Gempar Zahid Bakal Disingkir Kumpulan Pro Bersatu Dalam Umno


 


January 17, 2021 Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi parti itu supaya menyokong PPBM, parti yang pernah dianggap tidak penting dan ditentang oleh ahli akar umbinya.
Menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi FMT, “tokoh besar” terbabit juga merancang untuk mendapatkan sokongan penuh dalam kalangan pemimpin parti supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “mengundur diri”.
“Kita tidak bercakap mengenai pemimpin PPBM, sebaliknya pemimpin Umno. Adakah mereka cuba memecahbelahkan Umno,” kata sumber dalaman itu yang enggan didedahkan.
“Kedua-dua pihak berunding dengan kami. Pihak yang mahu kami bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM dan pihak yang menentang,” katanya, tanpa mengulas lanjut.
Katanya, beliau bimbang lebih ramai rakannya akan menyokong PPBM sekiranya mereka membiarkan diri dipengaruhi oleh pemimpin itu.
Akar umbi Umno secara tegas menghantar mesej kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak berminat bekerjasama dengan PPBM.
143 bahagian parti itu memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada PPBM dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.
Umno mempunyai 192 bahagian, dengan 191 daripadanya telah bermesyuarat.
Seorang anggota Barisan Nasional (BN) memberitahu FMT bahawa perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu, bukan akar umbinya.
“Gerakan untuk meminta Zahid mengambil cuti semakin kuat kerana kes mahkamahnya berkaitan rasuah dijangka akan bermula selepas perintah kawalan pergerakan tamat.
“Ada yang bertanya-tanya apakah mereka perlu terus menyokongnya,” tambahnya.
Beliau berkata, sebahagian daripada mereka yang mahu Zahid bercuti adalah pemimpin Umno, termasuk dua yang tidak berjaya dalam pilihan raya umum 2018, tetapi masih memegang jawatan dalam parti.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menyokong bekas perdana menteri Najib Razak, tetapi beralih arah untuk bergabung dengan pemimpin Umno yang menyokong PPBM.
“Mereka berkata, jika kita menyokong Zahid, parti akan menjadi lemah kerana beliau mungkin didakwa dan apakah yang akan berlaku kepada parti?,” tambahnya.
Seorang lagi ahli Umno berkata, akar umbi masih menyokong Zahid dan Najib.
“Tidak ada salah faham dalam kalangan anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin akar umbi mengenai siapakah yang harus mereka sokong kerana kebanyakan mereka menolak PPBM.
“Di bawah Umno, kita dijaga dengan baik. Adakah kita masih akan dijaga sekiranya menyertai PPBM ?,” katanya.
“Itu adalah kebimbangan kami. Tambahan pula, kebanyakan akar umbi juga setia kepada Umno,” kata ahli Umno itu kepada FMT, merujuk kepada banyak bahagian Umno yang menyokong Najib berbanding Zahid.
Ahli Umno itu berkata, banyak yang mahu disuarakannya, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri kerana kerajaan kini mempunyai kuasa meluas di bawah Ordinan Darurat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/gempar-zahid-bakal-disingkir-kumpulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Bakal Lawan Zahid Hamidi Apakah Perebutan Presiden Umno Kali Ini Antara Kluster No Bersatu Dengan Pro Bersatu

Siapa Bakal Lawan Zahid Hamidi Apakah Perebutan Presiden Umno Kali Ini Antara Kluster No Bersatu Dengan Pro Bersatu

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 509 hits
Walaupun setelah Zahid Hamidi baru baru ini memberi jaminan bahawa pemilihan UMNO akan tetap diadakan pada tahun ini sebagaimana dijadualkan mengapa masih ada yang mendesaknya agar berundur Mengapa mereka tidak mahu menunggu pemilihan UMNO ...
Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 296 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan keputusan...
Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 387 hits
malaysiadateline com Pemimpin Parti Pribumi Bersatu menafikan sekeras kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu Senator M...
Kumpulan Mesra Ppbm Dalam Umno Mahu Singkir Zahid

Kumpulan Mesra Ppbm Dalam Umno Mahu Singkir Zahid

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 296 hits
malaysiatoday com January 17 2021 10 30 AMPresiden PPBM Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilihat saling bercanggah kebelakangan ini PETALING JAYA Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Terting...
Desakan Zahid Hamidi Berundur Adalah Tindak Balas Kartel Muhyiddin Untuk Bersatu Lebih Mudah Menelan Umno

Desakan Zahid Hamidi Berundur Adalah Tindak Balas Kartel Muhyiddin Untuk Bersatu Lebih Mudah Menelan Umno

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 335 hits
Desakan secara tiba tiba yang muncul agar Zahid Hamidi berundur daripada jawatannya dengan jelas menunjukkan Muhyiddin Yassin dan kartel di sekelilingnya sudah mula bertindak balas terhadap Presiden UMNO itu Ia tidak lain adalah disebabkan ...
Bersatu Tunggu Keputusan Mt Umno Isu Penolakan Kerjasama

Bersatu Tunggu Keputusan Mt Umno Isu Penolakan Kerjasama

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 294 hits
Pimpinan Tertinggi Bersatu mengambil pendekatan tunggu dan lihat keputusan Majlis Tertinggi Umno berhubung gesaan Umno bahagian yang menyuarakan penolakan kerjasama dengan Bersatu untuk Pilihan Raya Umum ke 15 Tidak terkejut dengan perkemba...
The Civil War Of Umno And Bersatu

The Civil War Of Umno And Bersatu

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 294 hits
For the first time sustained attacks and retaliation between Umno and Bersatu have been brought to the centre What has been simmering under the surface for months is now open for all to see In a series of divisional meetings Umno divisions ...
Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani