Gojek Faktor Keselamatan Perlu Diberi Perhatian


Faktor keselamatan perlu diberi perhatian dalam cadangan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek di negara ini.
Penganalisis, aktivis masyarakat dan orang awam senada berpendapat di sebalik aspek membuka ruang pekerjaan dan menambah pendapatan, isu keselamatan dan nyawa penunggang serta pengguna motosikal perlu diberi perhatian serius.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata faktor keselamatan perlu berikutan kadar kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini setiap tahun adalah tinggi.
“Pada saat kita berusaha mencari jalan mengurangkan kematian penunggang motosikal, Gojek ini pula sudah tentu memancing ramai minat anak muda dan sesiapa sahaja untuk menunggang.
“Mereka yang tidak ada motosikal pun akan beli motosikal, ia secara tidak langsung meningkatkan risiko keselamatan dan nyawa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau turut membandingkan situasi di dua negara iaitu Thailand dan Indonesia yang telah lama melaksanakan Gojek dan menyifatkan kedua-dua negara itu berbeza dengan Malaysia apabila pengangkutan utamanya sememangnya menggunakan motosikal berdasarkan keadaan trafik serta kos sara hidup yang rendah.
Berkongsi pandangan sama, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) yang juga aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye memohon kerajaan mempertimbang sebaiknya aspek keselamatan dalam pelaksanaan cadangan itu.
“Kalau dari aspek untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan untuk golongan rakyat berpendapatan rendah, ini mungkin ada kelebihan tetapi sebelum ia (Gojek) dilaksanakan, saya harap semua aspek berkaitan keselamatan jalan raya diambil kira. Kita tahu bahawa banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal…perkara ini perlu diteliti,” katanya.
Seorang pekerja swasta, Nurul Huda Jaafar, 26, berkata cadangan untuk mewujudkan Gojek merupakan alternatif bagi menangani masalah kesesakan jalan raya di kawasan bandar terutama pada waktu puncak.
“Gojek boleh dilaksanakan tetapi beberapa aspek perlu diambil kira seperti keselamatan penunggang dan pembonceng, latihan yang mencukupi kepada penunggang serta kemudahan memilih penunggang mengikut jantina. Macam saya, lebih selesa memilih ‘rider’ perempuan yang mahir menunggang,” katanya.
Pengusaha kedai serbaneka, Ismail Ramli, 34, pula berkata kerajaan harus memastikan penunggang Gojek diberi latihan yang mencukupi, terdiri daripada individu yang benar-benar layak membawa motosikal serta memiliki motosikal yang mempunyai kondisi baik dan selamat.
Pada Rabu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kabinet telah meluluskan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan Gojek manakala Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof memaklumkan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/23/gojek-faktor-keselamatan-perlu-diberi-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gojek Ambil Kira Faktor Keselamatan Dan Norma Budaya Masyarakat Negara Ini Tegas Shahrul

Gojek Ambil Kira Faktor Keselamatan Dan Norma Budaya Masyarakat Negara Ini Tegas Shahrul

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 884 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamaruddin menggesa kerajaan Pakatan Harapan mengambil kira faktor keselamatan dan norma budaya masyarakat sebelum mengimplimentasi perkhidmatan GoJek Ini kerana katanya faktor keselamatan perlu diam...
Kondisi Janin Dari Seorang Ibu Hamil Di Jakarta Utara Yang Diberi Obat Kedaluwarsa Oleh Puskesmas

Kondisi Janin Dari Seorang Ibu Hamil Di Jakarta Utara Yang Diberi Obat Kedaluwarsa Oleh Puskesmas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 339 hits
Bayu Randi Dwitara tak akan mencabut laporannya setelah mengadukan Puskesmas Kelurahan Kamal Muara karena lalai ke polisi Muncul dugaan vitamin B6 kedaluwarsa yang diberikan Puskesmas membuat Novi Sri Wahyuni yang hamil 15 minggu merasa pus...
Kisah Novi Ibu Hamil Yang Diberi Obat Kadaluwarsa Di Sebuah Puskesmas Jakarta Suaminya Dipecat

Kisah Novi Ibu Hamil Yang Diberi Obat Kadaluwarsa Di Sebuah Puskesmas Jakarta Suaminya Dipecat

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 283 hits
Seorang ibu hamil bernama Novi Sri Wahyuni mendapat obat kedaluwarsa dari Puskesmas Kamal Muara saat kontrol kandungannya pada Selasa lalu Kala itu ia mendapat tiga strip obat berjenis vitamin B6 dan beberapa obat lain dari pihak puskesmas ...
Semoga Diberi Balasan Setimpal

Semoga Diberi Balasan Setimpal

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 289 hits
Seorang pembantu rumah anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret Selayang Selayang pada Isnin 19 Ogos atas tuduhan membunuh bayi 13 bulan yang ditemukan dengan 39 kesan kecederaan pada badannya di sebuah rumah di Gombak dua minggu lalu JOHOR...
Data Icw 338 Napi Korupsi Diberi Remisi Saat Hut Ke 74 Ri

Data Icw 338 Napi Korupsi Diberi Remisi Saat Hut Ke 74 Ri

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 229 hits
Peneliti Indonesia Corruption Watch Kurnia Ramadhana mencatat ada 338 narapidana kasus korupsi yang diberi remisi pada saat HUT ke 74 RI
Isu Jawi Umpama Diberi Betis Mahu Telan Sampai Kepala Hadi

Isu Jawi Umpama Diberi Betis Mahu Telan Sampai Kepala Hadi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 203 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan pihak tertentu yang menolak pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular umpama diberi betis hendakkan paha Menerusi hantaran Facebooknya hari ini beliau berkata bantahan dibu...
Status Pr Zakir Diberi Ketika Muhyiddin Tpm Kata Zahid

Status Pr Zakir Diberi Ketika Muhyiddin Tpm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 382 hits
Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan status pemastautin tetap diberikan kepada Dr Zakir Naik ketika Muhyiddin Yassin menggalas jawatan timbalan perdana menteri Zahid yang menggalas portfolio menteri ...
Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 433 hits
The ReporterSeorang lelaki di Daerah Meerut Uttar Pradesh mahu bercerai kerana isterinya hanya memberi dia makan ladu selepas wanita itu dinasihatkan oleh bomoh untuk berbuat demikian Menurut keterangan lelaki itu di mahkamah bomoh terbabit...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk