Gigi Susu Anak Perlu Dicabut Jika Gigi Kekal Sudah Tumbuh Di Belakang


Gigi kekal sudah tumbuh di belakang, perlukah gigi susu dicabut? Hal ini sering menjadi dilema pada mama papa. Perlukah dibawa ke klinik atau biarkan ia tercabut sendiri.

“Mama tengok ni. Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Anis,” kata Anis sambil mengangakan mulut ke arah ibunya. Setelah diteliti, memang ada gigi baru kekal tumbuh di belakang gigi kacip bawah. Memang sudah agak panjang dan tumbuhnya menyenget. Gigi kacip susunya itu juga sudah mula bergoyang apabila ditolak lembut dengan jari. Timbul kekeliruan pada fikiran si ibu sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri. Mama dalam dilema…
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
GIGI SUSU MULA GOYANG
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen mengatakan masalah atau dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.
“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut urutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen.
Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.
5 KEADAAN GIGI SUSU PERLU DICABUT OLEH DOKTOR
Walau pun begitu, Dr Mazleen memberikan beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh doktor gigi iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.
MITOS TENTANG GIGI TIDAK TERSUSUN
Selain itu, menurut Dr Mazleen, terdapat mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan. Katanya,hal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur?

1. Keturunan
Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2.Gigi yang dicabut terlalu awal
Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut. Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat . Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3.Gigi susu yang tidak dicabut
Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada kebanyakan keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.
TIP ELAK ANAK TRAUMA UNTUK PERIKSA GIGI
Dr Mazleen menyarankan ibu bapa agar membawa si manja untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia dua atau tiga tahun. Bukan sahaja bertujuan cabut gigi, tetapi untuk pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Hal ini amat penting kerana apabila mereka sudah biasa dan tidak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan sama ada tampalan atau cabut. Jangan sesekali memaksa mereka untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik. Bimbang sekiranya mereka tidak melakukan dengan rela hati mereka boleh menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sehingga dewasa kelak,”.
Katanya lagi, gigi yang bergoyang tidak semestinya  terus dicabut. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Gigi Susu Anak Perlu Dicabut Jika Gigi Kekal Sudah Tumbuh Di Belakang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gigi-susu-anak-perlu-dicabut-jika-gigi-kekal-sudah-tumbuh-di-belakang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 438 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Ingatkan Anak Tak Cukup Makan Penyebab Kurang Zat Besi Terlebih Minum Susu Pun Salah Satu Puncanya

Ingatkan Anak Tak Cukup Makan Penyebab Kurang Zat Besi Terlebih Minum Susu Pun Salah Satu Puncanya

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 292 hits
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat Selain kaya dengan kalsium susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein karbohidrat lemak dan vitamin Walau bagaimanapun adakah kebarangkalian susu boleh membahayak...
Kisah Nenek Saparia Yang Hidup Sebatang Kara Tanah Dijual Anak Minum Susu Sachet Untuk Menahan Lapar

Kisah Nenek Saparia Yang Hidup Sebatang Kara Tanah Dijual Anak Minum Susu Sachet Untuk Menahan Lapar

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 227 hits
Nenek Saparia tinggal seorang diri di rumah reyot yang didirikan di tanah milik menantunya di Desa Polewali Kecamatan Gantarang Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan Di rumah tersebut Saparia memasak dengan tungku yang disimpan di teras ruma...
Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa

Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 342 hits
Strategi Kerajaan Pintu Belakang Untuk Terus Kekal Berkuasa Sebagai sebahagian daripada langkah mencegah penularan Covid 19 hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat dalam satu masa Ketetapan itu bermula e...
Anak Hisap Jari Masa Kecil Normal Umur 2 4 Tahun Dah Kena Berhenti Bukan Gigi Je Tak Cantik Boleh Sebabkan Masalah Lain

Anak Hisap Jari Masa Kecil Normal Umur 2 4 Tahun Dah Kena Berhenti Bukan Gigi Je Tak Cantik Boleh Sebabkan Masalah Lain

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 729 hits
Bayi atau anak yang masih kecil menghisap jari adalah perkara normal menurut Dr Iqbal Rosali Tapi bila dah sampai tahap umur antara 2 hingga 4 tahun tabiat ini perlu dihentikan Lagi awal dapat buang tabiat anak menghisap jari ini lagi bagus...
Usap Belakang Cium Anak Kalau Tengah Marah Baru Si Kecil Lebih Tenang Senang Nak Suruh Minta Maaf Bila Buat Salah

Usap Belakang Cium Anak Kalau Tengah Marah Baru Si Kecil Lebih Tenang Senang Nak Suruh Minta Maaf Bila Buat Salah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 312 hits
Dalam membesarkan anak anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak ana...
Anak Main Sekejap Fokus Dah Kemana Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Buat Di Rumah Nak Tahu Tahap Fokus Anak

Anak Main Sekejap Fokus Dah Kemana Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Buat Di Rumah Nak Tahu Tahap Fokus Anak

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 431 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Niena Baharun Selamat Bersalin Baby Girl Kongsi Sama Tarikh Lahir Anak Sulung

Niena Baharun Selamat Bersalin Baby Girl Kongsi Sama Tarikh Lahir Anak Sulung

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 578 hits
Syukur Alhamdulillah Allah Maha Pengatur Pada tarikh yang sama tempat yang sama dan doktor yang sama Dr Seri Our little girl is born 24 10 2020 source
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities