Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip


malaysiadateline.com
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 4, 2021 3:21 pm 


Pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu.

Senator, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kemasukan berbondong-bondong ahli Umno ke dalam Bersatu adalah disebabkan hilangnya kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Dakwanya, peringkat akar umbi mahupun dalam kalangan pimpinan Umno sendiri merasa kecewa dengan tindak-tanduk pimpinan pusat apabila cuba menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan mereka memilih Bersatu dengan rela hati.

“Saya percaya terdapat kumpulan ‘lidah kontot’ dalam Umno yang kalah serta tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu, telah menjadi agen kepada DAP dan Anwar.

“Mereka mendalangi permainan politik ini dengan menyemarak kebencian terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika agenda kumpulan ‘lidah kontot’ ini berjaya dan tidak dibersihkan segera oleh Umno, Umno akan ditelan oleh DAP dan PKR buat selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Pergerakan Pemuda Umno mendesak Bersatu agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.

Sementara itu kata Muhammad Zahid, semua pihak harus menghentikan sikap politik sempit yang menjadi agen pemecah-belah kepada keharmonian kerjasama yang terjalin dalam kerajaan PN ketika ini.

Ini kerana katanya, fokus serta tumpuan sebenar Umno serta semua parti komponen di dalam PN adalah untuk memulihkan kembali ekonomi negara dan menangani ancaman Covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/kerjasama-dengan-dap-anwar-punca-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Dedah Umno Kerjasama Dgn Dap Amp Anwar Utk Bentuk Kerajaan Siap Sign Sd Sokongan Lagi

Annuar Musa Dedah Umno Kerjasama Dgn Dap Amp Anwar Utk Bentuk Kerajaan Siap Sign Sd Sokongan Lagi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 364 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO kini bersiap sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar untuk membentuk kerajaan baru Beliau mengesahkan bahawa ahli parti itu telah bertemu dengan pemimpin DAP ...
Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 436 hits
December 27 2020 4 30 PMSetiausaha Agung BN Annuar Musa berkata penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan PETALING JAYA Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan...
Wujud Gerakan Kerjasama Umno Dap Bentuk Kerajaan Baru Dakwa Annuar

Wujud Gerakan Kerjasama Umno Dap Bentuk Kerajaan Baru Dakwa Annuar

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 290 hits
PUTRAJAYA Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa mendakwa beliau menerima laporan wujud gerakan daripada Umno untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu Ahli Parlimen Keterah itu berkata susulan gerakan itu...
Annuar Akan Tolak Kerjasama Umno Dengan Dap Anwar Ibrahim

Annuar Akan Tolak Kerjasama Umno Dengan Dap Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 524 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional BN Tan Sri Annuar Musa berikrar akan menentang mereka yang cuba membawa mazhab baharu ke arah mewujudkan blok pembangkang bersama DAP dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Katanya UMNO tidak boleh menga...
Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar Dap

Zahid Khianati Parti Jalin Kerjasama Anwar Dap

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 404 hits
On Jan 8 2021 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati parti apabila membuat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggerakkan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama UMNO PKR dan DAP Timbal...
Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 269 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan keputusan...
Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 342 hits
Tan Sri Annuar Musa today launched a scathing attack against Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accusing the latter of colluding with Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP Annuar who was recently sacked as Barisan Nasional secretary ge...
Setiausaha Akhbar Annuar Musa Dakwa Zahid Khianati Umno

Setiausaha Akhbar Annuar Musa Dakwa Zahid Khianati Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 554 hits
Selepas bosnya Tan Sri Annuar Musa menyerang Presiden Umno kini Setiausaha Akhbarnya Tun Faisal Ismail Aziz pula menyerang Datuk Seri Ahmad Zahid TUN FAISAL Setiausaha Akhbar Annuar Musa menyifatkan Zahid khianat bila mahu bekerjasama denga...
Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 276 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan mungkin inilah masa paling sesuai mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID 19 Jikalau rakyat sudah dibenarkan merenta...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Pizza Time

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Zooey Deschanel S Legs And Feet In Tights 83 No Shoes

Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari

Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah

Tehyeash Cafe Baling Kedah