Ds Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah


Biodata Menteri Besar Kedah – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dipilih sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua selepas parti Perikatan Nasional di bawah pimpinan beliau diberi mandat memenangi 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRN) 12 Ogos yang lalu.
Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 14 Ogos 2023.
Sumber gambar : Facebook Muhammad Sanusi Md Nor Majlis Angkat Sumpah Majlis istiadat dimulai dengan pembacaan Perisytiharan Pelantikan Menteri_Besar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali sebelum Menteri Besar Kedah melafazkan sumpah jawatan.
Majlis disusuli dengan istiadat menandatangani Buku Sumpah Jawatan sebagai Menteri_Besar serta disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah.
Majlis Mengangkat Sumpah diteruskan dengan Penyerahan Tauliah Pelantikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah kepada Menteri Besar Kedah dan di akhiri dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin.
Hadir sama Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Dato’ Paduka Bakar Din; Dato’ Seri Maharaja Lela, Dato’ Indera Setia, Dato’ Paduka Mohd Omar Mohamed; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wira Isahak Murat; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Dato’ Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairul Anuar Syed Abidin.
Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata MB Kedah ke-15 ini.
Biodata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor NAMA : MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Tempat Lahir : Sik, Kedah
Umur : 49 tahun
Pendidikan Tinggi : Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Sains Malaysia
DUN : N24 Jeneri (PAS)
KERJAYA
1997 – 1998 : Pegawai PSS TLDM KD Sri Pinang 1998 – 2022 : Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002 -2 2004 : Setiausaha Eksekutif Institut Pengembelengan & Pembangunan Komuniti (IMPAK) 2004 – 2008 : Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd 2008 – 2013 : Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah ke-10 (Tan Sri Azizan Abdul Razak) 2010 – 2013 : Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Darul Aman 17 Mei 2020 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 8 Jun 20202 : Dikurniakan Laksamana Pertama (Kehormat) PSS TLDM 14 Ogos 2023 : Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 (penggal kedua) POLITIK
1998 – 1999 : Exco Pemuda PAS Pulau Pinang 1999 – 2001 : Bendahari PAS Kawasan Sik 2001 – 2005 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik 2007 – 2009 : Bendahari Pemuda PAS Kedah 2009 – 2011 : Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia 2009 – 2013 : Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah 2009 – 2015 : Ketua Penerangan PAS Kedah 2015 hingga kini : Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 2015 hingga kini : AJK Kerja PAS Pusat 2017 -2019 AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat 2019 – 2021 : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat 5 Jan 2021 : Pengerusi Parti Perikatan Nasional Kedah Sumber: BERNAMA
Baca juga: Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud – Menteri Besar Kelantan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sanusi-md-nor-menteri-besar-kedah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sanusi-md-nor-menteri-besar-kedah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Jadi Menteri Besar Kedah Sekali Lagi

Sanusi Jadi Menteri Besar Kedah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 171 hits
ALOR SETAR Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada Isnin Muhammad Sanusi 49 yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Kedah melafaz sumpah memegang jawatan ...
Menteri Besar Kelantan Adalah Sanusi 2 0 Mampukah Isu Air Diselesaikan

Menteri Besar Kelantan Adalah Sanusi 2 0 Mampukah Isu Air Diselesaikan

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 167 hits
Menteri Besar baharu Kelantan adalah Mohd Nassuruddin Daud yang dilantik pada 15 Ogos 2023 Beliau merupakan pemimpin Parti Islam Se Malaysia di Kelantan yang memenangi 37 daripada 45 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada pilihan ...
Cerpen Dato Sri Sanusi Md Nor Yang Viral Bertajuk Diterima Dan Diusir

Cerpen Dato Sri Sanusi Md Nor Yang Viral Bertajuk Diterima Dan Diusir

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 5856 hits
Cerpen Dato Sri Sanusi Md Nor yang viral bertajuk diterima dan diusir Mari kita hayati cerpen beliau Ternyata beliau berbakat Diterima dan diusir 21 April 1990 sewaktu aku di tingkatan empat Sekolah Sultan Mohamad Jiwa memberikan aku surat ...
Panglima Perang Bakal Angkat Sumpah Menteri Besar Kelantan Timbalan Merupakan Doktor

Panglima Perang Bakal Angkat Sumpah Menteri Besar Kelantan Timbalan Merupakan Doktor

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 154 hits
Terkini Panglima Perang Bakal angkat sumpah Menteri Besar Kelantan Timbalan Merupakan Doktor Kita ketahui prn di kelantan adalah dun yang menjadi kubu kuat untuk PAS bagi mempertahankan kepimpinan ulama Ekori kemenangan besar PAS di Kelanta...
Siapa Menteri Besar Selangor

Siapa Menteri Besar Selangor

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 165 hits
Dahlan MaamorDaripada enam negeri yang mengadakan pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu lima negeri telah menyaksikan pelantikan menteri besar masing masing kecuali di Selangor Persoalan yang timbul masih belum sahihkah tempoh khidmat Amiru...
Kalah Teruk Prn Mantan Menteri Besar Pahang Dakwa Umno Akan Bungkus

Kalah Teruk Prn Mantan Menteri Besar Pahang Dakwa Umno Akan Bungkus

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Bekas pimpinan UMNO Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa parti itu akan lenyap tidak lama lagi susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri lalu Menerusi satu video berdurasi 25 saat yang tular pada Selasa bekas Menteri Besar P...
Sops For Kedah Rare Earths Mining To Be Announced Soon Says Sanusi

Sops For Kedah Rare Earths Mining To Be Announced Soon Says Sanusi

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 292 hits
Sanusi Nor claims that illegal mining of rare earths also occurs in Perak Pahang and Negeri Sembilan PETALING JAYA The Kedah government will be announcing standard operating procedures for mining rare earth elements in the state soon Kedah ...
Eksplorasi Ree Dibuat Waktu Sanusi Jadi Mb Kedah

Eksplorasi Ree Dibuat Waktu Sanusi Jadi Mb Kedah

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 361 hits
3 syarikat Prospek Suria Prospek Suria Sdn Bhd Prospek Suria Kedah Sdn Bhd Prospek Suria Perak Sdn BhdPada 5 Mac 2021 CEO MBI dan seorang pegawai masuk sebagai Bod Prospek Suria Kedah Sdn Bhd era Datuk Sanusi jadi MB Tahun sama lesen eksplo...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi