Bekas Speaker Dewan Negara Kembalikan Kuasa Raja Seperti Sebelum 1993




Yang Dipertua SA Vigneswaran yang tamat tempoh sebagai speaker Dewan Negara hari ini menyeru kerajaan pusat agar menarik balik pindaan kontroversial pada tahun 1993 berkaitan kuasa raja-raja Melayu.
Dalam ucapan amanat di Bangunan Parlimen hari ini, Vigneswaran yang merupakan speaker Dewan Negara yang ke-14 berkata pindaan kontroversial itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya sebagai Yang di-Pertua yang bersara untuk menyeru kepada kerajaan agar menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang hangat didebatkan sehingga kini.
"Pada pendapat saya, (pindaan) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana pindaan dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu dan kedaulatan institusi diraja harus dikembalikan," kata Vigneswaran.
Vigneswaran dipercayai merujuk kepada Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Agong dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.
Sementara itu Vigneswaran yang juga presiden MIC berkata, beliau berharap kuasa raja-raja Melayu akah dikembalikan seperti pada zaman kemerdekaan.
"Dalam banyak perkara penting, kuasa raja-raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini," tambahnya lagi.
Vigneswaran berkata bahawa beliau telah mengarahkan satu penyelidikan berhubung Pindaan 1993.
"Masa saya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang baru, kita telah ada persidangan speaker-speaker di negeri Johor dan Sultan Johor telah bertitah bahawa percanggahan masa buat penggubalan perlembagaan.
"Bila saya balik ke Dewan Negara saya telah mengarahkan supaya satu penyelidikan dijalankan.
"Dan selepas penyelidikan dijalankan saya berpendapat bahawa penggubalan perlembagaan di mana kuasa raja-raja Melayu ditarik atau dikurangkan adalah tidak mengikut perlembagaan kerana persetujuan daripada majlis raja-raja Melayu tidak memberi kebenaran untuk membuat penggubalan," katanya.
Menurutnya, perlembagaan persekutuan sangat jelas menunjukkan bahawa sebarang pindaan undang-undang perlu mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu.
"Dalam era ini selepas kita telah melihat secara langsung apa yang dibuat oleh yang Agong dalam krisis politik dan sebagainya, pada pendapat saya masa yang sesuai kerajaan membuat penyelidikan balik supaya kuasa raja-raja Melayu dikembalikan kerana dibawa sebuah negara majmuk.”
Vigneswaran juga berkata kertas penyelidikan 72 muka surat itu akan diedarkan kepada umum dalam masa yang sesuai.
Bagaimanapun, beliau berkata bahawa saranan beliau hanya mengembalikan kuasa raja-raja Melayu khususnya berkaitan rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Ketika ditanya apakah maksud beliau bahawa raja-raja Melayu tidak boleh diheret mahkamah Vigneswaran menolak.
"Tidak, yang itu semua dilakukan seperti biasa,” katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/bekas-speaker-dewan-negara-kembalikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rais Yatim Bakal Dilantik Speaker Dewan Negara

Rais Yatim Bakal Dilantik Speaker Dewan Negara

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 478 hits
Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan Dr Rais Yatim bakal dilantik yang dipertua Dewan Negara menggantikan penyandangnya S Vigneswaran yang tamat tempoh pada 22 Jun ini kata sumber BN Menurut sumber lagi Ra...
Kembalikan Semula Kuasa Raja Raja Melayu Vigneswaran

Kembalikan Semula Kuasa Raja Raja Melayu Vigneswaran

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 422 hits
By 22 June 2020Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran melancarkan buku Prevailing Democracy in Malaysian Parliament pada Majlis Tamat Tempoh Yang Dipertua Dewan Negara di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL 22 JUN ...
Parlimen Tukar Speaker Dewan Rakyat Keputusan Berprinsip Wan Ahmad

Parlimen Tukar Speaker Dewan Rakyat Keputusan Berprinsip Wan Ahmad

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 309 hits
Oleh Wartawan Suara Merdeka TINDAKAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menfailkan usul di parlimen untuk menamatkan lantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dan timbalan speaker Nga Kor Ming adalah satu kep...
Pm Muhyiddin Is Looking To Remove Dewan Rakyat Speaker And One Of His Deputies

Pm Muhyiddin Is Looking To Remove Dewan Rakyat Speaker And One Of His Deputies

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 342 hits
Muhyiddin s submission to Parliament to remove the speaker is a first in Malaysian history small Cover image via Malaysiakini span span small On 13 July when the Dewan Rakyat reconvenes it might be the last day for the current Speaker Moham...
Usul Pm Singkir Speaker Untuk Elak Undi Tak Percaya Bekas Menteri

Usul Pm Singkir Speaker Untuk Elak Undi Tak Percaya Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 326 hits
BERITA1KSHARESMALAYSIAKINIBekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menyifatkan usaha Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat bagi mengelak usul undi tidak percaya terhada...
Agenda Rampasan Kuasa Sebelum Pru15

Agenda Rampasan Kuasa Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 278 hits
AGENDA PM Tepi diteruskan lagi dengan strategi demi strategi murahan atas kapasiti membodek atau mengampu individu tertentu dan juga parti parti tertentu Terdengar desas desus kini bahawa teraju kepimpinan negara sekiranya berjaya ditawan o...
Presiden Nadi Rakyat Buat Laporan Polis Pendedahan Bekas Peguam Negara

Presiden Nadi Rakyat Buat Laporan Polis Pendedahan Bekas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 375 hits
Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia Tuan Rafi Awang Kechik telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi pada 11pagi tadi terhadap tulisan dan pendedahan bekas Peguam Negara TS Apandi Ali terhadap peguam Gopal Sri Ram yang bertemu...
T Speaker S Gor Daroyah Alwi Sah Keluar Pkr K Kuasa Hari Ini

T Speaker S Gor Daroyah Alwi Sah Keluar Pkr K Kuasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 273 hits
SHAH ALAM Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Daroyah Alwi yang juga Adun Sementa membuat pengumuman keluar dari PKR Keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhada kepimpinan parti yang dipimpin Presiden PKR Anwar Ibrahi...
Bekas Peguam Negara Dedah Mahathir Hantar Gopal Sri Ram Untuk Pujuk Tangkap Najib Razak

Bekas Peguam Negara Dedah Mahathir Hantar Gopal Sri Ram Untuk Pujuk Tangkap Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 427 hits
BEKAS PEGUAM NEGARA BONGKAR KOMPLOT TUN MAHATHIR Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bagaimana beliau cuba dipujuk Gopal Sri Ram untuk mengeluarkan arahan menangkap Perdana Menteri Ke 6 Dato Sri Najib Razak Dalam tuli...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau