Menteri Umno Gesa Zahid Segera Buat Laporan Polis


Sabtu, 10 Apr 2021 10:20 AM MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli parti di peringkat akar umbi dilihat masih keliru dengan isu berkenaan. — Foto Bernama
MELAKA, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera membuat laporan polis berhubung dakwaan isu rakaman audio perbualan antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi mengelak sebarang spekulasi yang mungkin timbul daripada perkara berkenaan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli parti di peringkat akar umbi dilihat masih keliru dengan isu berkenaan, yang dilihat boleh memberi imej negatif kepada Umno.

“Kalau percepat laporan polis ia akan memadam kesangsian (dalam kalangan ahli akar umbi) kerana sekarang ada ahli yang kata ya (ia berlaku), ada ahli yang kata tidak.

“Kalau dah keluar dapatan (tulen atau tidak audio), tiada lagi isu berkaitan audio (selepas ini),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Bangkit 15 di sini semalam.

Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara menyamai Ahmad Zahid dan Anwar, yang didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno, tersebar di sosial media.

Ditanya mengenai gesaan segelintir pihak dalam Umno yang mahu Ahmad Zahid berundur daripada jawatan nombor satu parti berkenaan, Ismail Sabri berkata setiap ahli berhak untuk mengeluarkan pandangan masing-masing.

“Setiap ahli berhak untuk mengeluarkan pandangan masing-masing dan kita tidak pernah halang ahli daripada bersuara.

“Dari dahulu lagi ahli bersuara. Apa pandangan mereka kita perlu dengar dan kita tidak pernah tutup mulut sesiapa untuk bersuara,” katanya.

Ketua Polis Negara hari ini menasihatkan kedua-dua pemimpin tersebut untuk membuat laporan polis berhubung rakaman audio perbulan itu, sekiranya benar diri mereka difitnah

 — BernamaEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/04/menteri-umno-gesa-zahid-segera-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa berundur dari jawatannya jika mahu menteri menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian Mohd Helmi Buang berkata Ahmad Zahid ...
Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

Audio Presiden Umno Berkomplot Dengan Anwar Bocor Zahid Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 311 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar Katanya dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan Saya...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 396 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Adakah Menteri Umno Kena Buat Laporan Kepada Najib Atau Zahid

Adakah Menteri Umno Kena Buat Laporan Kepada Najib Atau Zahid

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 312 hits
Saya membaca tulisan Najib Razak bekas PM Antara tulisannya yang panjang lebarKeputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan mas...
Brotherhood Kuantan Gesa Mainhole Hadapan Balai Polis Gebeng Yang Rosak Di Baiki Segera

Brotherhood Kuantan Gesa Mainhole Hadapan Balai Polis Gebeng Yang Rosak Di Baiki Segera

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 300 hits
KUANTAN Brotherhood Kuantan hari ini menggesa pihak kerajaan membaiki kerosakan jalanraya dihadapan Balai Polis Gebeng dekat sini Akibat kealpaan itu banyak kenderaan rosak akibat terlanggar lubang mainhole terbabit Justeru Brotherhood Kuan...
Pemimpin Umno Gesa Tok Mat Ganti Zahid Sebagai Presiden

Pemimpin Umno Gesa Tok Mat Ganti Zahid Sebagai Presiden

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 388 hits
April 7 2021 Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Selain penentangan sejumlah pemimpin parti satu rakaman audio menunjukkan perbin...
Menteri Umno Terkejut Zahid Jadikan Bersatu Punching Bag

Menteri Umno Terkejut Zahid Jadikan Bersatu Punching Bag

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 476 hits
Menteri Kabinet dari Umno semalam menzahirkan rasa terkejut dengan serangan bertali arus presiden mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional kata sumber berhubung pertemuan ringkas mereka dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang sema...
Kenapa Ahmad Zahid Belum Buat Laporan Polis Tunggu Apa Lagi

Kenapa Ahmad Zahid Belum Buat Laporan Polis Tunggu Apa Lagi

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh ANALISIS Ini merupakan satu percaturan politik yang JAHAT dan JIJIK yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO Saya percaya lebih banyak lagi permainan KEJI seperti ini akan dilakukan untuk terus me...
Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

Polis Akan Analisa Ketulenan Audio Sejurus Zahid Anwar Fail Laporan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 487 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Apr 2021 3 42 pmPolis menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk tampil memfailkan laporan sekiranya mereka percaya klip audio yang dikatakan itu palsu Ketua Polis Negara Abd...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

On Dennis Ignatius Podcast

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Benefits Of Eating Papaya And When Should It Be Eaten

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th