Google Perkenalkan Chrome Os Flex Sistem Operasi Baharu Pengganti Windows Juga Mac Os
Google Chrome OS Flex
Google Perkenalkan Chrome OS Flex Sistem Operasi Baharu Pengganti Windows Juga Mac OS - Dalam pertengahan bulan Februari 2022 syarikat teknologi Google telah memperkenalkan Google Chrome OS Flex - sebuah sistem perisian operasi buatan Google untuk peranti perkomputeran mainstream.
Sistem operasi Chrome OS Flex dicipta untuk digunakan oleh individu (pengguna biasa) juga oleh organisasi ataupun syarikat swasta (dipanggil enterprises customers atau business customers).
Yang bestnya Google Chrome OS Flex boleh di install ke dalam desktop pc lama, laptop lama, notebook lama mahupun MacBook lama lalu menjadikan kesemuanya peranti tersebut berfungsi semula.
Apabila sudah 'hidup semula' ia kemudiannya menjadi peranti perkomputeran dipacu oleh Chrome OS sepertimana terdapat hari ini di sebuah laptop Chromebook. Rupa user interface Google Chrome OS Flex adalah berwarna purple seperti dalam gambar di bawah.
user interface Chrome OS Flex
Nampak sungguh minimalis, kan? Terlihat di bahagian taskbar tu semua ikon produk-produk Google seperti Gmail, pelayar web Google Chrome, Google Calendar, Google Keep, Google Docs, Google Sheets juga ikon foler yang pada pemahamam kami merupakan ikon kepada File Manager.
Apa Itu Google Chrome OSGoogle Chrome OS merupakan sistem perisian komputer berasaskan Gentoo-Linux diperkenalkan pada penghujung tahun 2011. Chrome OS di buat oleh syarikat teknologi Google.
Interface Chrome OS dicipta menyamai pelayar web Google Chrome kerana anda boleh buka aplikasi web Google di dalam Google Chrome web browser tu sendiri. Aplikasi web yang kami maksudkan adalah seperti Gmail, YouTube, Drive, Blogger, Docs, Sheets, Write, Keep, Sites, Maps, Meet, Photos.
Tujuan utama penciptaan Chrome OS pada asalnya adalah untuk tujuan pendidikan - untuk mewujudkan peranti perkomputeran kos rendah untuk digunakan di sekolah, di kolej, di universiti serta pembelajaran online dari rumah. Dalam masa yang sama ia adalah langkah Google untuk menggalakkan cloud computing.
Google mahu sebuah OS (operating system) yang mengandungi aplikasi-aplikasi ciptaan Google kemudian yang akan sentiasa bersambung ke internet. Pengenalan sistem operasi Chrome OS menjadikan pengguna komputer di seluruh dunia semakin banyak menggunakan aktiviti cloud computing - yang mana kesemua fail digital dan dokumen digital di simpan dalam akaun storan online seperti Google Drive tanpa perlu menyimpan dalam hard disc.
Oleh kerana Chrome OS dicipta untuk sentiasa online maka ia kurang sesuai untuk di guna secara offline sepertimana komputer yang menggunakan sistem operasi Windows juga yang komputer menggunakan sistem operasi Mac OS buatan Apple. Kebanyakan pengguna biasa yang menggunakan Chromebook adalah pengguna komputer yang sentiasa online.
Chrome OS vs Chrome OS FlexWalaupun Google Chrome OS Flex boleh menggantikan sistem operasi Windows mahupun OS X namun di masa kini Chrome OS Flex masih di peringkat pembangunan. Chrome OS Flex masih tidak stabil sepenuhnya sepertimana sistem operasi Chrome OS yang kini dah diterima baik.
Walau begitu kami amat gembira tatkala tahu mengenai Chrome OS Flex kerana satu sistem operasi baharu kini muncul hasil buatan Google sendiri.
Google bermula sebagai syarikat teknologi internet menumpu kepada enjin carian.Kini Google mulai menumpu kepada peranti perkomputeran dengan memperkenalkan Chrome OS lalu memperkenalkan lagi Chrome OS Flex yang mempunyai potensi besar di tahun-tahun akan datang sebagai pengganti kepada sistem operasi Windows.
Cabarannya adalah bagaimana untuk menjadikan sistem operasi Chrome OS Flex sesuai untuk di install ke dalam semua peranti perkomputeran sebagaimana Microsoft Windows - juga bagaimana untuk jadikan Chrome OS Flex mampu diterima oleh syarikat-syarikat OEM (original equipment manufacturer) jenama besar pembuat komputer (seperti Dell, Acer, Hp) untuk dijadikan sebagai perisian sistem operasi dalam komputer-komputer baharu keluaran mereka di masa akan datang.
Install Untuk Try Chrome OS FlexJika anda dapat download Chrome OS Flex sekalipun lalu cuba install ke dalam sebuah laptop pada masa kini anda perlu maklum laptop tersebut tidak akan dapat berfungsi dengan baik sepenuhnya akibat ketidakserasian pada hardware.
Pihak Google menyatakan hal ini dalam satu laman khas bernama Chrome OS Flex Help yang memberi penerangan secara lebih lanjut mengenai proses install Chrome OS Flex. Rujuk di link ini .> https://support.google.com/chromeosflex/
Laman Chrome OS Flex Help itu juga menyenaraikan perbezan antara Chrome OS dan Chrome OS Flex. Perbezaan paling utama adalah laptop, desktop pc juga MacBook yang mahu di install dengan Chromebook OS Flex perlu menepati beberapa kriteria hardware tertentu.
Untuk install Google Chrome OS Flex ke dalam laptop atau desktop pc yang sebelum ini pernah menggunakan Windows perlu ada USB flash drive atau USB thumb drive dengan saiz paling kurang 8GB.
Proses nak install Chrome OS Flex ni lebih kurang sama dengan proses nak install Windows 11 iaitu perlu gunakan USB flash drive mengandungi fail installer yang bootable - yakni yang boleh dikesan lalu dibaca oleh komputer tatkala proses boot bermula kala komputer baru dihidupkan.
Seterusnya, laptop atau desktop pc yang mahu di install dengan Google Chrome Flex OS itu perlu ada 4G RAM dan keluasan hard disc paling kurang 16GB.
Laptop atau desktop pc itu juga perlu menggunakan 64-bit CPU yang mana hanya terdapat pada laptop lama, desktop pc lama juga MacBook yang dikeluarkan selepas tahun 2002.
Jika anda mahu baca sendiri maklumat lebih lanjut mengenai sistem operasi Google Chrome OS Flex bolehlah masuk ke website Google Cloud Google Chrome Enterprise sekarang juga melalui link berikut -> https://chromeenterprise.google/os/chromeosflex/
Potensi Chrome OS Flex Di Masa Akan DatangKami akan tulis lebih banyak cerita mengenai Google Chrome OS Flex di masa akan datang kerana berminat mengenainya. Inilah pertama kali syarikat teknologi Google release perisian sistem operasi baharu untuk dicuba sendiri oleh pengguna-pengguna komputer.
Pada pendapat kami sebagai pengguna Windows sejak Windows 95 dan Windows ME lagi, Chrome OS Flex akan ambil masa bertahun-tahun untuk gantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi perkomputeran utama sepenuhnya digunakan di seluruh dunia.
Sebabnya, lebih banyak software offline perlu di cipta untuk Chrome OS Flex sepertimana dicipta untuk Windows.
Ada software untuk dengar muzik (seperti Winamp), software untuk edit imej (seperti Photoshop, Corel Draw), software untuk edit video (seperti Sony Vegas) juga software untuk permainan komputer.
Hal ini mengambil masa untuk dicapai. Tapi kami melihat pengenalan Chrome OS Flex sebagai harapan baharu untuk perubahan pada dunia perkomputeran masa akan datang yang akan berubah jadi semakin canggih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/google-chrome-os-flex-1.html