Sebagai Kerajaan Mahiaddin Dan Menteri2 Pn Sepatutnya Paling Ke Depan Tunjuk Kesetiaan Kepada Agong


 
Sikap berlengah dan berdalih pimpinan dalam kerajaan PN terhadap titah Agong dan Majlis Raja-Raja berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Ia bukan saja memperlihatkan PN sebagai kerajaan cuba derhaka kepada Agong dan Raja-Raja, bahkan menunjukkan mereka tidak menjunjung teras kedua dalam Perlembagaan iaitu “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”.
Lagi pula, titah Agong dengan persetujuan Raja-Raja Melayu setelah mengadakan perbincangan khas semalam berkaitan pembukaan Parlimen bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami laras bahasanya.
Baik dalam kenyataan media Istana Negara atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, ayat dan bahasa yang digunakan cukup jelas iaitu Parlimen perlu dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin.
Kalau yang namanya mee segera kerana hanya memerlukan masa dua minit untuk disediakan, manakala jika doktor berpesan agar seseorang itu perlu dihantar ke IJN dengan segera, ia dengan jelas tentulah bermaksud serta-merta tanpa berlengah lagi, waima pada tengah malam sekali pun.
Makanya, tidak munasabah sama sekali untuk pimpinan dalam kerajaan mempersoalkan titah diraja tersebut seperti hujah Takiyuddin Hassan kononnya ia tidak perlu disegerakan kerana Agong dan Raja-Raja tidak menyebut pun secara spesifik bulan berapa Parlimen perlu dibuka untuk bersidang.
Begitu juga dengan kenyataan media Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang kesimpulannya seperti hanya mengambil maklum saja titah Agong dan Raja-Raja itu.
Mengapa Perdana Menteri dan kerajaan tidak mengambil sikap proaktif berteraskan kesetiaan kepada Agong dalam mematuhi titah tersebut?
Mengapa masih cuba berlengah, berdalih dan bermain dengan masa dalam mematuhi titah Agong itu?
Apa yang takut sangat untuk membenarkan Parlimen bersidang?
Tidakkah lagi banyak berhelah dan berdalih untuk membuka Parlimen, ia lagi menunjukkan Mahiaddin memang tiada sokongan majoriti yang dimilikinya?
Tambahan lagi, dalam titah Agong semalam, selain disebutkan tentang perlunya sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, ditekankan juga keperluan Parlimen bersidang itu antaranya adalah bagi membincangkan Ordinan Darurat.
Ini dengan sendirinya bermakna Parlimen mesti dibenarkan bersidang sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos depan yang mana Agong serta Raja-Raja menyatakan tiada keperluan ia disambung lagi tempohnya selepas itu.
Untuk apa lagi membincangkan Ordinan Darurat jika Parlimen hanya dibuka pada bulan September atau Oktober di mana tempoh darurat sudah pun berakhir ketika itu?
Yang paling penting, sesuai dengan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita, terbentuknya kerajaan dan termenjadinya Mahiddin sebagai Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin lain dalam PN sebagai menteri adalah dengan perkenan oleh Agong itu sendiri.
Oleh itu, adalah tidak manis, bahkan tidak masuk akal kiranya mereka ingin mengambil sikap berlaga angin dengan Agong yang melantik mereka.
Kalau pun ingin berlaga angin, Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan sepatutnya menjadi kelompok terakhir sekali berbuat demikian.
Perdana Menteri dan menteri-menteri harus menjadi barisan paling ke depan dalam mempertahankan Agong dan Raja-Raja serta menunjukkan taat setia yang boleh diteladani oleh rakyat jelata.
Tetapi, dengan menjadi yang pertama enggan patuh dan menunjukkan sikap derhaka kepada Agong, ia adalah contoh yang tidak baik ditunjukkan oleh kerajaan kepada rakyat.
Ia menjadikan rakyat tambah menjauhkan diri serta merasakan tidak keperluan lagi untuk mereka terus bersama dengan kerajaan. 


(ShahbudinHusin 17/06/2021)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/sebagai-kerajaan-mahiaddin-dan-menteri2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Agong Pkr Akan Desak Naikkan Anwar Sebagai Pm9 Dan Adakan Pru15

Pertemuan Agong Pkr Akan Desak Naikkan Anwar Sebagai Pm9 Dan Adakan Pru15

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 238 hits
Misi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu mungkin menemui sinarnya apabila parti itu dijadualkan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dalam ma...
Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 254 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara hari ini Presiden PKR itu berkata beliau merayu Sultan Abdulla...
Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 367 hits
freemalaysiatoday com June 9 2021 5 45 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berharap pada Sultan Abdullah kerana wakil mereka tidak dapat bersidang di Parlimen ekoran darurat PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sudah dimaklumk...
Modalku Tunjuk Bni Sebagai Escrow Account Bagi Pendana Dan Peminjam

Modalku Tunjuk Bni Sebagai Escrow Account Bagi Pendana Dan Peminjam

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 135 hits
Fintech company Modalku menggandeng PT Bank Negara Indonesia Tbk untuk menjadi penyedia layanan escrow account bagi para pengguna layanan Modalku Sebagai escrow BNI berperan sebagai pengelola dana peminjam dan pendana yang tergabung di Moda...
Pn Sebagai Kerajaangagal Bukan Saja Membuatkan Rakyat Sengsara Tapi Juga Memalukan Agong Selaku Ketua Negara

Pn Sebagai Kerajaangagal Bukan Saja Membuatkan Rakyat Sengsara Tapi Juga Memalukan Agong Selaku Ketua Negara

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 194 hits
Dua hari lalu saya telah menulis berkenaan perlunya ketua ketua parti yang dijemput mengadap Yang Dipertuan Agong agar menggunakan peluang tersebut untuk berterus terang mengenai kegagalan kerajaan PN mentadbir negara ini Kegagalan PN dalam...
Kalau Benar Mahu Agong Campurtangan Jatuhkanlah Mahiaddin Lebih Dulu

Kalau Benar Mahu Agong Campurtangan Jatuhkanlah Mahiaddin Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 215 hits
Rasa meluat rakyat kepada kegagalan PN sebagai kerajaan seterusnya disertai keinginan untuk mendapat kerajaan dan Perdana Menteri baharu kini boleh dikata sudah berada di tahap paling maksima yang tidak pernah berlaku sebelum ini Ia sehingg...
Kerajaan Perlu Sediakan Latihan Skil Ibu Bapa Sebagai Guru Kedua

Kerajaan Perlu Sediakan Latihan Skil Ibu Bapa Sebagai Guru Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 316 hits
Kerajaan perlu merangka pelan jangka pendek yang mampu menambahkan ilmu ibu bapa untuk menjadi pembimbing atau guru kedua kepada pelajar pelajar yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Menurut kenyataan Jawatankuasa Pend...
Politikus Terdesak Cuba Bentuk Kerajaan Baru Guna Nama Agong

Politikus Terdesak Cuba Bentuk Kerajaan Baru Guna Nama Agong

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 221 hits
Politikus terdesak cuba bentuk kerajaan baru guna nama Agong Oleh June 11 2021KEADILAN mengecam perkembangan terbaharu mengenai ura ura sesetengah ahli politik dalam parti tertentu yang cuba untuk mencari sokongan mengumpulkan Akuan Berkanu...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue