Gerakan Reformasi Berevolusi Tian Chua



Gerakan Reformasi berevolusi – Tian ChuaPosted By: Pentadbiron: May 02, 2019 Print EmailSelepas 20 tahun memperjuangkan “Reformasi”, PKR kini berevolusi daripada sebuah parti yang hanya menumpukan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim, kepada agenda untuk memperjuangkan hak, kebebasan dan reformasi institusi bagi seluruh rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang .Chua, yang merupakan salah seorang pengasas awal PKR, berkata kebanyakan orang melihat gerakan ‘reformasi’ pada tahun 1999 berkisar tentang Anwar, ketika bekas pemimpin Umno itu dinafikan haknya untuk menjadi perdana menteri selepas dipecat dari takhta kerajaan.“Orang fokus kepada Anwar… Kerana hak Anwar untuk memimpin dinafikan bahkan dipenjarakan. Oleh itu, kita bersimpati dengan beliau. Jadi, agenda yang lebih besar tidak pernah dijangka.“Fokus perjuangan adalah pembebasan Anwar, dan kemudian kami lancarkan demonstrasi,” katanya.Chua berkata PKR meluaskan matlamat dan tujuan ia ditubuhkan, meneliti beberapa aspek masyarakat Malaysia di mana kebebasan rakyat dikekang sehingga ia menggesa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang zalim yang lain.“Ia meluaskan isu pembaharuan (dalam negara). Peralihan kuasa, dan pilihan raya yang lebih adil.“Reformasi akhirnya menjadi gerakan yang mahu melihat demokrasi berbilang parti wujud. Inilah progres yang terjadi,” katanya kepada The Malaysian Insight.Anwar, yang menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas disabit dengan pertuduhan liwat yang kedua, akhirnya diberikan pengampunan diraja dan dibebaskan beberapa hari selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya berikutan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.Ahli politik berusia 71 tahun itu kemudian memenangi kerusi Parlimen Port Dickson, dan dijangka menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.Chua berkata PKR sentiasa menjadi parti berbilang kaum, dan menjadi pemangkin pembaharuan di negara ini.“Saya bangga dalam dua dekad, kami dapat bangunkan parti yang dapat melaksanakan harapan (rakyat).“Kami telah menjangkaui (pencapaian) daripada hanya sebuah parti yang berterusan mengadakan bantahan dan hanya memperjuangkan kebebasan Anwar. Sekarang kami diberi tanggungjawab untuk mengubah situasi dalam negara. “Chua menggesa anggota baru parti itu untuk “tidak melupakan perjuangan masa lalu”, ketika PKR berada dalam kedudukan yang “selesa”.“Orang baru dalam parti datang ketika kami sudah selesa, mereka merasa selesa. Peringatan untuk generasi baru supaya mereka sentiasa sedar dengan mandat rakyat dan tetap setia kepada rakyat,” katanya lagi.20 tahun selepas pembentukannya, PKR kini menjadi parti yang memiliki jumlah ahli Parlimen terbesar dalam Pakatan Harapan (PH), dengan jumlah keseluruhan 49 orang ahli di Dewan Rakyat. – TMI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/gerakan-reformasi-berevolusi-tian-chua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Babi Yang Mengkhianati Reformasi

Babi Yang Mengkhianati Reformasi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 357 hits
Siapa sangka begitu banyak pengajaran yang boleh dikutip dengan menonton sebuah pementasan teater tentang sekawan babi yang berideologi Arakian demikianlah yang berlaku lewat malam Jumaat lalu usai menonton teater Kandang Naskhah ini dipent...
Ketum Pbnu Imbau Nahdliyin Tidak Melakukan Gerakan Inkonstitusional Usai Pemilu

Ketum Pbnu Imbau Nahdliyin Tidak Melakukan Gerakan Inkonstitusional Usai Pemilu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 191 hits
Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama KH Said Aqil Sirodj bertemu dengan sejumlah tokoh masyarakat di Surabaya Jumat Dia meminta masyarakat termasuk Nahdliyin agar menghormati hasil Pemilu 17 Apri 2019
Gerakan Calls On Penang Cm To Explain Psr Approval Gaffe

Gerakan Calls On Penang Cm To Explain Psr Approval Gaffe

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 279 hits
Gerakan wants Chief Minister Chow Kon Yeow to explain why he had announced that the Penang South Reclamation project had been given federal approval when Putrajaya said Gerakan deputy chief Oh Tong Keong said that there is a big difference ...
Apa Jadi Dengan Reformasi Glc Pemerolehan Soal Badan Pemantau Pemikir

Apa Jadi Dengan Reformasi Glc Pemerolehan Soal Badan Pemantau Pemikir

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 297 hits
Penyelidik Eksekutif Ideas Muhammad Faiz Mohd Zaidi Penyelaras Ideas Aira Azhari Pegawai Penyelidikan Undang undang C4 Fadiah Nadwa Fikri Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dan Pegawai Komunikasi dan Media Sosial C4 Sheefa Ahmad bersama ...
Reformasi Di Tangan Babi

Reformasi Di Tangan Babi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 271 hits
Gambar hiasanSiapa sangka begitu banyak pengajaran yang boleh dikutip dengan menonton sebuah pementasan teater tentang sekawan babi yang berideologi Arakian demikianlah yang berlaku lewat malam Jumaat lalu usai menonton teater Kandang Naskh...
Bambang Widjojanto Nilai Pemilu 2019 Terburuk Pasca Reformasi

Bambang Widjojanto Nilai Pemilu 2019 Terburuk Pasca Reformasi

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 295 hits
Dia juga melihat ada sejumlah situs lembaga independen Pemilu yang diretas oleh diretas Menurutnya yang bisa meretas adalah pihak yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan
Guan Eng Letak Jawatan Mahathir Pun Tak Yakin Kata Presiden Gerakan

Guan Eng Letak Jawatan Mahathir Pun Tak Yakin Kata Presiden Gerakan

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 339 hits
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menggesa Kewangan Lim Guan Eng meletak jawatan susulan ekonomi negara semakin merosot Menurut Dominic tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar Tun Daim Zainuddin ke China mer...
Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Pa Yang Multitasking

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

18 Peserta Big Stage Alpha All Male Spin Off Berentap

Berlindung Daripada Penyakit Ain

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan