Gelombang Pn Bakal Beri Impak Besar Di Johor



JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang yang menyumbang kepada kemenangan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, akan memberi impak besar di Johor.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impak gelombang tersebut akan membawa kepada kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September nanti.
Menurutnya, gelombang PN akan menerobos ke Johor yang merupakan tempat lahirnya UMNO.
"Dalam situasi dan keadaan politik negara ketika ini, PRK dua kawasan ini mempunyai signifikannya atau kesannya tersendiri. PRK ini diadakan selepas PRN enam negeri yang menyaksikan PN menang 146 kerusi atau 60 peratus.
"Dua kawasan ini iaitu Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan penerimaan gelombang PN sebagaimana yang melanda enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sewaktu PRN," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Kempas pada Rabu.
Hadir sama, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Zulkifli Jaafar sebagai calon PN di Parlimen Pulai dan Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon DUN Simpang Jeram.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengingatkan jentera PN agar meningkatkan usaha untuk memujuk lebih 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi bagi memastikan parti itu berjaya merampas dua kerusi berkenaan.
"Parlimen Pulai yang dahulunya kawasan hitam kini sudah bertukar putih dan peluang untuk menang agak tinggi.
"Kita sudah melalui banyak pilihan raya dan ini tidak mustahil meskipun analisis kawasan sebelum ini menunjukkan kawasan gelap. Jika kita mendapat sokongan 90 peratus daripada pengundi Melayu, kita yakin boleh menang," ujarnya.
Enam PRN baru-baru ini mengekalkan status quo apabila Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PN mengukuhkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun, kemenangan dikatakan lebih berpihak kepada PN kerana berjaya menembusi kubu PH-BN apabila mengurangkan majoriti Perpaduan di ketiga-tiga negeri dikuasai PH dan BN, termasuk menamatkan penguasaan dua pertiga PH di Selangor yang dicatatkan sejak 15 tahun lalu dan berjaya bertapak di Negeri Sembilan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram perlu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/gelombang-pn-bakal-beri-impak-besar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panglima Perang Bakal Angkat Sumpah Menteri Besar Kelantan Timbalan Merupakan Doktor

Panglima Perang Bakal Angkat Sumpah Menteri Besar Kelantan Timbalan Merupakan Doktor

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 170 hits
Terkini Panglima Perang Bakal angkat sumpah Menteri Besar Kelantan Timbalan Merupakan Doktor Kita ketahui prn di kelantan adalah dun yang menjadi kubu kuat untuk PAS bagi mempertahankan kepimpinan ulama Ekori kemenangan besar PAS di Kelanta...
Rentasan 1437 Gempar Ternyata Tak Wujud Gelombang Hijau Pn Di Johor

Rentasan 1437 Gempar Ternyata Tak Wujud Gelombang Hijau Pn Di Johor

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 287 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1437 1 JANGAN BAWA LOQLAQ TONGONG DAN GEDEBER KE JOHOR 2 DEBAT PERDANA MADANI JALAN TERBAIK MEMBINA NEGARA 3 JAGA AGAMA JANGAN DITUNGGANG SESUKA HATI 4 HINANYA PN BETAPA JAHATNYA PAS
Gelombang Hijau Sampai Johor

Gelombang Hijau Sampai Johor

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 375 hits
Bukan hari tu dia kata Gelombang Hijau bertujuan untuk timbulkan Islamofobia ke Tiba tiba hari ini dia pula yang guna istilah tu Dia nak wujudkan Islamofobia ke tu Sebagai orang Johor aku rasa susah sedikit untuk PAS bertapak Sebab orang Jo...
Yang Di Pertuan Besar Ns Dedah Ada Cubaan Gugat Kestabilan Kerajaan Pada Penggal Lepas

Yang Di Pertuan Besar Ns Dedah Ada Cubaan Gugat Kestabilan Kerajaan Pada Penggal Lepas

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 214 hits
Ada pihak cuba gugat kestabilan kerajaan titah Tuanku MuhrizYang di Pertuan Besar Negeri Sembilan bertitah tindakan itu dibuat tanpa sebarang sebab munasabah sebaliknya hanya bermotifkan kepentingan peribadi BernamaKUALA PILAH Yang di Pertu...
Banyak Duit Nak Pakai Bila Anak Besar Kasih Sayang Sama Rata Ozlynn Wati Mahu Fokus Besarkan 6 Anak

Banyak Duit Nak Pakai Bila Anak Besar Kasih Sayang Sama Rata Ozlynn Wati Mahu Fokus Besarkan 6 Anak

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 195 hits
Membesarkan anak dizaman serba mencabar tidak mudah Ditambah pula dengan kenaikan perbelanjaan seisi rumah yang bukan biasa biasa Semuanya perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi Disebabkan itulah pelakon dan juga ibu kepada enam cah...
Menteri Besar Kelantan Adalah Sanusi 2 0 Mampukah Isu Air Diselesaikan

Menteri Besar Kelantan Adalah Sanusi 2 0 Mampukah Isu Air Diselesaikan

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 172 hits
Menteri Besar baharu Kelantan adalah Mohd Nassuruddin Daud yang dilantik pada 15 Ogos 2023 Beliau merupakan pemimpin Parti Islam Se Malaysia di Kelantan yang memenangi 37 daripada 45 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihan ...
Siapa Menteri Besar Selangor

Siapa Menteri Besar Selangor

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 177 hits
Dahlan MaamorDaripada enam negeri yang mengadakan pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu lima negeri telah menyaksikan pelantikan menteri besar masing masing kecuali di Selangor Persoalan yang timbul masih belum sahihkah tempoh khidmat Amiru...
Sanusi Jadi Menteri Besar Kedah Sekali Lagi

Sanusi Jadi Menteri Besar Kedah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 181 hits
ALOR SETAR Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada Isnin Muhammad Sanusi 49 yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Kedah melafaz sumpah memegang jawatan ...
Ds Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah

Ds Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 566 hits
Biodata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Mantan Menteri Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipilih sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua selepas parti Perikatan Nasional di bawah pimpinan bel...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam