nak ke Teluk Kampi dan tapak perkhemahan 17. Laluan bertangga paling menguji mental dan fizikal saya masa nak berpatah balik, sebab mendaki. Entah berapa anak tangga, tapi memang jauh nun ke bawah tu. Ni masa turun oklah kan, nak naik tu memang terasa seksa
17. Laluan bertangga paling menguji mental dan fizikal saya masa nak berpatah balik, sebab mendaki. Entah berapa anak tangga, tapi memang jauh nun ke bawah tu. Ni masa turun oklah kan, nak naik tu memang terasa seksa 18. Papan tanda ni kata lagi 100 m, 5 minit. Hmm...tipu sungguh tau, sebab catatan masa saya sekitar 10 minit. Suami kata, tu renjer hutan yang jalan memanglah dia dapat buat 5 minit je. Kita ni siapa? Haha..
18. Papan tanda ni kata lagi 100 m, 5 minit. Hmm...tipu sungguh tau, sebab catatan masa saya sekitar 10 minit. Suami kata, tu renjer hutan yang jalan memanglah dia dapat buat 5 minit je. Kita ni siapa? Haha.. 19. Ini gambar pandangan sebelah kiri laluan kami, ada tasik! Satu lagi keunikan Taman Negara Pulau Pinang
19. Ini gambar pandangan sebelah kiri laluan kami, ada tasik! Satu lagi keunikan Taman Negara Pulau Pinang 20. Alhamdulillah! Bila kita jumpa Jambatan Pantai Kerachut ni bermaksud kita dah pun tiba ke penghujung perjalanan. Jambatan gantung yang panjang dan kukuh
20. Alhamdulillah! Bila kita jumpa Jambatan Pantai Kerachut ni bermaksud kita dah pun tiba ke penghujung perjalanan. Jambatan gantung yang panjang dan kukuh 21. Dari atas jambatan gantung tadi, ini pemandangan sebelah kanan. Lautan terbentang luas. Cantik
21. Dari atas jambatan gantung tadi, ini pemandangan sebelah kanan. Lautan terbentang luas. Cantik 22. Kita lihat sebelah kiri pulak, inilah sebahagian tasik yang kita nampak masa dalam perjalanan tadi. Tasik ni unik tau, bukan biasa-biasa. Air dari laut (sebelah kanan) memasuki tasik ni
22. Kita lihat sebelah kiri pulak, inilah sebahagian tasik yang kita nampak masa dalam perjalanan tadi. Tasik ni unik tau, bukan biasa-biasa. Air dari laut (sebelah kanan) memasuki tasik ni 23. Tasik Meromiktik (Meromictic Lake) - tasik yang mempunya dua lapisan air berbeza suhu dan ketumpatan, di mana air laut berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas
23. Tasik Meromiktik (Meromictic Lake) - tasik yang mempunya dua lapisan air berbeza suhu dan ketumpatan, di mana air laut berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas 24. Kita terus ke depan lagi, sampailah ke Pantai Kerachut. Pantai yang cantik, bersih. Nampak ada jeti kat depan lagi tu. Tapi kami dah penat, malas nak melihat-lihat apa ada di depan sana. Terus cari tempat nak berehat dan makan bekalan di bawa. Tiada kemudahan tandas kat sini (info hasil berborak dengan seseorang yang kami temui dalam perjalanan tadi)
24. Kita terus ke depan lagi, sampailah ke Pantai Kerachut. Pantai yang cantik, bersih. Nampak ada jeti kat depan lagi tu. Tapi kami dah penat, malas nak melihat-lihat apa ada di depan sana. Terus cari tempat nak berehat dan makan bekalan di bawa. Tiada kemudahan tandas kat sini (info hasil berborak dengan seseorang yang kami temui dalam perjalanan tadi) Rekod perjalanan saya melalui rentis hutan ke Pantai Kerachut, bermula dan berakhir di pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. Perjalanan pergi sekitar 1 jam 55 minit, manakala baliknya sekitar 1 jam 25 minit. Tak termasuk masa rehat dan makan di Pantai Kerachut.
Rekod perjalanan saya melalui rentis hutan ke Pantai Kerachut, bermula dan berakhir di pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. Perjalanan pergi sekitar 1 jam 55 minit, manakala baliknya sekitar 1 jam 25 minit. Tak termasuk masa rehat dan makan di Pantai Kerachut.| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		