Gerakan Gesa Tindakan Segera Terhadap Polis Jahat Terlibat Geng Nicky


MALAYSIAKINI
 
Gerakan menggesa polis mempercepat tindakan terhadap anggota yang didakwa bersubahat dengan "Geng Nicky", kumpulan jenayah yang dikaitkan dengan pengasas Winner Dynasty Group Nicky Liow.
Ia selepas polis hanya membuat tangkapan pertama dua hari lalu, iaitu kira-kira tiga minggu selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat 34 anggota polis dan pegawai agensi penguatkuasa yang terlibat sebagai anggota "Geng Nicky".
"Sudah tiba masanya tindakan segera juga diambil terhadap polis yang jahat. Ketua polis tak boleh benarkan timbul persepsi ada usaha menutup perkara ini," kata Naib Presiden Gerakan Baljit Singh dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Katanya lagi, Hamid sendiri sebelum ini berkata ada anggota polis yang dipercayai terlibat membantu Liow melepaskan diri daripada serbuan polis.
Setakat ini, seorang pegawai kanan polis berusia 40 tahun dan berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP), yang dikatakan mengetuai jabatan dalam salah satu ibu pejabat polis daerah (IPD) di Kuala Lumpur, telah ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA) 2012.
"Saya menyambut baik penahanannya. Namun rakyat Malaysia tertunggu-tunggu tindakan yang lebih cepat daripada polis untuk membersihkan badan itu.
"Orang ramai sudah pun mempersoalkan respons polis yang seolah-olah lesu terhadap anggota mereka sendiri, walaupun ia melibatkan kes berprofil tinggi," katanya lagi.
Baljit membangkitkan skandal Macau Scam, di mana anggota polis didakwa terlibat dalam membebaskan suspek menurutnya masih bertugas walau sedang disiasat di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan.
"Sudah lebih sebulan sejak polis mengumumkan yang mereka sedang melengkapkan siasatan. Tiada sebarang berita berkenaan tindakan lanjut (berhubung Geng Nicky).
"Memang membingungkan apabila polis yang disyaki masih dibenarkan memakai uniform tanpa sebarang tindakan lanjut, seperti penggantungan atau malah pemotongan gaji, sementara siasatan terhadap mereka dibuat.
"Polis tidak boleh terus mengatakan yang mereka membuat 'siasatan dalaman' setiap kali berita skandal seperti Macau Scam dan Geng Nicky dilaporkan," katanya lagi.
Terdahulu, Liow dipercayai mendapat maklumat berkenaan operasi pada 20 Mac menerusi pegawai polis serta pegawai penguatkuasa.
Liow kini disiasat untuk sejumlah kesalahan jenayah, termasuk jenayah terancang, pengubahan wang haram, Macau Scam dan jenayah komersial.
Lelaki berusia 33 tahun itu turut dipercayai terlibat dengan seorang ketua kongsi gelap sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, dikenali sebagai 14K, Wan Kuok Koi @ Broken Tooth Koi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/gerakan-gesa-tindakan-segera-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Polis 2 Pegawai Sprm Disyaki Terlibat Geng Nicky Ditahan

10 Polis 2 Pegawai Sprm Disyaki Terlibat Geng Nicky Ditahan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 178 hits
Seramai 12 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee ditahan di beberapa negeri setakat hari ini Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang ...
Geng Nicky 10 Pegawai Polis Ditahan Termasuk 1 Dari Tatatertib Bukit Aman

Geng Nicky 10 Pegawai Polis Ditahan Termasuk 1 Dari Tatatertib Bukit Aman

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 190 hits
April 27 2021 Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay JOHOR BAHRU Polis menahan 10 pegawai sendiri termasuk seorang dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dalam operasi terhadap Geng Nicky di serata negara kata Ketua Pol...
Geng Nicky Superitenden Antara 10 Pegawai Polis 2 Sprm Ditahan

Geng Nicky Superitenden Antara 10 Pegawai Polis 2 Sprm Ditahan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 315 hits
JOHOR BAHRU Seramai 12 pegawai penguat kuasa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditahan dalam Op Pelican 3 0 Fasa 2 yang dijalankan Polis Johor antara 21 April hingga semalam Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan M...
Pegawai Polis Dikaitkan Geng Nicky Disiasat Di Bawah Jenayah Terancang

Pegawai Polis Dikaitkan Geng Nicky Disiasat Di Bawah Jenayah Terancang

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 243 hits
MALAYSIAKINIPolis Johor tidak akan menyerahkan nama pegawai mereka yang dikaitkan dengan ketua geng dalam buruan Nicky Liow Soon Hee kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Piawaian polis sebaliknya akan mengambil tindakan di bawah kesalahan...
Pembela Lapor Polis Iklan Judi Harap Tindakan Segera

Pembela Lapor Polis Iklan Judi Harap Tindakan Segera

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 387 hits
BANGI 5 Ramadan 1442H Sabtu Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam hari ini membuat laporan polis susulan penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di negara ini berjudi Naib Pengerusi PEMBELA Ustaz Masridzi Sat berkata turut hadir membuat la
Menteri Umno Gesa Zahid Segera Buat Laporan Polis

Menteri Umno Gesa Zahid Segera Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 383 hits
Sabtu 10 Apr 2021 10 20 AM MYTDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ahli parti di peringkat akar umbi dilihat masih keliru dengan isu berkenaan Foto BernamaMELAKA Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera membuat laporan pol...
Geng Nicky Polis Johor Tahan Asp Polis Kl Bawah Sosma

Geng Nicky Polis Johor Tahan Asp Polis Kl Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 264 hits
JOHOR BAHRU Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang yang diketuai ahli perniagaan buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee Menurut sumber pegawai yang dit...
Gerakan Wants Quick Action Against Dirty Cops Linked To Geng Nicky

Gerakan Wants Quick Action Against Dirty Cops Linked To Geng Nicky

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 262 hits
Gerakan has demanded the police force to speed up action against dirty cops who were allegedly involved with the notorious Geng Nicky a gang linked to Winner Dynasty Group founder Nicky Liow This came after the police only made its first ar...
Geng Nicky Asisten Superintenden Polis Ditahan

Geng Nicky Asisten Superintenden Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh Mohd Shariza Abdullah PETALING JAYA Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintenden Polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee Pegawai berusi...
Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Isu Penghinaan Agama Era Fm V Zamri Vinod

Nasib Anak Anak Yang Meninggal Sebelum Baligh Apakah Semua Masuk Surga

Ops Sky Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis Kp Mdi

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Mengikut Rombongan Ke Pusat Pendidikan Al Baraqah Ustaz Kazim Elias

Drama Fallin Intern You


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iman Dalam Islam Kenali Rukun Iman Dan Huraiannya

Fractional Reserve Banking

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Shiha Zikir Ieda Zikir Tum Tum Raya Chord

Tak Ada Inchloss Walaupun Berat Turun Ini 6 Jawapan Anda Cari