Kumpulan Mesra Ppbm Dalam Umno Mahu Singkir Zahid


Minderjeet Kaurmalaysiatoday.com
-January 17, 2021 10:30 AM
Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilihat saling bercanggah kebelakangan ini.
PETALING JAYA: Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi parti itu supaya menyokong PPBM, parti yang pernah dianggap tidak penting dan ditentang oleh ahli akar umbinya.

Menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi FMT, “tokoh besar” terbabit juga merancang untuk mendapatkan sokongan penuh dalam kalangan pemimpin parti supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi “mengundur diri”.

“Kita tidak bercakap mengenai pemimpin PPBM, sebaliknya pemimpin Umno. Adakah mereka cuba memecahbelahkan Umno,” kata sumber dalaman itu yang enggan didedahkan.

“Kedua-dua pihak berunding dengan kami. Pihak yang mahu kami bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM dan pihak yang menentang,” katanya, tanpa mengulas lanjut.

Katanya, beliau bimbang lebih ramai rakannya akan menyokong PPBM sekiranya mereka membiarkan diri dipengaruhi oleh pemimpin itu.

Akar umbi Umno secara tegas menghantar mesej kepada kepimpinan parti bahawa mereka tidak berminat bekerjasama dengan PPBM.

143 bahagian parti itu memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada PPBM dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.

Umno mempunyai 192 bahagian, dengan 191 daripadanya telah bermesyuarat.

Seorang anggota Barisan Nasional (BN) memberitahu FMT bahawa perpecahan berlaku dalam kalangan pemimpin parti itu, bukan akar umbinya.

“Gerakan untuk meminta Zahid mengambil cuti semakin kuat kerana kes mahkamahnya berkaitan rasuah dijangka akan bermula selepas perintah kawalan pergerakan tamat.

“Ada yang bertanya-tanya apakah mereka perlu terus menyokongnya,” tambahnya.

Beliau berkata, sebahagian daripada mereka yang mahu Zahid bercuti adalah pemimpin Umno, termasuk dua yang tidak berjaya dalam pilihan raya umum 2018, tetapi masih memegang jawatan dalam parti.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu sebelum ini menyokong bekas perdana menteri Najib Razak, tetapi beralih arah untuk bergabung dengan pemimpin Umno yang menyokong PPBM.

“Mereka berkata, jika kita menyokong Zahid, parti akan menjadi lemah kerana beliau mungkin didakwa dan apakah yang akan berlaku kepada parti?,” tambahnya.

Seorang lagi ahli Umno berkata, akar umbi masih menyokong Zahid dan Najib.

“Tidak ada salah faham dalam kalangan anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin akar umbi mengenai siapakah yang harus mereka sokong kerana kebanyakan mereka menolak PPBM.

“Di bawah Umno, kita dijaga dengan baik. Adakah kita masih akan dijaga sekiranya menyertai PPBM ?,” katanya.

“Itu adalah kebimbangan kami. Tambahan pula, kebanyakan akar umbi juga setia kepada Umno,” kata ahli Umno itu kepada FMT, merujuk kepada banyak bahagian Umno yang menyokong Najib berbanding Zahid.

Ahli Umno itu berkata, banyak yang mahu disuarakannya, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri kerana kerajaan kini mempunyai kuasa meluas di bawah Ordinan Darurat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/kumpulan-mesra-ppbm-dalam-umno-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar Zahid Bakal Disingkir Kumpulan Pro Bersatu Dalam Umno

Gempar Zahid Bakal Disingkir Kumpulan Pro Bersatu Dalam Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 233 hits
Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Tertinggi parti itu supaya menyokong PPBM parti yang pernah dianggap tidak penting dan ditentang oleh ahli akar umbinya Menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno yang dih...
Umno Division Chief Tells Zahid To Quit As Party President

Umno Division Chief Tells Zahid To Quit As Party President

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 262 hits
Another Umno grassroots leader has asked party president Ahmad Zahid Hamidi to step down PETALING JAYA Another Umno leader has called for party president Ahmad Zahid Hamidi to resign saying his weak leadership has caused havoc among members...
Siapa Bakal Lawan Zahid Hamidi Apakah Perebutan Presiden Umno Kali Ini Antara Kluster No Bersatu Dengan Pro Bersatu

Siapa Bakal Lawan Zahid Hamidi Apakah Perebutan Presiden Umno Kali Ini Antara Kluster No Bersatu Dengan Pro Bersatu

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 402 hits
Walaupun setelah Zahid Hamidi baru baru ini memberi jaminan bahawa pemilihan UMNO akan tetap diadakan pada tahun ini sebagaimana dijadualkan mengapa masih ada yang mendesaknya agar berundur Mengapa mereka tidak mahu menunggu pemilihan UMNO ...
Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 342 hits
KUANTAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO demi bangsa kepentingan parti serta 3 6 juta ahlinya Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata ia berikutan kemelut pim...
Pas Bayang Iktiraf Mohamad Hassan Pimpin Umno Bukan Zahid

Pas Bayang Iktiraf Mohamad Hassan Pimpin Umno Bukan Zahid

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 278 hits
MALAYSIA DATELINEMenjelang mesyuaratnya malam tadi Umno diberitahu oleh Pas pemimpin sebenar mereka yang diiktiraf oleh parti itu adalah Datuk Seri Mohamad Hassan timbalan presiden Umno Twitter Takiyuddin jam 8 54 malam tadi Perkara ini dib...
Zahid Handover Muhyidfin Kembali Ke Umno Jadi Presiden Apa Syarat Dari Gang Mahkamah Pahtu Pas Kena Tendang

Zahid Handover Muhyidfin Kembali Ke Umno Jadi Presiden Apa Syarat Dari Gang Mahkamah Pahtu Pas Kena Tendang

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 374 hits
Azmin Bendahari Hamzah Setiausaha Peja Ketua Penerangan Timbalan PRESIDEN Tok MatDi kelilingi Naib PRESIDEN sekarang
Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 340 hits
Tan Sri Annuar Musa today launched a scathing attack against Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accusing the latter of colluding with Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP Annuar who was recently sacked as Barisan Nasional secretary ge...
Walau Jadi Sasaran Peluru Fitnah Roket Penjahanam Umno Zahid Tetap Istiqamah

Walau Jadi Sasaran Peluru Fitnah Roket Penjahanam Umno Zahid Tetap Istiqamah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tetap istiqamah menghadapi serangan terhadapnya termasuk peluru peluru fitnah dari dalam dan luar parti Beliau yakin Umno tidak akan tewas kepada cubaan pihak tertentu untuk memusnahkan kepimpin...
Zahid Didesak Lagi Untuk Lepaskan Jawatan Presiden Umno

Zahid Didesak Lagi Untuk Lepaskan Jawatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 313 hits
Semakin ramai akar umbi Umno mula berani mendesaj supaya Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai presiden parti Jika sebelum ini Ketua Pemuda Umno Pontian Helmi Buang Ketua Pemuda Umno Seremban dan mahu Ahmad Zahid kali ini Ketua Umno...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord